Wednesday, February 29, 2012

CREAM CHEESE SOUFFLE



 
Bahan-bahan (mould lining):
  • Butter (dilembutkan)
  • Sedikit parutan keju cheddar
Bahan-bahan (souffle):
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar tepung serbaguna
  • 60 ml susu segar
  • 115 g cream cheese (dilembutkan)
  • 2 biji telur (diasingkan putih dan kuning telur)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Secubit garam
  • Secubit cream of tartar
  • 65 g gula kastor
Bahan-bahan (dusting/ hiasan):
  • Serbuk koko
  • Coklat ganache (coklat masakan dimasak dengan whipping cream; kuantiti agak-agak je)
  • Peach slices (atau apa-apa jenis buah lain)
Cara-cara (mould lining):
  • Susun 6-7 ramekins/ acuan souffle di atas dulang pembakar
  • Disapu setiap acuan dengan butter
  • Kemudian, ditaburkan keseluruhan permukaan acuan dengan parutan keju cheddar
Cara-cara (souffle):
  • Dicampurkan butter dan tepung di dalam satu bekas. Diuli sedikit sehingga sebati. Ketepikan
  • Panaskan susu segar dan cream cheese di dalam pan dengan api kecil, dikacau sehingga sebati (tiada bintil-bintil)
  • Setelah itu, masukkan campuran butter dan tepung ke dalam adunan cheese, dikacau lagi sehingga sebati. Tutup api dan ketepikan
  • Di dalam bekas lain, pukul kuning telur dan separuh gula sehingga berkrim dan pekat. Dimasukkan esen vanila dan dikacau rata
  • Masukkan adunan kuning telur ke dalam adunan cheese. Kaup balik hingga sebati
  • Dipukul putih telur, lebihan gula, garam dan cream of tartar di dalam satu bekas berasingan. Pukul sehingga adunan menjadi kental (soft peak)
  • Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan cheese sedikit demi sedikit. Kaup balik sehingga sebati
  • Masukkan adunan souffle ke dalam acuan (isi sehingga penuh acuan, tapi jangan sampai melimpah ye)
  • Bakar pada suhu 160 (degree celcius) selama 30-45 min atau sehingga permukaan souffle garing perang keemasan (jangan dibuka pintu oven sepanjang proses pembakaran untuk mengelak souffle tak naik dengan cantik)
  • Setelah masak, biarkan souffle di dalam oven selama 30 min dan selepas itu, barulah dikeluarkan dari oven dan dibiarkan sejuk
  • Setelah sejuk, hidangkan souffle dengan menapis serbuk koko di atasnya
  • Buat lubang di tengah souffle dan pipingkan coklat ganache di dalamnya dan bolehlah diletak apa-apa jenis buah-buahan di tengah souffle sebagai hiasan
  • Sedia untuk dinikmati dan lebih enak dimakan ketika masih panas




No comments:

Post a Comment