Sayur-sayuran (jagung, cendawan, pak choy, carrot, daun sup dan lain2)
Sedikit air
Telur (kuantiti mengikut kuantiti kuay teaw)
Sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah
Sedikit minyak
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
Pecahkan telur, pukul sedikit. Gaulkan telur dengan kuay teaw
Panaskan minyak di dalam pan. Goreng kuay teaw yang telah digaul dengan telur hingga garing
Selepas garing, angkat dan toskan di dalam pinggan
Di dalam periuk lain, panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau
Setelah garing, masukkan air, kiub pati ayam, dan fish cake/ fish ball/ udang/ ayam
Biarkan mendidih sekejap
Kemudian, masukkan semua sayur, cili api, gula dan garam. Gaul sebati
Akhir sekali, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau. Biarkan mendidih
Tutup api, tuangkan kuah ke atas kuay teaw yang bersalut telur tadi. Sedia untuk dihidangkan. Taburkan bawang goreng dan daun sup. Sedia untuk dinikmati