Monday, September 5, 2011

CHAR KUEY TEOW PENANG

Bahan-bahan (untuk paste):
  • Kulit udang
  • 250 ml air
  • 4 ulas bawang putih (dimesin)
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil kicap pekat'
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil petis
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil gula
Bahan-bahan (untuk mee):
  • Kuey teow
  • Cili boh
  • Udang
  • Kerang
  • Kucai
  • Taugeh
  • Telur
  • Minyak masak
  • Sedikit cuka
  • Sedikit air
Cara-cara (untuk paste):
  • Rebus kulit udang dengan air hingga mendidih. Kemudian, toskan. Buang kulit dan ambil air rebusan udang
  • Campurkan air rebusan udang dengan semua bahan untuk paste, reneh hingga menjadi paste yang agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk
Cara-cara (untuk mee):
  • Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan cili boh, udang, kerang dan cuka. Tumis hingga garing
  • Kemudian, masukkan paste yang telah disediakan terlebih dahulu (kuantiti mengikut citarasa)
  • Boleh tambah sedikit air, jika ingin sedikit berkuah atau basah
  • Dengan api yang besar, masukkan telur. Biarkan sebentar. Kemudian, kacau
  • Masukkan kucai dan kuey teow. Gaul rata
  • Akhir sekali, masukkan taugeh, kacau sebati (xperlu masak lama). Tutup api. Sedia untuk dihidangkan

No comments:

Post a Comment