Sunday, October 30, 2011

BANANA CHOCOLATE CAKE



Bahan-bahan (kek):
  • 2 cawan gula kastor
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 cawan air suam
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan pisang masak yang dilenyek
  • 1 3/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1 1/2 baking powder
  • 1 1/2 bicarbonate soda
  • 1/2 sudu kecil garam
Bahan-bahan (chocolate ganache):
  • 150 g whipping cream
  • 200 g coklat masakan (dipotong keci-kecil)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 sudu makan butter
  • 1 sudu makan madu
Cara-cara (kek):
  • Pukul telur dan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan susu, minyak jagung, pisang lenyek, garam dan esen vanila. Pukul lagi
  • Di dalam bekas lain, diayak tepung bersama dengan serbuk koko, baking powder dan bicarbonate soda 
  • Masukkan adunan tepung ke dalam adunan yang dipukul tadi sedikit demi sedikit dan di selang seli dengan air suam. Kaup balik dan kacau sebati
  • Lapik loyang dengan kertas minyak dan dilanser dengan sedikit butter
  • Bakar pada suhu 180 (degree celcius) selama 1 jam 30 minit atau sehingga masak
  • Sejukkan dahulu dan sedia untuk disaluti topping
Cara-cara (chocolate ganache):
  • Masak whipping cream di atas api yang sederhana sehingga berbuih
  • Masukkan coklat masakan, esen vanila, butter dan madu
  • Kacau sehingga pekat dan likat
  • Sejukkan sebentar sebelum dihias di atas kek


No comments:

Post a Comment