Wednesday, October 12, 2011

SAUSAGE BUN

 



Bahan-bahan doh:
  • 300 g tepung high protein (diayak)
  • 50 g gula pasir
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil susu tepung
  • 1 sudu kecil yis
  • 1/4 sudu kecil bread improver
  • 1/4 sudu kecil bread softener
  • 160 ml air
  • 25 g shortening/ butter
Bahan-bahan lain:
  • 10 biji sosej (dicelur)
  • Bijan atau cheese secukupnya
  • Egg wash (telur kuning + sedikit susu segar; untuk sapuan)
Cara-cara:
  • Campurkan kesemua bahan doh di dalam 1 bekas. Gaul sebati sehingga membentuk doh yang tidak lekat di tangan (jika masih melekat, tambah tepung sedikt demi sedikit sehingga tidak melekat)
  • Rehatkan adunan selama 1 jam 30 min sehingga doh naik
  • Kemudian, bahagi doh kepada 10 bahagian yang sama banyak dan bulatkan
  • Ambil satu bahagian, canaikan menjadi bentuk segiempat tepat. Letakkan satu sosej di tengah, dan potong memanjang di bahagian kiri dan kanan
  • Kemudian, cantumkan bahagian-bahagian yang dipotong tadi secara berselang seli (seperti membuat dendan). Buat sehingga habis
  • Letakkan doh yang telah dibentuk di dalam loyang pembakar yang telah dilanser butter
  • Rehatkan doh selama 45 minit sehingga doh naik
  • Kemudian, sapukan egg wash dan tabur bijan atau cheese
  • Bakar pada suhu 180 (degree celcius) selama 15 minit atau sehingga masak keperangan
  • Sedia untuk dinikmati dan enak dihidangkan bersama mayonis dan sos cili




No comments:

Post a Comment