Wednesday, February 29, 2012

CREAM CHEESE SOUFFLE



 
Bahan-bahan (mould lining):
  • Butter (dilembutkan)
  • Sedikit parutan keju cheddar
Bahan-bahan (souffle):
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar tepung serbaguna
  • 60 ml susu segar
  • 115 g cream cheese (dilembutkan)
  • 2 biji telur (diasingkan putih dan kuning telur)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Secubit garam
  • Secubit cream of tartar
  • 65 g gula kastor
Bahan-bahan (dusting/ hiasan):
  • Serbuk koko
  • Coklat ganache (coklat masakan dimasak dengan whipping cream; kuantiti agak-agak je)
  • Peach slices (atau apa-apa jenis buah lain)
Cara-cara (mould lining):
  • Susun 6-7 ramekins/ acuan souffle di atas dulang pembakar
  • Disapu setiap acuan dengan butter
  • Kemudian, ditaburkan keseluruhan permukaan acuan dengan parutan keju cheddar
Cara-cara (souffle):
  • Dicampurkan butter dan tepung di dalam satu bekas. Diuli sedikit sehingga sebati. Ketepikan
  • Panaskan susu segar dan cream cheese di dalam pan dengan api kecil, dikacau sehingga sebati (tiada bintil-bintil)
  • Setelah itu, masukkan campuran butter dan tepung ke dalam adunan cheese, dikacau lagi sehingga sebati. Tutup api dan ketepikan
  • Di dalam bekas lain, pukul kuning telur dan separuh gula sehingga berkrim dan pekat. Dimasukkan esen vanila dan dikacau rata
  • Masukkan adunan kuning telur ke dalam adunan cheese. Kaup balik hingga sebati
  • Dipukul putih telur, lebihan gula, garam dan cream of tartar di dalam satu bekas berasingan. Pukul sehingga adunan menjadi kental (soft peak)
  • Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan cheese sedikit demi sedikit. Kaup balik sehingga sebati
  • Masukkan adunan souffle ke dalam acuan (isi sehingga penuh acuan, tapi jangan sampai melimpah ye)
  • Bakar pada suhu 160 (degree celcius) selama 30-45 min atau sehingga permukaan souffle garing perang keemasan (jangan dibuka pintu oven sepanjang proses pembakaran untuk mengelak souffle tak naik dengan cantik)
  • Setelah masak, biarkan souffle di dalam oven selama 30 min dan selepas itu, barulah dikeluarkan dari oven dan dibiarkan sejuk
  • Setelah sejuk, hidangkan souffle dengan menapis serbuk koko di atasnya
  • Buat lubang di tengah souffle dan pipingkan coklat ganache di dalamnya dan bolehlah diletak apa-apa jenis buah-buahan di tengah souffle sebagai hiasan
  • Sedia untuk dinikmati dan lebih enak dimakan ketika masih panas




Sunday, February 26, 2012

CURRY CHICKEN PIE




Bahan-bahan (pastry):
  • 150 g butter (pastikan butter sejuk)
  • 280 g tepung gandum (diayak)
  • 1 biji kuning telur (dipukul)
  • Secubit garam
  • 1 sudu kecil gula
Bahan-bahan (inti):
  • Dada ayam (didadu)
  • 1 batang carrot (didadu)
  • 2 biji kentang (didadu)
  • 1 tin cendawan butang (didadu)
  • 1 biji bawang besar (dicincang)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 sudu besar rempah kari daging
  • 1/2 sudu besar serbuk cili
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis
Cara-cara (pastry):
  • Campurkan kesemua bahan. Uli sehingga membentuk doh
  • Bahagikan kepada dua bahagian. Balut dengan wrapping plastik, disimpan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 30 min
  • Selepas itu, ambil satu bahagian doh, dicanai sederhana nipis
  • Letakkan doh ke dalam acuan tat. Kemaskan
  • Masukkan inti tat dan ratakan
  • Kemudian, ditabur hirisan daun bawang dan parutan cheese
  • Ambil satu lagi bahagian doh, canaikan sederhana nipis untuk menutupi keseluruhan permukaan atas tat
  • Kemaskan bahagian tepi acuan tat
  • Sapukan kuning telur di atas permukaan tat
  • Bakar pada suhu 180 (degree celcius) selama 30 min atau sehingga garing keemasan
  • Setelah masak, sejukkan dan keluarkan tat dari acuan
  • Sedia untuk dinikmati
Cara-cara (inti):
  • Panaskan minyak masak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga garing
  • Masukkan rempah kari dan serbuk cili yang telah dibancuh dengan sedikit air, tumis sehingga naik bau
  • Masukkan pula, carrot dan kentang. Biarkan empuk sebentar
  • Kemudian, masukkan ayam, cendawan butang, kiub ayam, garam dan gula. Kacau dan masak sehingga kering
  • Tutup api dan sejukkan sebentar
  • Sedia untuk digunakan




Friday, February 24, 2012

PORTUGUESE EGG TARTS II


Bahan-bahan:
  • 1 paket puff pastry (Kawan)
  • 4 biji telur
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Sedikit pewarna kuning telur
Cara-cara:
  • Ambil sekeping puff pastry, canai sederhana nipis
  • Letakkan puff pastry yang telah dicanai ke dalam acuan muffin. Buat hingga habis
  • Untuk egg filling, campurkan kesemua bahan dan pukul sedikit hingga gula hancur. Kemudian tapis
  • Isikan egg filling ke dalam acuan puff pastry 
  • Bakar pada suhu 200 (degree celcius) selama 30 minit atau sehingga garing keperangan
  • Sedia untuk dinikmati



Thursday, February 23, 2012

PORTUGUESE EGG TART




Bahan-bahan:
  • 1 paket puff pastry (Kawan)
  • 6 biji kuning telur
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Sedikit pewarna kuning telur
Cara-cara:
  • Ambil sekeping puff pastry, canai sederhana nipis
  • Letakkan puff pastry yang telah dicanai ke dalam acuan muffin. Buat hingga habis
  • Untuk egg filling, campurkan kesemua bahan dan pukul sedikit hingga gula hancur. Kemudian tapis
  • Isikan egg filling ke dalam acuan puff pastry 3/4 penuh
  • Bakar pada suhu 200 (degree celcius) selama 30 minit atau sehingga garing keperangan
  • Sedia untuk dinikmati


Wednesday, February 22, 2012

TUNA TART


Bahan-bahan (pastry):
  • 1 paket puff pastry (jenama Kawan)
Bahan-bahan (inti):
  • 1 tin tuna (flakes in sunflower oil, Ayam Brand)
  • 2 biji ubi kentang (direbus dan dilecek)
  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
  • 1 sudu besar butter (dicairkan)
  • 1 batang karot (didadu dan direbus)
  • 2 sudu besar mustard
  • 1 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar sour cream
  • 1 biji bawang besar (dcincang)
  • 1/2 capsicum merah (didadu)
  • Garam secukup rasa
  • Hirisan daun bawang (untuk tabur di atas tat)
  • Parutan cheese (parmesan/ mozzarella, untuk ditabur)
  • Kuning telur (disapu atas tart)
Cara-cara (pastry):
  • Ambil sekeping puff pastry, dicanai sederhana nipis
  • Diterap dengan acuan bulat dan diletakkan di dalam dulang tart. Buat sehingga habis
  • Kemudian, dimasukkan inti tuna yang telah disediakan terlebih dahulu
  • Ditabur dengan hirisan daun bawang dan cheese
  • Sapukan kuning telur pada kulit puff pastry
  • Bakar pada suhu 180 (degree celcius) sehingga garing keperangan
  • Sedia untuk dinikmati
Cara-cara (inti):
  • Campurkan kesemua bahan. Gaul sebati
  • Sedia untuk dimasukkan ke dalam pastry



MEE JAWA

 Bahan-bahan:
  • Mee kuning (dicelur)
  • 400 g daging lembu (direbus, ditos dan dihiris nipis)
  • Taugeh (dicelur)
  • Sawi (dicelur)
  • Hirisan cili merah
  • Telur rebus
  • Udang (direbus/digoreng)
  • Hirisan daun bawang dan daun sup
  • Bawang goreng
  • Tauhu goreng (dihiris)
  • Limau kasturi
Bahan-bahan (kuah):
  • 300 g keledek oren (direbus dan dikisar dengan air)
  • 4 cawan air rebusan daging
  • 3-4 sudu besar rempah kari daging (dibancuh dengan sedikit air)
  • Rempah 4 sekawan (bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga)
  • Sedikit cabai kering (yang telah dikisar)
  • Sos tomato secukupnya
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • Segenggam udang kering (dikisar)
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • Sehelai daun pandan (disimpul)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak masak untuk menumis
Cara-cara:
  • Panaskan minyak dan tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar sehingga naik bau
  • Masukkan rempah dan cabai kering yang telah dikisar. Tumis hingga garing
  • Masukkan sos tomato, keledek kisar, air daging, air udang (jika udang direbus) dan air secukupnya. Kacau dan biarkan mendidih
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa diikuti dengan daun pandan
  • Setelah mendidih dan kuah agak pekat, bolehlah ditutup api
  • Sedia untuk dihidangkan dengan bahan-bahan lain


Monday, February 13, 2012

PRUNE MUFFINS



Bahan-bahan:
  • 180 g butter
  • 140 g gula kastor
  • 2 biji telur (gred A)
  • 100 ml susu segar
  • 220 g self raising flour (diayak)
  • 1 sudu kecil baking powder (diayak)
  • 100 g buah prune (dihiris sederhana)
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
  • Putar butter dan gula hingga kembang
  • Kemudian, masukkan telur, putar lagi. Masukkan pula esen vanila dan putar lagi
  • Di dalam satu bekas, diayak bersama  tepung dan baking powder
  • Masukkan adunan tepung dan susu segar secara berselang seli ke dalam adunan yang telah diputar tadi. Kaup balik hingga sebati
  • Akhir sekali, masukkan buah prune dan gaul sebati
  • Sudukan adunan ke dalam acuan muffin/ paper cup muffin sehingga 3/4 penuh. Tabur sedikit buah prune di atas adunan
  • Bakar pada suhu 180 (degree celcius) selama 25-30 min atau sehingga masak
  • Sedia untuk dihidangkan