Sunday, October 16, 2011

SWEET TWISTED BUN




Bahan-bahan doh:
  • 380 g tepung high protein (diayak)
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 80 g gula kastor
  • 3 sudu kecil yis
  • 1 biji telur gred A (dipukul sedikit)
  • 100 ml air suam
  • 100 g water roux (50 g tepung gandum + 250 ml air; campur dan masak atas api sederhana sehingga pekat)
  • 1 sudu kecil garam
  • 30 g butter
  • 30 g shortening
Bahan-bahan lain:
  • Egg wash (untuk sapu di atas roti; kuning telur + susu segar)
  • Gula/ cheese (untuk ditabur di atas roti)
Cara-cara:
  • Campurkan kesemua bahan doh. Uli hingga sebati dan membentuk doh yang tidak melekat di tangan. Jika masih melekat, tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang kenyal dan tak melekat di tangan. Rehatkan doh selama 1 jam. Doh akan naik dua kali ganda
  • Kemudian, uli doh dan bahagikan doh kepada 6 bahagian yang sama besar. Setiap bahagian doh, dibahagi 3 bahagian dan diuli seperti bentuk tali. Pintal 3 bahagian tadi seperti mendendan
  • Buat sehingga habis dan letakkan doh di dalam loyang yang telah dilanser dengan butter. Rehatkan doh selama 1 jam. Doh akan naik
  • Sapu doh dengan egg wash dan taburkan gula atau cheese
  • Bakar pada suhu 180 (degree celcius) selama 20-30 minit atau sehingga keemasan. Setelah masak dan masih panas, sapukan butter pada roti supaya kelihatan berkilat
  • Sedia untuk dihidangkan



No comments:

Post a Comment