Monday, January 16, 2012

AYAM GORENG KUNYIT

Bahan-bahan:
  • Isi ayam (dihiris nipis dan lebar)*
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)*
  • 1/2 inci halia (dikisar)*
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit*
  • 1/2 sudu teh sos tiram*
  • Sedikit garam dan gula* 
  • Sedikit serbuk pati ayam*
  • (*disatukan, digaul dan diperap selama 1 jam)
  • 1 ulas bawang putih (dihiris)
  • Sedikit kacang buncis (dihiris memanjang)
  • Sedikit bunga kobis (dipotong kasar)
  • 1 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • Sedikit sos ikan (optional)
  • Minyak masak
Cara-cara:
  • Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis hirisan bawang putih sehingga garing
  • Masukkan pula bahan perapan. Goreng sehingga ayam garing
  • Akhir sekali, masukkan kacang buncis, bunga kobis, sos ikan dan hirisan bawang besar dan daun bawang. Gaul sebati
  • Sedia untuk dihidangkan


No comments:

Post a Comment