Tuesday, January 26, 2010

KEK GULA HANGUS


Bahan-bahan (gula hangus):
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu besar mentega
Bahan-bahan (kek):
  • 4 biji telor
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara (gula hangus):
  • Gula digoreng dgn api sederhana. Bila gula dah cair, tutup api dan masukkan air panas sedikit demi sedikit dengan berhati-hati
  • Selepas itu, buka api semula dan masukkan mentega kacau sampai mentega cair
  • Ketepikan dan biarkan sejuk
Cara-cara (kek):
  • Pukul telor sampai kembang. Masukkan susu pekat dan dikacau hingga rata
  • Masukkan tepung dan soda bikarbonat yg telah diayak. Kemudian masukkan esen vanilla
  • Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Blender kesemua bahan yang telah dicampur hingga sebati
  • Perap adunan ini selama 3-4 jam secara bertutup untuk mendapatkan sarang yang cantik
  • Dibakar selama 60 minit pada suhu 160 (degree celsius) menggunakan api bawah sahaja
  • Balance terakhir 11 minit tu, gunakan api atas dan bawah
  • Biarkan sejuk, barulah dipotong. Sedia utk dihidangkan

No comments:

Post a Comment