Wednesday, November 2, 2011

NASI SERAI

 

Bahan-bahan:
  • 4 cawan beras basmathi (direndam 30 min, dicuci dan ditos)
  • 4 1/2 cawan air
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 helai daun pandan
  • 4 batang serai (diketuk)
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • Daun bawang dan daun sup (dihiris)
  • Sedikit bawang goreng
  • Garam secukup rasa
Bahan-bahan tumis:
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
Cara-cara:
  • Panaskan minyak sapi dan tumis bahan-bahan tumisan hingga garing dan naik bau
  • Kemudian, masukkan beras, air, kiub pati ayam, daun pandan, serai dan garam. Gaul sebati
  • Pindahkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa
  • Setelah masak, tabur daun bawang, daun sup, dan bawang goreng
  • Sedia untuk dinikmati




No comments:

Post a Comment