Sunday, January 31, 2010

KOBIS GORENG KICAP

Bahan-bahan:
  • Sayur kobis dipotong sederhana besar
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • Udang (kuantiti mengikut citarasa)
  • 1 tangkai cabai hidup (dihiris)
  • Bawang goreng (sebagai hiasan)
  • Kicap masin (kuantiti mengikut citarasa)
  • Sos tiram (kuantiti mengikut citarasa)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

Cara-cara:

  • Panaskan minyak masak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing dan naik bau
  • Kemudian, masukkan udang, biarkan sebentar hingga masak
  • Masukkan sayur kobis + sos tiram + kicap masin + garam + gula + cabai hidup
  • Dikacau rata dan masak dalam beberapa minit sahaja
  • Tutup api, kemudian taburkan bawang goreng
  • Sedia untuk dihidangkan

Saturday, January 30, 2010

POPIA GORENG


Bahan-bahan (popia):
  • Kulit popia ready made (dijual di supermarket, saya guna saiz kecil)
  • 1 biji bawang besar (dihiris halus)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris halus)
  • Udang (kuantiti mengikut citarasa masing2)
  • 2 biji sengkuang (saiz kecil, diparut sederhana halus)
  • 3 batang carrot (diparut sederhana halus)
  • 2 genggam taugeh
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 cawan bawang goreng
  • Minyak masak untuk menumis
  • 1 1/2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air hingga pekat, untuk dijadikan gam kulit popia)

Bahan-bahan (sos):

  • Minyak masak untuk menumis
  • 2 senduk cabai kering yang telah dimesin halus
  • Cuka (kuantiti mengikut citarasa)
  • Garam dan gula secukupnya
  • 2 sudu makan bawang goreng (diramas sampai halus)

Cara-cara (popia):

  • Tumis bawang besar dan bawang putih hingga garing dan naik bau
  • Masukkan udang, biarkan sebentar hingga udang masak
  • Masukkan garam dan gula secukupnya diikuti dengan sengkuang dan carrot
  • Masak sehingga sengkuang dan carrot lembut dan air sengkuang kering
  • Akhir sekali masukkan taugeh, kacau rata
  • Tutup api, kemudian taburkan bawang goreng dan kacau hingga sebati
  • Inti popia sedia untuk digunakan
  • Gulungkan kulit popia bersama 1 1/2 sudu kecil inti popia, kemudian hujung kulit popia disapukan tepung gandum sebagai gam
  • Buat hingga inti dan kulit popia habis
  • Kemudian, dengan api yang sederhana, goreng popia sehingga kuning keemasan

Cara-cara (sos):

  • Tumis cabai kering yang telah dimesin halus smpai garing
  • Masukkan cuka, garam dan gula, masak sehingga kering dan garing
  • Seterusnya, masukkan bawang goreng yang telah dihancurkan untuk pekatkan sos
  • Sos sedia untuk dihidangkan bersama popia, enak dimakan ketika masih panas



Friday, January 29, 2010

AYAM MASAK KICAP


Bahan-bahan:
  • Beberapa ketul ayam
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 1 tangkai cabai hidup dihiris
  • Kicap masin
  • Kicap manis
  • Cuka
  • Sedikit lada hitam
  • Garam
  • Kunyit
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  • Beberapa ketul ayam digaul rata dengan kunyit dan garam
  • Kemudian, goreng ayam hingga garing di dalam kuali
  • Dengan menggunakan kuali yang sama, pastikan kuantiti minyak tidak terlalu byk, masukkan kesemua ayam yang telah digoreng tadi
  • Masukkan air (kuantiti air bergantung pada individu, jika ingin berkuah, lebihkan air, biasanya saya masukkan air hingga menutupi kesemua ayam)
  • Biarkan air mendidih dan isi ayam empuk
  • Apabila air sudah agak kering, masukkan kicap manis, kicap masin, lada hitam dan cuka, kacau hingga rata
  • Akhir sekali masukkan bawang besar dan cili hidup, tutup api
  • Sedia untuk dihidangkan

MEGI GORENG ALA THAI


Bahan-bahan:
  • 5 keping megi brand Vits (jenis halus, celur smpai lembut)
  • 1 biji bwang besar (dikisar)
  • 3 biji bawang putih (dikisar)
  • Udang (kuantiti mengikut citarasa)
  • Isi ayam (dihiris kuib kecil, kuantiti mengikut citarasa)
  • 1 kuib pati ayam (brand Maggi)
  • 2 biji telur
  • Secekak daun sawi (dihiris 1 cm)
  • Lada sulah (kuantiti mengikut citarasa)
  • Sos tiram (kuantiti mengikut citarasa)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menunis

Cara-cara:

  • Tumis bawang besar dan bawang putih hingga garing dan naik bau
  • Selepas itu, masukkan ayam dan udang, didihkan sebentar hingga masak
  • Kemudian, masukkan kiub pati ayam, sos tiram, lada sulah, garam dan gula
  • Masukkan sayur sawi, layukan sebentar
  • Pecahkan telur, goreng smpai telur betul2 masak
  • Akhir sekali masukkan megi, dan kacau hingga rata
  • Tutup api, dan sedia untuk dihidangkan
  • Pada penggemar pedas, bolehlah hidangkan resepi ini bersama hirisan cili api untuk bangkitkan rasa pedas


PAK CHOY WITH OYSTER SAUCE


Bahan-bahan:
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 cekak pak choy (xperlu hiris halus, dibersihkan terlebih dahulu)
  • Sos tiram (kuantiti mengikut citarasa)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Bawang goreng (kuantiti mengikut citarasa)
  • Minyak masak (untuk menumis)
  • Sedikit air

Cara-cara:

  • Tumis bawang besar dan bawang putih hingga garing dan naik bau
  • Selepas itu, masukkan sos tiram dan sedikit air
  • Masukkan pula garam dan gula seckup rasa
  • Setelah mendidih masukkan pak choy pelepah demi pelepah dan kacau rata (xperlu masak lama, nnt sayur layu)
  • Tutup api, taburkan bawang goreng
  • Sedia untuk dihidangkan

MEGI GORENG BEBOLA


Bahan-bahan:
  • Megi brand Vits (jenis kasar, celur hingga lembut, letak myk sket spy xmelekat)
  • Sayur sawi secekak (hiris sederhana, jgn halus sgt)
  • 1 paket bebola aym (goreng dulu)
  • Udang (kuantiti mengikut citarasa)
  • 1 paket bolognese sauce mix (jenama maggi, bancuh ngn 1 1/2 cwn air)
  • Cili sos (secukup rasa)
  • Cuka (secukup rasa)
  • Kicap (secukup rasa)
  • Garam n gula secukup rasa
  • 2 biji bwg bsr (dimesin)
  • 4 ulas bwg putih (dimesin)
  • 4 tangkai cabai hidup (dimesin)

Cara-cara:

  • Tumis bahan yang dimesin hingga garing
  • Masukkan udang, biarkan garing sebentar
  • Kemudian masukkan bolognese sauce, masak smpai agak kering dan pekat
  • Masukkan cili sos, cuka, kicap, garam dan gula. Kacau dan rasa
  • Masukkan sawi + bebola ayam + megi
  • Kacau hingga sebati dan masak
  • Tutup api dan bolehlah dihidangkan bersama kacang tanah, bwg grg, daun bwg dan cabai hidup yang dihiris

DAGING TUMBUK


Bahan-bahan:
  • 1 kg daging
  • Air rebusan daging
  • 3 ulas bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bwg putih (dikisar)
  • Cili kering (dikisar, kuantiti bgtg pd citarasa msg2)
  • Air asam jawa
  • Kicap manis dan masin
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak (utk menggoreng dan menumis)

Cara-cara:

  • Daging dipotong kiub (3 x 3 x 3 cm) dan direbus hingga lembut
  • Kemudian, toskan daging dan disimpan air daging
  • Daging yang sudah direbus dan ditoskan, ditumbuk sehingga daging kelihatan seurat2 (isi daging terkirai)
  • Daging yang sudah ditumbuk, digaul dgn kicap masin hingga rata
  • Di dalam kuali, panaskan minyak masak dan digoreng daging yang telah digaul dgn kicap sedikit demi sedikit hingga garing. Buat smpai daging habis
  • Di dalam kuali yang sama, panaskan minyak untuk tujuan menumis (jika kuantiti myk kurang, bolehlah ditambah)
  • Ditumis bwg bsr + bwg putih hingga garing
  • Masukkan pula cili kering yang telah dimesin, tumis hingga garing
  • Masukkan air daging + air asm jawa + gula + garam + kicap manis + kicap masin (rasa dulu sebelum masukkan garam)
  • Akhir skali, masukkan daging yang telah digoreng, dan rebus smpai kering (Klu xnak terlampau kering, jgn rebus terlalu lama)
  • Sedia utk dihidangkan dan enak dimakan bersama nasi, roti atau ketupat

NASI BERIANI


Bahan-bahan:
  • 8 cawan beras Basmathi
  • 8 1/2 gelas air
  • 1 cawan susu cair
  • 1 camca besar rempah Beriani (gunakan rempah Maggi or Faiza)
  • ½ cawan bawang goreng
  • ½ tin kecil tomato puree
  • 1 biji tomato (potong dadu kecil)
  • ½ cawan daun pudina (dimesin)
  • 3 batang cili hijau (dimesin)
  • 10 biji bawang kecil
  • 10 biji bawang putih
  • 2 inci halia Sepokok daun ketumbar (potong 1.5 cm)
  • Segenggam kismis/biji gajus (digoreng)
  • Sedikit pewarna kuning telur
  • 2 sudu makan minyak sapi
  • 2 senduk minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 5 tangkai bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 batang kayu manis
  • 5 biji bunga cengkih
  • 1 pokok daun saderi
  • 1 pokok daun bawang

Cara-cara:

  • Bawang kecil, bawang putih, daun pudina, lada hijau, halia dikisar dengan 1 cawan air
  • Bancuhkan rempah beriani ke dalam bahan yang dimesin tadi
  • Beras dicuci bersih, direndam 10 minit dan ditoskan
  • Dengan menggunakan dapur gas, panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam rice cooker, masukkan kayu manis, cengkih, lawang dan pelaga diikuti dengan rempah yang telah dibancuh tadi
  • Apabila telah naik baunya, masukkan air, susu, bawang goreng dan tomato puree
  • Tutup periuk, biarkan mendidih sebentar, kemudian memasukkan beras
  • Kacau sebentar dan rasa garam gula secukup rasa
  • Selepas itu, tutup api, dan masak nasi menggunakan rice cooker elektrik
  • Setelah nasi masak, dibalik-balikkan nasi. Letakkan beberapa titis pewarna kuning dicelah-celah nasi sambil mengacaunya (perlahan). Taburkan daun ketumbar, tomato, daun sup,bawang goreng dan buah gajus. Tutup semula lebih kurang 10 minit
  • Sedia untuk dihidangkan (hidangan untuk 15 orang)

WHIPPED POTATO


Bahan-bahan (whipped potato):
  • 10 biji kentang dibuang kulit dan dipotong kiub
  • 1 sudu kecil lada hitam ditumbuk halus
  • 1/2 cawan fresh milk
  • Garam secukup rasa
Bahan-bahan (sos):
  • 650 ml air
  • 5 sudu besar stok ayam (brand Maggi)
  • 1 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 batang saderi (dicincang)
  • 40 g mentega
  • 20 g tepung gandum
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Kicap pekat
  • Garam secukup rasa
Cara-cara (whipped potato):
  • Rebus kentang dengan sedikit garam
  • Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit sehingga hancur
  • Kemudian guna hand mixer, putar sehingga kentang jadi halus
  • Sambil putar, dimasukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya
Cara-cara (sos):
  • Masak air dengan stok ayam, saderi dan bawang besar hingga mendidih
  • Renihkan dalam 10 minit
  • Tapis ke dalam mangkuk
  • Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum
  • Kacau di atas api sederhana hingga tak melekat pada tepi periuk
  • Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel
  • Masukkan sos tomato dan sos tiram, beberapa titik kicap pekat (utk bagi warna)
  • Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam (rasa dulu sblm masukkan garam)
  • Masak sehingga pekat
  • Sedia dihidangkan bersama whipped potato

Thursday, January 28, 2010

UDANG TEMPURA BREADCRUMBS


Bahan-bahan:
  • 8-10 ekor udang segar sederhana besar
  • 100 g tepung tempura@tepung gandum
  • 100 g serbuk roti
  • 1 biji telur
  • Garam secukupnya
  • Lada sulah
  • Minyak utk menggoreng

Cara-cara:

  • Kupas kulit udang, buang kepala dan basuh dengan bersih
  • Kerat bwh bdn udang jgn smpai putus supaya udang tak bengkok masa goreng
  • Lap menggunakan kitchen towel supaya tak meletup ketika menggoreng
  • Taburkan garam dan lada sulah skit
  • Lumur udang dengan tepung, kemudian celup dalam telur yang dah dipukul
  • Lumur udg dalam serbuk roti dan ratakan permukaan udg
  • Pastikan minyak panas dan goreng udang hingga keemasan
  • Sedia untuk dihidangkan




BEGEDIL DAGING


Bahan-bahan:

  • 1 kg kentang, dikupas kulit dan dipotong bulat
  • 300 g daging cincang
  • 2 biji telur, asingkan kuning dan putih
  • 3/4 cawan bawang goreng
  • Secekak daun sup, dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • Garam secukupnya

Cara-cara:

  • Rebus ubi terlebih dahulu sehingga empuk
  • Panaskan kuali, goreng ubi separa garing kemudian ditumbuk lumat
  • Kisar bawang putih + garam + serbuk lada putih
  • Tumis bahan kisaran dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang
  • Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering
  • Campur daging yang telah digoreng + ubi kentang yang telah ditumbuk + 2 biji telur kuning + bawang goreng + daun sup
  • Bentukkan mengikut citarasa masing-masing
  • Panaskan minyak dan pastikan minyak betul-betul panas, kemudian celupkan begedil dalam 2 biji telur putih dan digoreng
  • Bila begedil garing barulah balik untuk mengelak begedil pecah
  • Sedia untuk dihidangkan dan enak dimakan bersama nasi atau sup


SWEET PANCAKE


Bahan-bahan:
  • 115 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil krim tartar
  • 25 g butter
  • 1 biji telur
  • 150 ml susu segar
  • 1 sudu besar gula
  • Secubit garam
Cara-cara:
  • Campurkan tepung + soda bikarbonat + krim tartar
  • Rub in butter sampai berderai macam serbuk roti
  • Lubangkan tepung di tengah-tengahnya
  • Gaulkan telur (dipukul sedikit dulu) dan susu hingga sebati
  • Tuangkan sesenduk adunan ke atas non stick pan yg panas dan dilenser dgn sedikit minyak
  • Masak dengan api sederhana sehingga ada buih2 udara dan tunggu sehingga buih2 tu pecah baru diterbalikkan
  • Angkat dan sedia dihidangkan bersama maple syrup, jem, honey, butter, coklat atau ice cream

Wednesday, January 27, 2010

BENGKANG TEPUNG BERAS


Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu teh garam
  • 6 cawan santan
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara:

  • Kisar kesemua bahan kecuali daun pandan sehingga sebati
  • Masukkan daun pandan dan masak sambil dikacau atas api yang sederhana hingga naik wap
  • Tutup api dan kacau hingga kental
  • Sapu rata loyang dengan minyak. Angkat daun pandan dan tuang adunan dalam loyang
  • Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 180 (degree celsius) selama 1 jam 30 min atau sehingga masak
  • Sejukkan terlebih dahulu dan barulah dipotong
  • Sedia utk dihidangkan


BANANA CHOCO CHIP


Bahan-bahan:
  • 125 g butter
  • 80 g chocolate rice
  • 2 biji telur
  • 4 biji pisang (dilenyek)
  • 3/4 cawan self raising flour (diayak)
  • 3/4 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 cawan gula castor
  • 1/2 sudu teh esen vanila

Cara-cara:

  • Pukul butter dan gula hingga kembang
  • Masukkan telur (seeloknya telur putih dipukul hingga kembang dahulu)
  • Masukkan pisang + tepung + soda bikarbonat + esen vanila. Kacau hingga sebati
  • Akhir sekali masukkan chocolate rice dan aduk hingga sebati
  • Masukkan adunan ke dalam bekas pembakar yang telah disapu butter
  • Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 180 (degree celsius) selama 45-60 min
  • Biarkan kek sejuk dan sedia untuk dihidangkan


TAKO


Bahan-bahan (hijau):
  • 2 oz tepung kacang hijau (diayak)
  • 6 oz gula pasir
  • 20 oz (3 cawan) air pandan
  • 1/8 sudu teh bikarbonat soda

Bahan-bahan (putih):

  • 1.5 oz tepung kacang hijau (diayak)
  • 3 oz gula pasir
  • 1/8 sudu teh bikarbonat soda
  • 20 oz (3 cawan) santan
  • sedikit garam (mengikut citarasa masing2)

Cara-cara:

  • Campurkan kesemua bahan untuk warna hijau, diblender hingga sebati
  • Langkah yang sama dilakukan untuk warna putih
  • Masukkan adunan warna hijau dan putih ke dalam periuk yang berlainan
  • Masak adunan hijau dan putih hingga pekat dan likat
  • Kemudian, tutup api dan sediakan bekas
  • Sendukkan warna hijau dan putih secara berselang seli di dalam bekas yang disediakan Lakukan sehingga adunan habis
  • Sejukkan sebentar, dan bolehlah disimpan di dalam peti sejuk
  • Sedia untuk dihidangkan. Enak dimakan apabila sejuk

JELLY KELAPA MUDA


Bahan-bahan:
  • 10 g agar-agar
  • 1 gelas air kosong
  • 6 gelas air kelapa muda
  • 1 cawan gula pasir
  • isi kelapa (dipotong kecil-kecil)
  • perisa sirap ros (optional)

Cara-cara:

  • Masakkan agar-agar bersama air kosong hingga agar-agar hancur
  • Masukkan gula, biarkan mendidih dan gula hancur. Setelah itu, agar-agar ditapis
  • Akhir sekali masukkan air kelapa, isi kelapa dan sedikit perisa sirap ros, didihkan sebentar
  • Tutup api dan biarkan sejuk sebentar dan bolehlah masukkan dalam bekas
  • Biarkan sejuk dan simpan di dalam peti ais
  • Sedia untuk dihidangkan



MY DADIH


Bahan-bahan:
  • 2 cawan agar-agar (potong kecil2)
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 tin susu cair
  • 2 cawan coffeemate
  • 16 cawan air
  • Perisa (optional)

Cara-cara:

  • Masakkan agar-agar dengan 16 cawan air dan masak hingga agar-agar hancur
  • Setelah mendidih dan agar-agar hancur, masukkan gula. Masak hingga mendidih dan gula hancur
  • Tutup api, dan tapiskan agar-agar
  • Masukkan susu cair dan coffeemate (yang sudah diblender terlebih dahulu) ke dalam agar-agar. Masak hingga mendidih dengan api yang perlahan
  • Kemudian, barulah masukkan perisa (jika mahu dadih berperisa)
  • Tuang dadih ke dalam bekas, dan sejukkan sebentar
  • Simpan di dalam peti sejuk dan sedia untuk dihidangkan



MOIST CHOCOLATE CAKE


Bahan-bahan (kek):
  • 1 1/3 bar buttercup
  • 1 3/4 cwn gula castor
  • 3/4 cwn cocoa van housten
  • 2 3/4 self raising flour
  • 1 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 6 biji telur ( 4 biji ambil semua, 2 biji ambil merah shj)
  • 1 1/2 cwn air or ideal milk
  • 1 sudu kecil bikarbonat soda
Bahan-bahan (topping):
  • 1/2 cwn cocoa
  • 1 tin ideal milk
  • 2 sudu bsr butter
  • 1 sudu teh vanila
  • 1/2 cwn gula castor
  • 1/2 sudu mkn tepung jagung (optional)
  • chocolate rice (optional sbg hiasan)

Cara-cara (kek):

  • Pukul buttercup + gula castor hingga kembang
  • Masukkan telur putih dan kuning (seeloknya pukul telur putih dulu smpai kembang dlm bekas lain)
  • Masukkan tepung + cocoa + bikarbonat soda di selang seli dgn air or ideal milk
  • Panaskan oven terlebih dahulu. Sapu acuan kek dgn butter terlebih dahulu sblm bubuh adunan dlm acuan
  • Bakar kek pada 180 (darjah celsius) selama 45-60 min
  • Biarkan kek sejuk (10-15 min), barulah keluarkan kek dari acuan
Cara-cara (topping):
  • Campurkan dan masukkan kesemua bhn (kecuali chocolate rice) di dalam blender, blend adunan smpai sebati
  • Masukkan adunan dlm periuk, dan masak atas api yang sederhana smpai btl2 likat dan pekat
  • Dituang topping ke ats kek yang sdh disejukkan terlebih dahulu



Tuesday, January 26, 2010

KEK GULA HANGUS


Bahan-bahan (gula hangus):
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu besar mentega
Bahan-bahan (kek):
  • 4 biji telor
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara (gula hangus):
  • Gula digoreng dgn api sederhana. Bila gula dah cair, tutup api dan masukkan air panas sedikit demi sedikit dengan berhati-hati
  • Selepas itu, buka api semula dan masukkan mentega kacau sampai mentega cair
  • Ketepikan dan biarkan sejuk
Cara-cara (kek):
  • Pukul telor sampai kembang. Masukkan susu pekat dan dikacau hingga rata
  • Masukkan tepung dan soda bikarbonat yg telah diayak. Kemudian masukkan esen vanilla
  • Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Blender kesemua bahan yang telah dicampur hingga sebati
  • Perap adunan ini selama 3-4 jam secara bertutup untuk mendapatkan sarang yang cantik
  • Dibakar selama 60 minit pada suhu 160 (degree celsius) menggunakan api bawah sahaja
  • Balance terakhir 11 minit tu, gunakan api atas dan bawah
  • Biarkan sejuk, barulah dipotong. Sedia utk dihidangkan

CHOCO CHIP BUN


Bahan-bahan :
  • 1¼ cawan air
  • 2 sudu teh yis kering } @ 1 sudu besar fresh yeast
  • 1/3 cawan gula halus
  • 3½ cawan + 3 sudu besar tepung High Protein
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh bread softener } optional
  • 1 sudu teh bread improver } optional
  • 2 sudu besar butter
  • 3 oz chocolate chips

Cara-cara:

  • Larutkan sedikit gula dlm air & campurkan yis. Biarkan sebentar hingga adunan berbuih2
  • Campurkan tepung, serbuk koko, gula halus, garam, bread softener & bread improver di dlm mangkuk pengadun
  • Campurkan air yis berama adunan tepung dan uli sehingga sebati
  • Masukkan butter dlm doh dan uli hingga doh tidak melekat pd jari
  • Campurkan chocolate chips pada doh
  • Rehatkan doh sehingga naik dua kali ganda
  • Selepas itu, uli semula doh & bahagikan adunan mengikut suka
  • Setelah dibentuk, rehatkan doh hingga naik 2 kali ganda
  • Sapu permukaan doh dgn susu & tabur sedikit gula sebelum dibakar
  • Bakar pada suhu 200 (degree celsius) selama 10 - 15 minit
  • Selepas masak, selimutkan roti sehingga sejuk dan masukkan dlm bekas plastik





APRICOT DESSERT


Bahan-bahan (dessert base):

  • 100 g Digestive biscuits (dihancurkan)
  • 10 g gula castor
  • 50 g butter (dicairkan)
Bahan-bahan (dessert cream):

  • 250 g cream cheese
  • 150 ml whipping cream
  • 8 g serbuk gelatin (halal)
  • 60 g gula castor
  • Buah apricot (kuantiti ikut citarasa)
  • 3 sudu kecil air

Cara-cara (dessert base):

  • Kesemua bahan ini digaul sebati dan ditekankan ke dalam bekas
  • Sejukkan di dalam peti sejuk
Cara-cara (dessert cream):

  • Masukkan whipping cream ke dalam bekas dan putar hingga gebu
  • Di dalam bekas lain pula, putar cream cheese dengan gula hingga gebu
  • Masukkan buah apricot (yang telah dikisar hingga menjadi puri) ke dalam adunan cheese dan diikuti dengan gelatin (yang telah dilarutkan secara double boiler dengan 3 sudu teh air tadi)Kacau sebati
  • Tuangkan whipping cream yang telah diputarkan tadi
  • Tuangkan adunan ke atas base biskut tadi dan sejukkan
  • Bila telah agak keras, bolehlah dihias mengikut citarasa masing2