Bahan-bahan doh:
- 500 g high protein flour (diayak)
- 12 g yis
- 20 g susu tepung
- 250 ml air suam
- 100 g gula halus
- 1 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil bread improver
- 1/2 sudu kecil bread softerner
- 60 g telur
- 40 g butter
Bahan-bahan inti:
- 1 tin tuna kurang pedas
- 2 1/2 sudu besar mayonis
- Parutan keju
- Sedikit daun bawang dan daun sup (dihiris halus)
- Telur (egg wash)
- 2 sudu besar butter (dicairkan)
Cara-cara:
- Larutkan yis dan gula dengan air suam. Kacau hingga sebati
- Satukan semua bahan doh ke dalam 1 bekas. Masukkan campuran yis. Uli sehingga sebati dan membentuk doh. Rehatkan doh selama 1 jam. Doh akan naik
- Sementara menunggu doh naik, boleh buat inti tuna. Campurkan kesemua bahan inti kecuali parutan keju, telur dan butter. Jangan masukkan semua hirisan daun sup dan daun bawang. Tinggalkan sedikit untuk ditabur di atas roti. Gaul inti hingga sebati dan ketepikan
- Keluarkan doh, canai sehingga menjadi bentuk empat segi. Sapu permukaan doh tadi dengan butter yang telah dicairkan
- Letakkan inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung doh seperti swissroll dan ketatkan. Kemaskan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian yang sama besar
- Susun dalam paper cup bersaiz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat sehingga siap. Rehatkan doh selama 1 jam. Sapu permukaan roti dengan egg wash dan tabur hirisan daun bawang dan daun sup dan parutan keju
- Bakar di dalam oven pada suhu 190 (degree celcius) selama 25 minit atau sehingga masak keperangan
- Sedia untuk dinikmati. Enak jika dimakan bersama sos cili dan mayonis
No comments:
Post a Comment