Monday, October 10, 2011

RAINBOW LAYER CAKE



 Bahan-bahan:
  • 1 cawan butter
  • 2 1/3 cawan gula kastor
  • 5 biji putih telur (gred A)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar
  • 3 cawan tepung gandum (diayak)
  • 4 sudu teh baking powder
  • Pewarna yang diingini (purple, biru, hijau, kuning, oren dan merah)
  • 500 g readymade buttercream, krimwell (dipukul hingga kembang)
Cara-cara:
  • Pukul butter dan gula kastor hingga kembang
  • Masukkan putih telur dan pukul lagi hingga kembang. Masukkan pula esen vanila. Pukul lagi
  • Campurkan tepung, baking powder dan garam dalam satu bekas. Gaul sebati
  • Masukkan campuran tepung dan susu cair ke dalam adunan butter secara berselang seli. Buat sampai habis. Gaul sebati
  • Bahagikan adunan tadi kepada 6 bahagian secara sama banyak. Masukkan pewarna pada setiap satu bahagian. Kacau rata
  • Isikan 1 bahagian adunan ke dalam loyang 9'' yang dilapik dengan kertas minyak
  • Bakar pada suhu 180 (degree celcius) selama 15 minit atau sehingga masak. Setelah masak, ketepikan dan sejukkan
  • Bakar lagi bahagian adunan selebihnya sehingga habis
  • Lapiskan setiap bahagian dengan buttercream dan hias kek dengan kreativiti masing-masing




No comments:

Post a Comment