Saturday, October 8, 2011

DONUT GEBU





Bahan-bahan:
  • 4 cawan tepung gandum (sy gn lebih dari 4 cawan)
  • 1 pek yis (11 g)
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 senduk butter (blh tambah or kurang, ikt keadaan doh)
  • 1 biji telur
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 2 cawan air suam (untuk larutkan gula dan yis)
Cara-cara:
  • Larutkan gula dan yis ke dalam air suam. Kacau sebati dan biarkan yis naik lebih kurang 10-15 minit
  • Masukkan bahan-bahan lain ke dalam satu bekas
  • Kemudian, campurkan larutan yis ke dalam bahan-bahan lain. Uli hingga sebati dan membentuk doh yang tak melekat di tangan. Jika adunan masih melekat, tambahkan tepung sehingga membentuk doh yang lembut dan tidak melekat di tangan. Biarkan doh naik selama 45 min ke 1 jam
  • Setelah doh naik, bentukkan doh mengikut bentuk yang diingini. Rehatkan doh selama 30 min, doh akan naik lagi
  • Panaskan minyak masak di dalam kuali. Dengan api perlahan, goreng donut sehingga kuning keemasan
  • Salutkan dengan gula ising atau gula halus
  • Sedia untuk dinikmati



No comments:

Post a Comment