Monday, September 5, 2011

NASI MANDHI

Bahan-bahan:
  • 1 kg beras basmathi (rendam 20 minit dan toskan)
  • 6 sudu besar minyak sapi
  • Air secukupnya
  • 2 biji bawang besar (dihiris halus)
  • 6 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • 2 inci halia (dihiris halus btg mancis)
  • 1 cwn kismis
  • Rempah tumis (2 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 6 biji buah pelaga, 10 kuntum bunga cengkih)
  • Sedikit pewarna kuning (dicampur dengan sedikit air panas)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 helai daun pandan
Cara-cara:
  • Panaskan minyak, tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu
  • Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih
  • Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras, daun pandan, garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa
  • Bila nasi kering, buat lubang di tgh nasi dan titiskan pewarna kuning
  • Di tempat yang lain, ulangi langkah tadi sehingga pewarna kuning habis
  • Kacau atau gembur nasi dan masak nasi sehingga masak
  • Sedia untuk dihidangkan

No comments:

Post a Comment