- 190 ml air suam
- 2 sudu kecil yis
- 5 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
- 400 g tepung roti (high protein)
- 2 sudu besar susu tepung (everyday)
- 1 biji telur
- 60 g butter
- 1/4 sudu kecil bread softerner
- 1/4 sudu teh bread improver
Bahan-bahan lain:
- Sosej (ayamas)
- Mix vege
- Cheese
- Sos cili
- Mayonis
Cara-cara:
- Larutkan yis, gula dan garam di dalam air suam. Biarkan selama 15 min
- Masukkan tepung, susu, telur, butter, bread improver dan bread softener ke dalam mangkuk. Gaul sebati
- Kemudian, masukkan larutan yis ke dalam campuran tadi. Gaul sebati sehingga membentuk doh. Biarkan selama 1 jam. Doh akan naik tiga kali ganda
- Apabila doh sudah naik, bolehlah dicanai mengikut bentuk yang diingini
- Jika bentuk pintal/ bunga: Ambil sedikit doh, canaikan sederhana nipis. Ambil sebatang sosej dan gulungkan. Potong kepada 8 bahagian (jangan hiris sampai putus)
- Kemudian, tolak bahagian yang dipotong tadi ke kiri dan ke kanan secara selang seli (untuk bentuk pintal). Untuk bentuk bunga, pintalkan bahagian yang dipotong secara membuat membentuk seperti bunga. Boleh rujuk di sini dan di sini untuk langkah yang lebih jelas
- Untuk bentuk mini piza, boleh canaikan doh secara bulat atau petak
- Setelah doh dibentuk, biarkan doh naik (lebih kurang 40 min - 1 jam). Setelah itu, sapukan telur, taburkan mix vege, pipingkan mayonis dan sos cili. Akhir sekali taburkan cheese
- Bakar pada suhu 180 (degree celcius) selama 20-30 minit atau sehingga masak
No comments:
Post a Comment