Wednesday, April 27, 2011

KUAY TEAW KUNG FU


Bahan-bahan:
  • Kuay teaw
  • 1 kiub pati ayam (maggi)
  • Fish cake/ fish ball/ udang/ ayam
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 5 tangkai cili api (diketuk)
  • Sayur-sayuran (jagung, cendawan, pak choy, carrot, daun sup dan lain2)
  • Sedikit air
  • Telur (kuantiti mengikut kuantiti kuay teaw)
  • Sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuah
  • Sedikit minyak
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
  • Pecahkan telur, pukul sedikit. Gaulkan telur dengan kuay teaw
  • Panaskan minyak di dalam pan. Goreng kuay teaw yang telah digaul dengan telur hingga garing
  • Selepas garing, angkat dan toskan di dalam pinggan
  • Di dalam periuk lain, panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau
  • Setelah garing, masukkan air, kiub pati ayam, dan fish cake/ fish ball/ udang/ ayam
  • Biarkan mendidih sekejap
  • Kemudian, masukkan semua sayur, cili api, gula dan garam. Gaul sebati
  • Akhir sekali, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau. Biarkan mendidih
  • Tutup api, tuangkan kuah ke atas kuay teaw yang bersalut telur tadi. Sedia untuk dihidangkan. Taburkan bawang goreng dan daun sup. Sedia untuk dinikmati

KUAY TEAW SUP SAYUR


Bahan-bahan:
  • Kuay teaw
  • 1 kiub pati ayam (maggi)
  • Fish cake/ fish ball/ udang/ ayam
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 5 tangkai cili api (diketuk)
  • Sayur-sayuran (jagung, cendawan, pak choy, carrot, daun sup dan lain2)
  • Sedikit air
  • 2 biji telur
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
  • Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau
  • Masukkan air, kiub pati ayam, dan fish cake/ fish ball/ udang/ ayam
  • Biarkan mendidih sekejap
  • Kemudian, masukkan semua sayur dan cili api. Gaul sebati
  • Pecahkan telur, biarkan sebentar. Kemudian, kacau
  • Akhir sekali, masukkan kuay teaw, gula dan garam. Biarkan mendidih
  • Tutup api, sedia untuk dihidangkan. Taburkan bawang goreng dan daun sup. Sedia untuk dinikmati

Saturday, April 23, 2011

DAGING DENDENG BERLADO


Bahan-bahan:
  • 1 kg daging lembu tanpa lemak
  • 2 inci halia (diketuk)
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 2 cawan air
  • garam secukup rasa
Bahan-bahan (perap):
  • Sedikit kicap masin
  • Sedikit lada hitam
Bahan-bahan (dikisar):
  • 10 tangkai cili kering
  • 15 tangkai cili merah
  • 10 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar rempah kurma
  • Gula merah (kuantiti mengikut citarasa)
  • Sedikit air asam jawa
  • 1 cm halia
Cara-cara:
  • Daging dibersihkan, kemudian digaulkan dengan sedikit garam dan direbus bersama serai dan halia hingga empuk/lembut
  • Angkat daging dan toskan. Hiris daging nipis2 dan lebar
  • Gaulkan daging dengan sedikit kicap masin dan lada hitam. Perap selama 30 min
  • Kemudian digoreng hingga garing dan angkat
  • Tumbuk daging di dalam lesung jadi nipis supaya lebih lembut (kalau daging dah lembut, abaikan step ini)
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga wangi dan naik minyak
  • Biarkan sedikit pekat dan masukkan daging dan gaul hingga rata dan adunan agak kering
  • Sesuaikan rasa dan angkat
  • Sedia untuk dinikmati

Wednesday, April 20, 2011

UDANG ALA TOMYAM


Bahan-bahan:
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • Halia sebesar ibu jari (dikisar)
  • Sedikit belacan (dikisar)
  • 1 batang serai dititik
  • Cabai kering yang telah dikisar (kuantiti mengikut citarasa)
  • Sedikit pes tomyam (Peace Brand)
  • Beberapa helai daun kari
  • Beberapa helai daun limau purut
  • Minyak masak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air asam jawa
  • Udang yang telah dicuci (saiz sederhana)
Cara-cara:
  • Panaskan minyak masak, tumis bahan-bahan ynag telah dikisar sehingga naik bau
  • Kemudian, masukkan cabai kering dan pes tomyam. Biarkan garing sebentar
  • Masukkan daun kari, serai dan daun limau purut
  • Akhir sekali, masukkan air asam jawa, garam, gula, sedikit air dan udang
  • Kacau rata dan biarkan mendidih
  • Tutup api, dan sedia untuk dihidangkan