Thursday, August 25, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum WBT. Salam 25 Ramadhan 1432H untuk semua pengunjung blog JOM MAKAN. Di bulan yang mulia ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung terutama sekali followers blog. Saya ingin menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf jika ada tersilap kata dan tersalah laku sepanjang saya menulis blog ini. Ribuan terima kasih di atas sokongan yang diberikan. Saya amat menghargainya. Insyaallah, jika diberi keizinan, saya akan menambah baik blog JOM MAKAN dari semasa ke semasa bagi memenuhi kepuasan pengunjung. Kepada yang pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya. Diharap lebaran kali ini disambut dengan penuh kesyukuran. Semoga amalan ziarah-menziarahi dapat merapatkan silaturrahim sesama kita. Akhir sekali, dalam kita berseronak meraikan Syawal, jagalah pemakanan kita dan bersederhanalah dalam pengambilan makanan. Sekian, Salam Lebaran dariku untuk kalian semua. Wassalam.

Friday, August 19, 2011

ROTI SARDIN GULUNG


Bahan-bahan:
  • 2 buku roti sandwich biasa (yang pjg)
  • 4 biji telur
  • Sedikit garam
  • Bread crumb
  • Minyak untuk mengoreng
Bahan-bahan Inti:
  • 1 tin besar + 1 tin kecil sardin (ayam brand)
  • 2 biji limau nipis (ambil jus)
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 3 biji bawang besar (dihiris)
  • Daun sup dan daun bawang (dihiris kasar)
  • Sedikit gula dan garam
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara:
  • Kacau rata. Masukkan bahan-bahan lain, apabila kering, tutup api dan ketepikan
  • Nipiskan roti dengan penggiling dan dibuang kulit roti
  • Sapukan inti di atas roti dan gulungkan. Gamkan dengan sedikit tepung gandum yang telah dibancuh dengan sedikit air
  • Celupkan roti dalam telur yang telah dipukul dengan sikit garam
  • Golekkan gulungan roti di atas breadcrumb
  • Gorengkan dalam kuali leper sehingga kuning keemasan
  • Angkat dan toskan
  • Sedia untuk dihidangkan dengan sos cili