Thursday, December 12, 2013

CARAMEL BUTTER BREAD PUDDING



Bahan-bahan (caramel):
  • 1/2 cawan gula halus
  • 2 sudu besar air biasa
  • 2 sudu besar air panas
Bahan-bahan (pudding):
  • 3 keping roti
  • Sedikit butter
  • 7 sudu besar gula halus
  • 600 ml susu segar
  • 4 biji telur
  • 1 sudu besar esen vanila
  • Sedikit kismis
Cara-cara (caramel):
  • Masak gula dengan air biasa sehingga perang
  • Kemudian masukkan air panas dan dikacau rata
  • Matikan api dan tuangkan ke adalam acuan yang telah disapu butter
Cara-cara (pudding):
  • Satukan telur, susu, gula dan esen vanila. Kacau rata
  • Tuangkan ke dalam acuan yang berisi caramel tadi
  • Sapukan roti dengan butter. Potong roti kepada cebisan-cebisan kecil
  • Susun di dalam acuan yang berisi karamel dan adunan puding
  • Bakar adunan secara stim bath selama 45 min pada suhu 170 degree celcius
  • 15 min sebelum tamat proses membakar, taburkan kismis. Teruskan proses membakar
  • Sedia untuk dinikmati
 

Wednesday, January 9, 2013

APAM LABU


Bahan-bahan A:
  • 2 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil gula
  • 3 sudu besar air suam
Bahan-bahan B:
  • 170 g gula
  • 1 biji telur
  • 150 ml santan
  • 230 g labu yang telah direbus
  • Sedikit pewarna oren
  • Sedikit esen vanila
Bahan-bahan C:
  • 200 g tepung gandum + 3 sudu besar 
  • 1 1/2 sudu kecil double action baking powder
Bahan lain:
  • Kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam (kukus selama 10 min supaya kelapa tahan lebih lama)
Cara-cara:
  • Satukan bahan-bahan A dan biarkan selama 10 min
  • Satukan pula bahan-bahan B dan kisar hingga sebati
  • Masukkan bahan-bahan C dan A ke B, gaul sebati (Saya gunakan hand mixer untuk sebatikan)
  • Sediakan acuan-acuan kecil, sapukan sedikit minyak. Kemudian sendukan adunan 3/4 penuh. Buat hingga habis
  • Kukus selama 20 min. Setelah agak sejuk, keluarkan dari acuan dan sedia dinikmati bersama kelapa parut



 

Thursday, January 3, 2013

PEACH CREAM CHEESE BUTTER CAKE



Bahan-bahan:
  • 250 g butter
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 3 biji telur
  • 250 g cream cheese
  • 200 g buah peach (dipotong kiub)
  • 1/3 cawan susu segar
  • 2 1/4 cawan tepung naik sendiri
Cara-cara:
  • Pukul butter dengan gula hingga kembang. Masukkan cream cheese dan esen vanila, pukul lagi
  • Masukkan telur satu per satu dan pukul hingga kembang
  • Masukkan susu dan tepung secara berselang seli. Kaup balik hingga sebati
  • Lapik loyang 8'' dengan baking paper dan gris dengan sedikit butter
  • Masukkan sesenduk adunan kek dan ratakan, taburkan potongan buah peach
  • Selang selikan antara adunan kek dan buah peach. Buat sehingga habis
  • Bakar pada suhu 160 (degree celcius) selama 1 jam atau sehingga masak
  • Setelah masak, sejukkan dahulu baru diterbalikkan. Sedia untuk dinikmati




 

Monday, December 31, 2012

HAPPY BLESSED NEW YEAR 2013

Assalamualaikum WBT. Pada hari pertama di tahun 2013, saya mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013 buat semua pengikut dan pengunjung blog JOM MAKAN. Teruskan dengan sokongan anda. Akhir kata dari saya, semoga tahun baru ini kita dapat membuka lembaran baru untuk lebih maju pada masa hadapan. Salam sayang, wasalam.

Wednesday, November 21, 2012

DURIAN CREPE



 Bahan-bahan:
  • 250 g tepung gandum
  • 3 bji telur
  • 500 ml santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sedikit esen vanila
  • Sedikit pewarna kuning
  • Sedikit pewarna hijau
  • Whipping cream secukupnya
  • Isi durian secukupnya
Cara-cara:
  • Satukan tepung, telur, santan, garam dan esen vanila. Kisar adunan dan tapis
  • Ambil 1/2 cawan daripada adunan di atas. Ditambah 1 sudu tepung dan sedikit pewarna hijau. Kacau hingga sebati dan masukkan ke dalam piping bag
  • Adunan yang selebihnya dimasukkan sedikit pewarna kuning dan kacau rata
  • Perap adunan sebentar selama 30 min
  • Dengan menggunakan non stick pan, sendukkan 1 adunan warna kuning dan ratakan. Tutup api dan dengan cepat dotkan adunan hijau ke atas adunan kuning. Buka api perlahan dan masak sehingga permukaan atas kering. Tidak perlu diterbalikkan. Buat hingga adunan habis
  • Pukul whipping cream hingga kental dan masukkan ke dalam piping bag
  • Ambil sekeping crepe, pipingkan whipping cream ke atas crepe. Kemudian, letakkan sedikit isi durian ke atas whipping cream tadi. Pipingkan lagi whipping cream sehingga menutupi permukaan isi durian
  • Lipat crepe seperti bentuk bantal. Buat hingga habis
  • Sejukkan crepe di dalam peti ais
  • Enak dimakan ketika sejuk. Sedia untuk dinikmati


 

CHECKERED VELVET CAKE



 Bahan-bahan lapisan merah:
  • 250 g tepung naik sendiri
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 113 g butter
  • 160 g gula kastor
  • 2 biji telur (gred A)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan buttermilk (1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka)
  • Pewarna merah
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara:
  • Diayak tepung bersama serbuk koko
  • Dipukul butter dan gula hingga kembang. Kemudian, masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga gebu
  • Sediakan buttermilk. Masukkan esen vanila dan pewarna merah ke dalam buttermilk. Kacau sebati
  • Masukkan adunan tepung dan buttermilk ke dalam adunan butter secara berselang seli. Kaup balik hingga sebati
  • Campurkan cuka dan bikarbonat soda dan masukkan campuran ke dalam adunan kek. Kaup balik hingga sebati
  • Sediakan 2 loyang saiz 10'' yang telah dilapik dengan bakng paper. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang sama banyak dan masukkan ke dalam loyang
  • Bakar pada suhu 170 (degree celcius) selama 30-40 min
  • Setelah masak, terbalikkan loyang di atas redai dan sejukkan
Bahan-bahan lapisan pink:
  • 250 g tepung naik sendiri + 2 sudu besar
  • 113 g butter
  • 160 g gula kastor
  • 2 biji telur (gred A)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan buttermilk (1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka)
  • Pewarna pink
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara:
  • Diayak tepung dan ketepikan
  • Dipukul butter dan gula hingga kembang. Kemudian, masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga gebu
  • Sediakan buttermilk. Masukkan esen vanila dan pewarna pink ke dalam buttermilk. Kacau sebati
  • Masukkan adunan tepung dan buttermilk ke dalam adunan butter secara berselang seli. Kaup balik hingga sebati
  • Campurkan cuka dan bikarbonat soda dan masukkan campuran ke dalam adunan kek. Kaup balik hingga sebati
  • Sediakan 2 loyang saiz 10'' yang telah dilapik dengan bakng paper. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang sama banyak dan masukkan ke dalam loyang
  • Bakar pada suhu 170 (degree celcius) selama 30-40 min
  • Setelah masak, terbalikkan loyang di atas redai dan sejukkan
Bahan-bahan lapisan coklat:
  • 250 g tepung naik sendiri 
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 113 g butter
  • 160 g gula kastor
  • 2 biji telur (gred A)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan buttermilk (1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka)
  • Pewarna coklat/ coklat emulco
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara:
  • Diayak tepung bersama serbuk koko
  • Dipukul butter dan gula hingga kembang. Kemudian, masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga gebu
  • Sediakan buttermilk. Masukkan esen vanila dan pewarna coklat ke dalam buttermilk. Kacau sebati
  • Masukkan adunan tepung dan buttermilk ke dalam adunan butter secara berselang seli. Kaup balik hingga sebati
  • Campurkan cuka dan bikarbonat soda dan masukkan campuran ke dalam adunan kek. Kaup balik hingga sebati
  • Sediakan 2 loyang saiz 10'' yang telah dilapik dengan bakng paper. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang sama banyak dan masukkan ke dalam loyang
  • Bakar pada suhu 170 (degree celcius) selama 30-40 min
  • Setelah masak, terbalikkan loyang di atas redai dan sejukkan
Bahan-bahan cream cheese frosting:
  • 227 g cream cheese
  • 227 g mascarpone
  • 1 cawan gula kastor
  • Sedikit esen lemon
  • 1 1/2 cawan whipping cream
Cara-cara cream cheese frosting:
  • Dipukul cream cheese hingga kembang. Kemudian masukkan mascarpone, pukul lagi
  • Masukkan pula gula dan esen lemon, pukul hingga gebu
  • Di dalam bekas lain, pukul whipping cream hingga kental
  • Satukan adunan whipping cream dan cream cheese. Kaup balik hingga sebati
  • Sedia untuk digunakan
Cara-cara melapis:
  • Potong setiap keping kek dengan 3 ring bulat yang berbeza saiz. Kemudian, sapukan cream cheese frosting pada setiap bulatan dan lapisan kek
  • Susun secara berselang seli supaya mendapat bentuk checker
  • Akhir sekali, saluti cream cheese frosting pada seluruh permukaan kek
  • Sejukkan di dalam peti ais selama lebih kurang 4 jam. Kemudian, bolehlah dihias mengikut kreativiti tersendiri
  • Sedia untuk dinikmati



 

AYAM TANDOORI


 Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 inci halia (dikisar)
  • 100 ml yogurt
  • Sedikit serbuk pati ayam
  • Sedikit pewarna merah
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 1/2 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
  • Gaul ayam bersama bahan kisar dan bahan-bahan lain hingga rata. Perap semalaman
  • Susun ayam di dalam tray, bakar pada suhu 200 (degree celcius) sehingga ayam masak dan garing. Balikkan ayam supaya ayam masak rata. Setelah hampir masak, sapukan permukaan ayam dengan sedikit minyak
  • Sedia untuk dinikmati