Friday, October 28, 2011

SUPER MOIST CHOCOLATE CAKE

 


Bahan-bahan A (diayak):
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh bicarbonate soda
Bahan-bahan B (dipukul):
  • 4 biji telur
  • 1 3/4 cawan gula kastor
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 1/2 cawan air panas mendidih
Bahan-bahan (chocolate ganache):
  • 300 g whipping cream
  • 400 g coklat masakan
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu makan madu
  • 1 sudu teh esen vanila
Cara-cara (kek):
  • Pukul bahan B sehingga kembang kecuali air panas
  • Masukkan bahan A ke dalam adunan B sedikit demi sedikit dan dikaup balik
  • Akhir sekali, masukkan air panas dan kacau sebati
  • Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak dan dilanser sedikit butter
  • Bakar kek pada suhu 175 (degree celcius) selama 1 jam 30 minit atau sehingga masak
  • Sejukkan dulu sebelum diletakkan chocolate ganache
Cara-cara (chocolate ganache):
  • Panaskan whipping cream di atas api sederhana sehingga berbuih
  • Kemudian, masukkan coklat masakan, butter, madu dan esen vanila
  • Kacau sehingga sebati, pekat dan likat
  • Tutup api dan sejukkan sebentar
  • Sedia untuk dituang di atas kek



No comments:

Post a Comment