Tuesday, November 1, 2011

NASI LOBAK MERAH

Bahan-bahan:
  • 500 g beras basmathi (direndam 30 min, dicuci dan ditoskan)
  • 3 sudu besar minyak sapi
  • 700 ml air atau secukupnya (500 ml air + 200 ml susu cair)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji cengkih
  • 3 biji bunga lawang
  • 2 helai daun pandan
  • 1 batang carrot (~100 g; disagat)
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Bawang goreng, kismis, daun sup dan daun bawang (sebagai hiasan)
Cara-cara:
  • Panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga hingga garing dan naik bau
  • Kemudian, masukkan beras, air, susu, kiub pati ayam, carrot, garam dan daun pandan. Kacau sebati
  • Pindahkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa
  • Setelah masak, bolehlah ditabur bawang goreng, kismis, daun sup dan daun bawang
  • Sedia untuk dinikmati




No comments:

Post a Comment