Monday, October 10, 2011

MEXICAN BUN



Bahan-bahan doh:
  • 500 g tepung high protein (diayak)
  • 2 sudu kecil bread improver
  • 2 sudu kecil bread softener
  • 20 g susu tepung
  • 75 g gula kastor
  • 3 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
  • 250 ml air
  • 60 g butter
Cara-cara doh:
  • Campurkan kesemua bahan. Uli sebati hingga membentuk doh. Perap selama 45 min - 1 jam
  • Kemudian, bahagikan doh sama banyak kepada 17 bahagian dan bulatkan
  • Ambil 1 bahagian doh, leperkan dan masukkan filling yang telah disediakan. Tutup rapat dan bulatkan. Buat hingga habis 
  • Aturkan di atas loyang pembakar yang telah dilanser dengan butter. Rehatkan doh selama 45 min, doh akan naik
  • Setelah itu, pipingkan topping coffee yang telah disediakan, secara membulat bermula dari atas tengah. Buat hingga habis
  • Bakar pada suhu 180 (degree celcius) selama 15 min atau sehingga masak (keperangan)
  • Sedia untuk dinikmati
Bahan-bahan filling:
  • 200 g butter
  • 70 g gula perang
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
Cara-cara filling:
  • Pukul butter dan gula perang hingga kembang
  • Masukkan esen vanila, pukul lagi
  • Sedia untuk digunakan
Bahan-bahan topping:
  • 200 g butter
  • 160 g gula ising
  • 3 biji telur gred A (dipukul sedikit)
  • 1 sudu kecil perisa kopi
  • 200 g tepung gandum (diayak)
Cara-cara topping:
  • Pukul butter dan gula ising sehingga kembang
  • Kemudian masukkan telur dan diikuti dengan perisa kopi. Kacau sebati
  • Masukkan pula tepung gandum. Gaul sebati
  • Sedia untuk digunakan


No comments:

Post a Comment