Monday, October 24, 2011

PANDAN LAYERED CAKE


Bahan-bahan kek:
  • 5 biji telur gred A
  • 15 g ovallette
  • 160 g gula kastor
  • 1 sudu teh baking powder (diayak)
  • 125 g tepung gandum (diayak)
  • 75 g minyak jagung/ masak
  • 1 sudu kecil perisa pandan
  • 2 sudu besar susu segar
Bahan-bahan kastard:
  • 1050 g santan
  • 225 g gula kastor
  • 10 g serbuk jeli
  • 1 sudu kecil perisa pandan
  • 100 g tepung Hoen Kwe (hijau)
  • 75 ml jus pandan (4 helai daun pandan dikisar dengan 75 ml air dan ditapis)
  • Secubit garam
Cara-cara kek:
  • Pukul telur, gula dan ovallette hingga kembang
  • Kemudian, masukkan minyak jagung, perisa pandan dan susu segar. Pukul lagi
  • Diayak tepung gandum bersama baking powder
  • Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur dan dikaup balik sehingga sebati
  • Lapik loyang dengan kertas minyak dan dilanser dengan butter
  • Masukkan adunan ke dalam loyang, bakar pada suhu 175 (degree celcius) selama 30-45 minit atau sehingga masak
  • Sejukkan kek, dan potong kek kepada 3 bahagian. Bahagian tepi kek dipotong untuk kecilkan kek
  • Lapiskan kastard dahulu dan diikuti dengan satu lapis kek. Buat sehingga habis dan lapisan terakhir ialah kastard
  • Sejukkan di dalam peti ais lebih kurang sejam dan sedia untuk dinikmati
Cara-cara kastard:
  • Campurkan kesemua bahan dan kisar hingga sebati
  • Kemudian, masak di atas api secara doule boiler sehingga pekat dan likat
  • Sejukkan sebentar dan sedia untuk digunakan


No comments:

Post a Comment