- 135 ml air sejuk dari peti ais
- 3/4 sudu teh garam
- 1 biji telur (~ 30 g)
- 60 g ubi kentang lecek (direbus dahulu)
- 300 g tepung roti (high protein)
- 3/4 sudu besar susu tepung
- 50 g gula halus
- 2 sudu teh yis
- 1/2 sudu teh bread improver
- 1/2 sudu teh bread softener
Bahan-bahan kastard:
- 3/4 cawan susu segar
- 2 sudu besar tepung kastard
- 2 sudu besar gula halus
- 1 sudu teh butter
- 1/2 sudu teh esen vanila
Cara-cara doh:
- Satukan semua bahan doh, uli hingga sebati dan kenyal. Biar doh selama 45 minit. Doh akan naik 2-3 kali ganda
- Kemudian, bahagikan doh kepada 12 bahagian yang sama besar (lebih kurang 55 g sebiji). Bulatkan setiap bahagian menjadi bebola dan susun di atas loyang yang telah disapu butter dan biarkan selama 45 minit sehingga doh naik
- Setelah doh naik, sapukan permukaan doh dengan telur yang dicampurkan dengan sedikit susu segar
- Pipingkan kastard yang telah disediakan di atas doh mengikut corak yang diingini
- Bakar pada suhu 180 (degree celsius) selama 30 minit atau sehingga masak keemasan
- Setelah dikeluarkan dari oven, sapukan permukaan roti dengan butter
- Sedia untuk dinikmati
Cara-cara kastard:
- Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk. Kacau sebati
- Masak sehingga pekat dengan api perlahan
- Sedia untuk digunakan
No comments:
Post a Comment