Friday, June 22, 2012

DURIAN LAYERED CAKE

Bahan-bahan:
  • 185 g butter
  • 150 g gula ising (diayak)
  • 4 biji telur, asingkan putih dan kuning
  • 185 g tepung naik sendiri (diayak)
  • 125 g isi durian
  • 1/4 sudu kecil cream of tartar
Cara-cara:
  • Pukul butter dan gula hingga kembang. Kemudian, masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi. Masukkan tepung dan isi durian. Kaup balik hingga sebati. Ketepikan
  • Di dalam bekas yang lain, pukul putih telur dan cream of tartar sehingga kembang dan kental
  • Satukan kesemua bahan, kaup balik hingga sebati
  • Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper
  • Bakar pada suhu 175 (degree celcius) selama 40 minit atan sehingga masak
  • Sejukkan kek terlebih dahulu
Bahan-bahan filling:
  • 300 ml whipping cream
  • 200 g isi durian
  • Almond flakes (sebagai hiasan)
Cara-cara filling:
  • Pukul whipping cream hingga kembang dan kental
  • Kemudian, masukkan isi durian dan pukul lagi hingga sebati
  • Diambil kek yang telah disejukkan terlebih dahulu, dipotong kepada 2 bahagian
  • Sapukan cream filling yang telah disediakan tadi ke atas satu bahagian kek. Tutup kek dengan 1 bahagian lagi. Kemudian, sapukan cream filling ke seluruh permukaan kek
  • Setelah itu, masukkan ke dalam peti ais. Sejukkan selama lebih kurang 3 jam
  • Taburkan almond flakes di atas kek. Sedia untuk dinikmati

 

LALA BERCILI

Bahan-bahan:
  • 1 kg siput lala (dibersihkan dan ditos)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 4 tangkai cabai hidup (dikisar)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 8 tangkai cili api
  • Sedikit sos tomato
  • Sedikit sos tiram
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis
Cara-cara:
  • Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau
  • Kemudian, masukkan kesemua bahan lain. Kacau rata
  • Didihkan sebentar. Apabila kebanyakan lala terbuka, tutup api
  • Sedia untuk dihidangkan

 

HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES




Bahan-bahan A:
  • 2 biji kuning telur
  • Secubit garam
  • 20 ml minyak jagung
  • 20 ml susu segar
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 25 g tepung naik sendiri
Bahan-bahan B:
  • 2 biji putih telur
  • 40 g gula
  • 1/4 sudu kecil cream of tartar
Cara-cara:
  • Pukul kuning telur hingga berkrim. Kemudian, masukkan susu segar, minyak jagung dan esen vanila. Kacau rata
  • Campurkan bahan tadi bersama tepung dan garam. Kaup balik hingga sebati. Ketepikan
  • Di dalam bekas lain, pukul bahan-bahan B hingga kembang dan kental
  • Campurkan bahan A dan B dan kaup balik hingga sebati
  • Sendukkan adunan ke dalam acuan
  • Bakar pada suhu 170 (degree celcius) selama 20 minit atau sehingga masak keperangan
  • Setelah itu, biarkan sejuk sebelum diletak filling
Bahan-bahan fillling:
  • 70 ml fresh cream
  • 15 g serbuk kastard segera
  • 40 ml susu segar
  • Chocolate rice (sebagai hiasan)
Cara-cara filling:
  • Pukul serbuk kastard dengan susu segar sehingga pekat
  • Kemudian dicampurkan dengan fresh cream. Pukul lagi hingga sebati
  • Ambil sebiji muffin, dibuatkan lubang di tengah kek dengan menggunakan straw. Kemudian, pipingkan filling ke dalam lubang
  • Ataupun pipingkan filling ke atas muffin tanpa membuat lubang. Buat hingga habis
  • Taburkan chocolate rice dan sedia untuk dinikmati




 

MEE SUAH BEBOLA AYAM



Bahan-bahan:
  • 1 paket mee suah
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 pelepah sayur sawi (dihiris kasar)
  • Sedikit air
  • 1 sudu kecil serbuk pati ayam
  • Sedikit bebola ayam
  • Daun sup dan daun bawang (dihiris)
  • 2 biji telur
  • Sedikit bawang goreng
  • 5 tangkai cili api
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis
Cara-cara:
  • Panaskan minyak masak dan bahan hirisan sehingga garing
  • Kemudian, masukkan sedikit air, diikuti dengan bebola ayam, garam dan serbuk pati ayam. Biarkan didih sebentar
  • Pecahkan telur, biarkan tanpa dikacau. Setelah 10 minit, barulah dikacau
  • Akhir sekali, masukkan semua bahan lain kecuali bawang goreng. Tak perlu lama kerana takut mee suah akan kembang
  • Tabur bawang goreng dan sedia untuk dinikmati


 

Sunday, June 10, 2012

MILKY PEACH PUDDING

 Bahan-bahan:
  • 1 paket serbuk agar-agar (10 g)
  • 500 ml air (campur air biasa dengan sirap peach)
  • 500 ml susu cair
  • 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan 2 sudu besar air)
  • 1/2 cawan gula (rasa dulu, kalau kurang manis, bolehlah ditambah gula)
  • 1 tin buah peach
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Sedikit pewarna kuning
Cara-cara:
  • Didihkan air, agar-agar dan gula. Kacau rata
  • Kemudian, masukkan susu cair, esen vanila, tepung jagung yang telah dibancuh dan sedikit warna kuning (gunakan api perlahan)
  • Setelah naik wap, tutup api
  • Basahkan acuan, dan susun buah peach. Sendukkan agar-agar ke dalam acuan. Sejukkan di dalam peti ais
  • Sedia untuk dinikmati

 

Saturday, June 9, 2012

NASI DALCA


Bahan-bahan:
  • 1 kg beras basmathi Faiza Moghul (direndam selama 30 min, toskan)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • Rempah 4 sekawan (bunga cengkih, kayu manis, pelaga dan bunga lawang)
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 6 sudu besar minyak sapi
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk pati ayam
  • Sedikit pewarna kuning
Cara-cara:
  • Panaskan minyak sapi di dalam rice cooker dan tumis bahan hirisan dan rempah 4 sekawan hingga naik bau
  • Setelah garing, tutup api. Masukkan air secukupnya, daun pandan, garam, serbuk pati ayam, dan beras. Kacau rata
  • Masak nasi seperti masak nasi biasa
  • Setelah air kering dan nasi hampir masak, buat beberapa lubang dan titiskan pewarna kuning. Biarkan sebentar. Kemudian, gembur nasi hingga rata
  • Sedia untuk dinikmati bersama ayam masak hitam, ayam masak merah, daging kurma dan sebagainya

 

SPIRAL BAKED TUNA


Bahan-bahan:
  • 1/2 paket pasta spiral (direbus dengan sedikit minyak sehingga empuk, toskan)
  • 1 tin nenas
  • 2 tin tuna flakes
  • 2 paket cheese cheddar
  • 1 tin cendawan butang
  • 1 tin creamy chicken Campbells
  • Sedikit serbuk pati ayam
  • Sedikit oregano
  • 2 biji bawang kuning (potong baji)
  • Sedikit minyak
Cara-cara:
  • Panaskan minyak, tumis bawang kuning sehingga naik bau
  • Masukkan creamy chicken campbells dengan sedikit air. Kacau rata
  • Setelah itu, masukkan pula nenas, tuna, cendawan, serbuk pati ayam dan oregano. Kacau lagi
  • Akhir sekali, barulah masukkan spiral yang telah direbus. Kacau hingga sebati. Tutup api
  • Sendukkan kesemua spiral ke dalam loyang tahan panas atau pyrex. Ratakan. Letakkan cheese menutupi keseluruhan permukaan spiral. Tabur sedikit tuna dan hirisan bawang
  • Bakar pada suhu 180 (degree celcius) selama lebih kurang 20 min. Sedia untuk dinikmati