Sunday, January 31, 2010

KOBIS GORENG KICAP

Bahan-bahan:
  • Sayur kobis dipotong sederhana besar
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • Udang (kuantiti mengikut citarasa)
  • 1 tangkai cabai hidup (dihiris)
  • Bawang goreng (sebagai hiasan)
  • Kicap masin (kuantiti mengikut citarasa)
  • Sos tiram (kuantiti mengikut citarasa)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

Cara-cara:

  • Panaskan minyak masak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing dan naik bau
  • Kemudian, masukkan udang, biarkan sebentar hingga masak
  • Masukkan sayur kobis + sos tiram + kicap masin + garam + gula + cabai hidup
  • Dikacau rata dan masak dalam beberapa minit sahaja
  • Tutup api, kemudian taburkan bawang goreng
  • Sedia untuk dihidangkan

No comments:

Post a Comment