Saturday, October 22, 2011

KEK LAPIS HAWFLAKES



Bahan-bahan:
  • 5 biji telur gred A
  • 200 g gula kastor
  • 220 g tepung Hong Kong
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu besar ovallette
  • 150 ml susu segar
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100 g minyak jagung/ masak
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Asam hawflakes secukupnya
  • Pewarna yang digemari
Cara-cara:
  • Ayak tepung Hong Kong dan baking powder di dalam bekas dan ketepikan
  • Dipukul telur, gula dan ovallette hingga kembang
  • Kemudian, masukkan esen vanila, susu segar, minyak jagung dan garam. Pukul hingga sebati
  • Masukkan adunan tepung yang telah diayak tadi ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit dan dikaup balik hingga sebati
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna pada setiap bahagian
  • Di alas loyang dengan kertas minyak
  • Kukus selapis-selapis sehingga habis (setiap lapis menggunakan 5 sudu makan, kukus lebih kurang 10-15 minit)
  • Letakkan hawflakes pada setiap lapisan ganjil atau genap
  • Setelah siap melapis, sejukkan dahulu dan sedia untuk dinikmati dan dihidangkan 


No comments:

Post a Comment