Thursday, October 13, 2011

NASI LEMUNI



Bahan-bahan:
  • Beras (dibasuh bersih dan ditoskan)
  • Pucuk daun lemuni (dikisar dan ditapis; ambil air sahaja)
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 biji bawang besar (dihiris kasar)
  • Halia sebesar ibu jari (dihiris kasar)
  • Sedikit lada hitam biji
  • Sedikit garam
  • Sedikit santan pekat
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Sedikit minyak masak
Cara-cara:
  • Panaskan minyak di dalam rice cooker. Tumis serai, bawang, halia dan kulit kayu manis sehingga naik bau
  • Masukkan beras, santan, air daun lemuni, pandan, lada hitam dan garam. Kacau sebati. Tutup api (kuantiti santan dan air daun lemuni sama banyak seperti masak nasi biasa, contoh jika total air 500 ml; santan 250 ml dan air daun lemuni 250 ml)
  • Masak di dalam periuk rice cooker seperti masak nasi biasa
  • Sedia untuk dihidangkan bersama sambal sotong/ udang/ ayam atau lain2, ikan bilis, telur dan timun


No comments:

Post a Comment