Saturday, October 8, 2011

KUIH PAU

 



Bahan-bahan:
  • 240 g tepung Hong Kong/ tepung halus/ tepung pau
  • 1 sudu kecil double acting baking powder
  • 1 sudu kecil yis
  • 1/2 sudu teh garam
  • 25 g lemak sayuran (shortening)
  • 100 ml air suam
  • 30 g gula halus
  • 1/2 sudu kecil cuka
  • Inti kacang merah atau inti lain
Cara-cara:
  • Campurkan kesemua bahan kecuali inti kacang merah. Gaul hingga sebati dan membentuk doh. Biarkan selama 45 minit. Doh akan naik dua kali ganda
  • Keluarkan doh, uli sekejap. Bahagikan doh sama besar kepada 10 bahagian dan bulatkan
  • Ambil satu bahagian, leperkan dan isi inti. Tutup kemas dan bulatkan. Letakkan di atas kertas minyak dan buat sehingga habis
  • Rehatkan 25 minit, pau akan naik. Sementara itu, panaskan air kukusan
  • Setelah air mendidih, masukkan pau ke dalam lengat kukusan, kukus selama 15 minit
  • Sedia untuk dinikmati



No comments:

Post a Comment