Monday, November 22, 2010

TALAM SUJI

Bahan-bahan:
Lapis bawah:

  • 1 1/2 cawan tepung suji
  • 4 cawan santan cair
  • 1 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna kuning
Lapis atas:
  • 4 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula putih
  • 1 cawan gula merah
  • Sedikit garam
Cara-cara:
  • Campurkan semua bahan lapis bawah, kacau hingga sebati
  • Masukkan campuran lapis bawah ke dalam periuk dan kacau dengan atas api perlahan hingga agak pekat
  • Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 – 20 minit
  • Adunkan semua bahan lapis atas. Tapiskan
  • Masakkan sekejap dan tuangkan atas lapis bawah
  • Kukus lagi selama 20 minit
  • Sejukkan dan potong. Hidangkan



No comments:

Post a Comment