Wednesday, October 26, 2011

ROTI ARAB





Bahan-bahan:
  • 250 g tepung gandum
  • 2 sudu kecil yis
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar gula
  • 160 - 170 ml air suam
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Minyak masak untuk menggoreng
Cara-cara:
  • Campurkan yis, air suam dan gula. Kacau sehingga gula larut. Biarkan sebentar sehingga yis berbuih
  • Di dalam bekas lain, ayak tepung gandum. Masukkan susu tepung, butter, dan garam. Gaul rata. Kemudian, masukkan bancuhan yis. Uli hingga sebati dan membentuk doh
  • Biarkan doh naik selama lebih kurang 1 jam
  • Setelah doh naik, uli doh sekali lagi. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian. Bulatkan setiap bahagian dan leperkan atau canaikan (jangan terlalu nipis atau tebal)
  • Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng doh satu persatu dan siramkan minyak ke atas doh. Doh akan naik dan mengembung. Goreng sehingga garing keemasan. Angkat dan toskan
  • Sedia untuk dinikmati bersama sambal ikan bilis, sambal sardin, kari ayam, kari daging atau sebagainya



No comments:

Post a Comment