Friday, January 29, 2010

MEGI GORENG ALA THAI


Bahan-bahan:
  • 5 keping megi brand Vits (jenis halus, celur smpai lembut)
  • 1 biji bwang besar (dikisar)
  • 3 biji bawang putih (dikisar)
  • Udang (kuantiti mengikut citarasa)
  • Isi ayam (dihiris kuib kecil, kuantiti mengikut citarasa)
  • 1 kuib pati ayam (brand Maggi)
  • 2 biji telur
  • Secekak daun sawi (dihiris 1 cm)
  • Lada sulah (kuantiti mengikut citarasa)
  • Sos tiram (kuantiti mengikut citarasa)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menunis

Cara-cara:

  • Tumis bawang besar dan bawang putih hingga garing dan naik bau
  • Selepas itu, masukkan ayam dan udang, didihkan sebentar hingga masak
  • Kemudian, masukkan kiub pati ayam, sos tiram, lada sulah, garam dan gula
  • Masukkan sayur sawi, layukan sebentar
  • Pecahkan telur, goreng smpai telur betul2 masak
  • Akhir sekali masukkan megi, dan kacau hingga rata
  • Tutup api, dan sedia untuk dihidangkan
  • Pada penggemar pedas, bolehlah hidangkan resepi ini bersama hirisan cili api untuk bangkitkan rasa pedas


No comments:

Post a Comment