skip to main |
skip to sidebar
Bahan-bahan:
300 g isi ayam 5 ekor sotong (saiz sederhana, dipotong bulat) 100 g carrot 100 g brokoli 100 g cauliflower 2 paket jagung 2 biji tomato (dipotong 4) 2 sudu besar kicap pekat 5 sudu besar sos tomato 5 sudu besar sos cili 3 sudu besar sos tiram 5 helai daun limau purut 2 batang serai (diketuk) 3 biji limau kasturi (ambil jus) 8 biji cili api (diketuk) 1 labu bawang besar (dihiris bulat) 3 ulas bawang putih (diketuk) Sedikit air Garam dan gula secukup rasa 1/2 cawan minyak masak Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar dan serai sehingga wangi Masukkan ayam dan sotong, dikacau rata Masukkan carrot, kicap pekat, sos tomato, sos cili, sos tiram garam, gula dan air, dibiarkan mendidih Masukkan sayuran lain dan kacau rata Apabila mendidih masukkan daun limau purut dan cili api, dikacau lagi Masukkan jus limau dan tutup api Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih atau mee atau bihun yg telah dicelurkan
Bahan-bahan (1 gelas sahaja): 1 batang lobak merah 3/4 gelas air masak 1/4 susu segar 2 sudu makan yogurt perisa asli 2 1/2 sudu susu pekat (mengikut citarasa) Beberapa ketul ais Daun pudina sebagai hiasan Cara-cara:
Basuh lobak, dibuang kulit dan dihiris Kisar lobak yang telah dihiris dengan air masak Kemudian, tapis air dan masukkan ke dalam blender. Kisar sekali lagi air lobak + susu cair + yogurt + susu pekat + beberapa ketul ais Tuangkan ke dalam gelas, rasa dan tambah jika ada bahan yang kurang Boleh dihias dengan daun pudina dan sedia untuk dihidangkan
Bahan-bahan:
1/2 cawan serbuk koko 1 cawan gula 1/2 sudu teh garam 4 1/4 cawan air 4 sudu besar tepung jagung 1 sudu teh esen vanila 3 sudu besar butter 1 paket serbuk agar-agar (10 g) Cara-cara:
Campurkan kesemua bahan kecuali gula, serbuk agar-agar, butter, dan esen vanila di dlm blender, kisar hingga sebati Kemudian, masukkan bahan yang telah dikisar di dalam periuk bersama gula, esen vanila dan serbuk agar-agar Masak bahan tersebut hingga mendidih Setelah mendidih, masukkan butter, kacau hingga pekat dan tutup api Masukkan puding ke dalam acuan yang disukai dan simpan di dalam peti sejuk Sedia untuk dihidangkan, enak dimakan ketika sejuk bersama susu segar
Bahan-bahan:
2 mangkuk nasi putih (pastikan nasi tidak berketul) 1 biji bawang besar (dihiris) 3 ulas bawang putih (dihiris) Sedikit halia (dihiris) Garam secukup rasa Sedikit sos tiram 4 sudu makan minyak sapi Sebiji scramble egg Beberapa ketul nugget yang siap digoreng Cara-cara:
Panaskan minyak sapi di dalam kuali, tumis bawang besar + bawang putih + halia yang telah dihiris sehingga garing dan naik bau Setelah garing, masukkan sedikit sos tiram + garam + nasi putih Dikacau rata dan digoreng sampai garing Tutup api, sedia untuk dihidangkan bersama nugget dan scramble egg Resepi ini mudah dan simple, dan yang paling best, baunya yang harum dan memikat
Bahan-bahan:
1/2 bungkus bihun (direndam) 1 biji bawang besar (dikisar) 4 ulas bawang putih (dikisar) Udang (kuantiti mengikut citarasa) Daging (kuantiti mengikut citarasa, direbus terlebih dahulu hingga empuk, simpan air daging) Secekak daun sawi (batang dan daun diasingkan dan dihiris sebesar 1.5 cm) Kicap masin secukup rasa Cuka secukup rasa Garam dan gula secukup rasa Lada sulah secukup rasa Sedikit air jagung yang dibancuh cair utk pekatkan bihun Minyak masak untuk menumis Cara-cara:
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan yang dikisar hingga garing Setelah garing, masukkan pula, udang dan daging, biarkan sebentar Seterusnya, masukkan air daging, lada sulah, kicap masin, cuka, garam dan gula, didihkan sebentar Pastikan semua rasa mencukupi sebelum masukkan bihun untuk mengelak rasa yang tidak sekata Jika air daging terlalu banyak, biarkan air kering sebentar, sebelum masukkan bihun Setelah, kuantiti air memadai dengan kuantiti bihun, masukkan sayur sawi, diikuti air tepung jagung yang telah dibancuh (air tepung jagung hendaklah tidak terlalu pekat kerana bihun akan berlendir, so xsedap) Kemudian, masukkan bihun yang telah ditoskan airnya Dikacau rata sehingga sebati Goreng sehingga bihun lembut Setelah sebati dan bihun lembut, tutup api, dan sedia untuk dihidangkan Enak dimakan bersama, sambal kicap cili api
Bahan-bahan:
Segenggam ikan bilis saiz besar yang telah siap dibersihkan 1 biji bawang besar (dikisar) 2 biji bawang putih (dikisar) Seketul belacan Cabai kering yang telah dikisar (kuantiti mengikut citarasa) Sedikit air asam jawa Sedikit air Garam dan gula secukup rasa Sedikit gula perang (optional) Minyak masak untuk menumis 1 biji bawang besar yang dipotong bulat sebagai hiasan Cara-cara:
Panaskan minyak masak di dalam periuk, tumis bahan2 yag telah dikisar hingga garing Setelah garing masukkan cabai kering yang telah dimesin, biarkan garing sebentar Masukkan air asam jawa, gula, garam dan sedikit gula perang, kacau rata Masukkan ikan bilis dan air (jika ingin kuah pekat masukkan sedikit air), biarkan mendidih Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dipotong bulat Tutup api, sedia untuk dihidangkan
Bahan-bahan:
4 ketul tauhu (dibelah 4) 5 tangkai cabai hidup (dikisar) 1 biji bawang besar (dikisar) 1 biji bawang putih (dikisar) Sedikit daun sup dan daun bawang (dihiris sebesar 1.5 cm) Udang (kuantiti mengikut citarasa) Sedikit cuka Garam dan gula secukup rasa Minyak masak untuk menggoreng dan menumis Cara-cara:
Panaskan minyak di dalam kuali, goreng tauhu yang telah dipotong 4, sekejap je dan jangan terlalu garing, goreng tauhu sampai habis Dengan menggunakan kuali yang sama, kurangkan kuantiti minyak jika terlalu banyak, tumis bahan-bahan yang dikisar hingga garing Selepas itu, masukkan udang, cuka, gula dan garam dan biarkan sebentar Akhir sekali, masukkan tauhu yang telah digoreng td diikuti dengan daun bawang dan daun sup, kacau hingga rata dan sebati Tutup api, sedia untuk dihidangkan
Bahan-bahan:
2 biji terung (dipotong seperti gmbr di atas dan dikelar) Kicap masin Lada hitam (kasar dan halus) Minyak masak untuk menggoreng Cara-cara:
Gaul terung dengan kicap masin dan lada hitam halus Perap selama 30-60 minit Panaskan minyak masak di dalam kuali Goreng terung yang telah diperap tadi sehingga garing dan warnanya bertukar keperangan Angkat terung yang sudah garing dan toskan, tutup api Taburkan lada hitam kasar di atas terung yang sudah digoreng Sedia untuk dihidangkan, resepi yang mudah dan simple tp enak dimakan
Bahan-bahan:
1 bungkus mee suah 1 biji bawang besar (dihiris) 3 ulas bawang putih (dihiris) 2 biji telur 1 kiub pati aym maggi 3 tangai daun bawang (dihiris) 3 tangkai daun sup (dihiris) 1/2 cawan bawang goreng Udang (kuantiti mengikut citarasa) Secekak sayur sawi (dihiris sebesar 1.5 cm) Garam dan gula secukup rasa Minyak masak untuk menumis Air (bergantung pada kuantiti kuah yang diingini) Nugget yang telah digoreng dan dihiris (optional) Cara-cara:
Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bawang besar dan bawang putih hingga garing Masukkan udang dan biarkan sebentar Masukkan air, garam, gula dan kiub pati ayam megi, biarkan mendidih Semasa mendidh, pecahkan telur, jgn dikacau kerana telur akan hancur Akhir sekali, masukkan sayur sawi, daun sup, daun bawang dan mee suah, xperlu masak terlalu lama, kerana mee akn kembang dan cepat menyerap air Tutup api dan taburkan bawang goreang Sedia untuk dihidangkan bersama nugget, enak dimakan semasa masih panas
Bahan-bahan: Secekak sayur kangkung (diasingkan daun dan batang, cuci bersih 1 biji bawang besar 1 ulas bawang putih Sedikit belacan 5 tangkai cabai hidup Garam dan gula secukup rasa Sotong (kuantiti mengikut citarasa) Sedikit ikan bilis Minyak masak untuk menumis Cara-cara:
Kisar bawang besar + bawang putih + belacan + cabai hidup + ikan bilis Panaskan minyak masak di dalam kuali, tumis bahan-bahan yang telah dikisar hingga garing Seterusnya, masukkan garam dan gula Masukkan batang kangkung, biarkan layu sedikit Akhir sekali, masukkan sayur kangkung, kacau rata, xperlu masak terlalu lama Tutup api, sedia untuk dihidangkan
Bahan-bahan (sotong):
5 ekor sotong segar sederhana besar (dihiris bulat) 100 g tepung tempura @ tepung gandum 100 g serbuk roti 1 biji telur Garam secukupnya Lada sulah Minyak utk menggoreng Bahan-bahan (sos):
3 tangkai cabai hidup 2 ulas bawang putih Sedikit cuka Sedikit sos cili Garam dan gula secukup rasa Cara-cara (sotong):
Gaulkan sotong dengan garam dan lada sulah Lumur sotong dengan tepung, kemudian celup dalam telur yang dah dipukul Lumur sotong dalam serbuk roti dan ratakan permukaan sotong Pastikan minyak panas dan goreng sotong hingga keemasan Sedia untuk dihidangkan Cara-cara (sos):
Masukkan kesemua bahan di dalam blender Kisar hingga lumat dan sebati Tuangkan ke dalam mangkuk, sedia untuk dihidangkan