Sunday, October 23, 2011

KEK LAPIS HORLICKS MILO




Bahan-bahan:
  • 16 oz butter
  • 200 g gula kastor
  • 10 biji telur
  • 240 g tepung Hong Kong (diayak)
  • 1 tin susu pekat (397 g)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 100 g milo
  • 100 g horlicks
Cara-cara:
  • Dipukul butter dan gula sehingga kembang
  • Kemudian, dimasukkan telur, ovallette dan susu pekat. Pukul lagi sehingga sebati
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter dan dikaup balik
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dimasukkan horlicks dan satu bahagian lagi dimasukkan milo. Kacau sebati
  • Lapis loyang dengan kertas minyak
  • Bakar selapis demi selapis pada suhu 180 (degree celcius) dengan api grill. Setiap lapisan diletakkan 6 sudu besar adunan, bakar selama 10-15 min. Bakar sehingga habis
  • Sejukkan dan sedia untuk dinikmati


No comments:

Post a Comment