Wednesday, June 16, 2010

MEE SANGGUL GORENG BERTELUR


Bahan-bahan:
  • 1 paket mee sanggul (rebus dengan sedikit minyak dan toskan)
  • 1 biji bawang besar (dimesin)
  • 3 biji bawang putih (dimesin)
  • Sedikit udang
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Sedikit cuka
  • Sedikit sos cili dan sos tomato
  • Sedikit cabai kering yang telah dikisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air
  • Sepokok daun sup dan daun bawang (dihiris halus)
  • Sedikit bawang goreng
  • Sedikit kacang tanah
  • 2 biji telur (didadar, digulung dan dihiris halus)
  • Minyak masak
Cara-cara:
  • Panaskan minyak masak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau
  • Kemudian, masukkan cabai kering, goreng hingga garing
  • Masukkan pula udang, sos cili, sos tomato, sos tiram, cuka, gula, garam dan sedikit air. Biarkan mendidih seketika
  • Apabila mendidih, masukkan mee sanggul, daun sup, daun bawang, kacang tanah dan bawang goreng
  • Kacau hingga rata dan tutup api
  • Sedia dihidangkan bersama telur dadar gulung

MEE HOKKIEN

Bahan-bahan:
  • 500 g mee hokkien ataupun mee kuning leper
  • 500 g udang - buang kulit dan bersihkan
  • 100 g isi ayam - potong dadu
  • 1 biji lobak merah - hiris halus memanjang
  • 6 keping cendawan shiitake - hiris sederhana halus
  • 5 batang jagung muda - belah empat secara memanjang
  • 1 pokok sawi siew pak choy - dikerat dua secara memanjang
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 ulas bawang putih - dimesin
  • 1 biji bawang besar - dimesin
  • 3 sudu besar kicap mee
  • 2 sudu besar minyak sotong
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 cawan air
  • 1 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar. Kacau hingga layu sedikit kemudian masukkan cili kisar dan kacau dari semasa ke semasa hingga pecah minyak
  • Masukkan isi ayam dan kacau seketika kemudian masukkan air, udang, lobak merah, jagung, kicap mee, minyak sotong, sos tiram, garam dan gula. Kacau dan biarkan mendidih
  • Masukkan mee, kacau dan masukkan sawi siew pak choy serta cendawan. Kacau lagi hingga rata
  • Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau dan padamkan api. Hidang panas-panas bersama cili jeruk atau cili kicap