Wednesday, November 21, 2012

DURIAN CREPE



 Bahan-bahan:
  • 250 g tepung gandum
  • 3 bji telur
  • 500 ml santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sedikit esen vanila
  • Sedikit pewarna kuning
  • Sedikit pewarna hijau
  • Whipping cream secukupnya
  • Isi durian secukupnya
Cara-cara:
  • Satukan tepung, telur, santan, garam dan esen vanila. Kisar adunan dan tapis
  • Ambil 1/2 cawan daripada adunan di atas. Ditambah 1 sudu tepung dan sedikit pewarna hijau. Kacau hingga sebati dan masukkan ke dalam piping bag
  • Adunan yang selebihnya dimasukkan sedikit pewarna kuning dan kacau rata
  • Perap adunan sebentar selama 30 min
  • Dengan menggunakan non stick pan, sendukkan 1 adunan warna kuning dan ratakan. Tutup api dan dengan cepat dotkan adunan hijau ke atas adunan kuning. Buka api perlahan dan masak sehingga permukaan atas kering. Tidak perlu diterbalikkan. Buat hingga adunan habis
  • Pukul whipping cream hingga kental dan masukkan ke dalam piping bag
  • Ambil sekeping crepe, pipingkan whipping cream ke atas crepe. Kemudian, letakkan sedikit isi durian ke atas whipping cream tadi. Pipingkan lagi whipping cream sehingga menutupi permukaan isi durian
  • Lipat crepe seperti bentuk bantal. Buat hingga habis
  • Sejukkan crepe di dalam peti ais
  • Enak dimakan ketika sejuk. Sedia untuk dinikmati


 

CHECKERED VELVET CAKE



 Bahan-bahan lapisan merah:
  • 250 g tepung naik sendiri
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 113 g butter
  • 160 g gula kastor
  • 2 biji telur (gred A)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan buttermilk (1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka)
  • Pewarna merah
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara:
  • Diayak tepung bersama serbuk koko
  • Dipukul butter dan gula hingga kembang. Kemudian, masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga gebu
  • Sediakan buttermilk. Masukkan esen vanila dan pewarna merah ke dalam buttermilk. Kacau sebati
  • Masukkan adunan tepung dan buttermilk ke dalam adunan butter secara berselang seli. Kaup balik hingga sebati
  • Campurkan cuka dan bikarbonat soda dan masukkan campuran ke dalam adunan kek. Kaup balik hingga sebati
  • Sediakan 2 loyang saiz 10'' yang telah dilapik dengan bakng paper. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang sama banyak dan masukkan ke dalam loyang
  • Bakar pada suhu 170 (degree celcius) selama 30-40 min
  • Setelah masak, terbalikkan loyang di atas redai dan sejukkan
Bahan-bahan lapisan pink:
  • 250 g tepung naik sendiri + 2 sudu besar
  • 113 g butter
  • 160 g gula kastor
  • 2 biji telur (gred A)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan buttermilk (1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka)
  • Pewarna pink
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara:
  • Diayak tepung dan ketepikan
  • Dipukul butter dan gula hingga kembang. Kemudian, masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga gebu
  • Sediakan buttermilk. Masukkan esen vanila dan pewarna pink ke dalam buttermilk. Kacau sebati
  • Masukkan adunan tepung dan buttermilk ke dalam adunan butter secara berselang seli. Kaup balik hingga sebati
  • Campurkan cuka dan bikarbonat soda dan masukkan campuran ke dalam adunan kek. Kaup balik hingga sebati
  • Sediakan 2 loyang saiz 10'' yang telah dilapik dengan bakng paper. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang sama banyak dan masukkan ke dalam loyang
  • Bakar pada suhu 170 (degree celcius) selama 30-40 min
  • Setelah masak, terbalikkan loyang di atas redai dan sejukkan
Bahan-bahan lapisan coklat:
  • 250 g tepung naik sendiri 
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 113 g butter
  • 160 g gula kastor
  • 2 biji telur (gred A)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan buttermilk (1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka)
  • Pewarna coklat/ coklat emulco
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara:
  • Diayak tepung bersama serbuk koko
  • Dipukul butter dan gula hingga kembang. Kemudian, masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga gebu
  • Sediakan buttermilk. Masukkan esen vanila dan pewarna coklat ke dalam buttermilk. Kacau sebati
  • Masukkan adunan tepung dan buttermilk ke dalam adunan butter secara berselang seli. Kaup balik hingga sebati
  • Campurkan cuka dan bikarbonat soda dan masukkan campuran ke dalam adunan kek. Kaup balik hingga sebati
  • Sediakan 2 loyang saiz 10'' yang telah dilapik dengan bakng paper. Bahagikan adunan kepada dua bahagian yang sama banyak dan masukkan ke dalam loyang
  • Bakar pada suhu 170 (degree celcius) selama 30-40 min
  • Setelah masak, terbalikkan loyang di atas redai dan sejukkan
Bahan-bahan cream cheese frosting:
  • 227 g cream cheese
  • 227 g mascarpone
  • 1 cawan gula kastor
  • Sedikit esen lemon
  • 1 1/2 cawan whipping cream
Cara-cara cream cheese frosting:
  • Dipukul cream cheese hingga kembang. Kemudian masukkan mascarpone, pukul lagi
  • Masukkan pula gula dan esen lemon, pukul hingga gebu
  • Di dalam bekas lain, pukul whipping cream hingga kental
  • Satukan adunan whipping cream dan cream cheese. Kaup balik hingga sebati
  • Sedia untuk digunakan
Cara-cara melapis:
  • Potong setiap keping kek dengan 3 ring bulat yang berbeza saiz. Kemudian, sapukan cream cheese frosting pada setiap bulatan dan lapisan kek
  • Susun secara berselang seli supaya mendapat bentuk checker
  • Akhir sekali, saluti cream cheese frosting pada seluruh permukaan kek
  • Sejukkan di dalam peti ais selama lebih kurang 4 jam. Kemudian, bolehlah dihias mengikut kreativiti tersendiri
  • Sedia untuk dinikmati



 

AYAM TANDOORI


 Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 inci halia (dikisar)
  • 100 ml yogurt
  • Sedikit serbuk pati ayam
  • Sedikit pewarna merah
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 1/2 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
  • Gaul ayam bersama bahan kisar dan bahan-bahan lain hingga rata. Perap semalaman
  • Susun ayam di dalam tray, bakar pada suhu 200 (degree celcius) sehingga ayam masak dan garing. Balikkan ayam supaya ayam masak rata. Setelah hampir masak, sapukan permukaan ayam dengan sedikit minyak
  • Sedia untuk dinikmati


 

CHICKEN CORNISH & CHICKEN ROLL



Bahan-bahan pastry:
  • 250 g butter
  • 500 g tepung gandum
  • Secubit garam
  • Air sejuk dari peti ais
Bahan-bahan inti:
  • Isi ayam (dipotong dadu)
  • 1 biji bawang besar (dicincang)
  • 2 sudu besar rempah kari ayam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • Sedikit air
  • Sedikit air asam
  • 1 batang kulit kayu manis, 3 biji pelaga, 3 kuntum bunga lawang, 5 kuntum cengkih (dimesin dengan sedikit air hingga halus, ditapis dan diambil airnya sahaja)
  • 3 biji ubi kentang (dipotong dadu)
  • Sedikit potongan daun sup
  • Sedikit serbuk pati ayam
  • Sedikit garam dan gula
  • Sedikit minyak masak
Bahan sapuan:
  • 1 biji kuing telur
Cara-cara:
  • Satukan butter, tepung dan garam di dalam satu bekas. Sedikit demi sedikit masukkan air sejuk dan uli adunan sehingga membentuk doh yang tidak melekat di tangan
  • Simpan doh di dalam peti ais selama 1 jam sebelum dicanai
  • Cara penyediaan inti: Tumis bawang besar sehingga naik bau. Kemudian, masukkan rempah kari dan serbuk cili dan tumis hingga garing. Masukkan pula air bahan kisar, air asam jawa, sedikit air, ayam, kentang, serbuk pati ayam, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kentang empuk dan air kering. Akhir sekali, masukkan hirisan daun sup. Gaul rata. Tutup api dan sedia untuk digunakan
  • Canai doh senipis 0.5 cm, letakkan sedikit inti dan bentukkan menjadi seperti karipap besar. Kemudian, kelim dengan kemas. Buat sehingga habis
  • Untuk chicken roll, canai doh senipis 0.3 cm, letakkan sedikit inti dan gulung. Buat sehingga habis
  • Sapukan kuning telur dan bakar pada suhu 180 (degree celcius) selama lebih kurang 30-40 min atau sehingga kuning keperangan
  • Sedia untuk dinikmati


 

CHEESY MEATBALL LASAGNA


 Bahan-bahan:
  • Beberapa keping lasagna (dicelur sekejap dengan air panas dan sedikit minyak)
  • Sedikit butter
  • 1 biji bawang besar (dicincang)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 paket daging cincang ramli
  • 3 keping daging burger ramli (dicincang)
  • Bebola daging (dicelur sekejap)
  • 1 botol sos pasta prego tradisional
  • Sedikit serbuk pati ayam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit serbuk oregano
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • 1 tin cendawan butang (dipotong sederhana)
  • 1/2 biji capsicum merah, kuning dan hijau (potong kiub)
  • Hirisan keju parmesan dan mozarella (untuk tabur)
  • Minyak zaitun
Bahan-bahan (sos putih):
  • Butter
  • Tepung gandum
  • Susu segar
  • Keju cheddar
  • Sedikit garam
Cara-cara:
  • Panaskan minyak zaitun bersama sedikit butter. Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dicincang hingga naik bau
  • Kemudian, masukkan daging kisar dan daging burger. Masak sekejap hingga daging bertukar warna
  • Masukkan sos pasta, serbuk pati ayam, oregano, serbuk lada hitam, bebola daging, capsicum, dan cendawan butang. Gaul hingga sebati
  • Apabila agak kering, tutup api dan ketepikan
  • Penyediaan sos putih: Cairkan butter, masukkan tepung, susu segar, keju dan sedikit garam. Masak sehingga pekat. Tutup api dan sejukkan sebentar
  • Susun lasagna yang telah dicelur ke dalam acuan atau loyang. Masukkan inti daging sehingga menutupi permukaan lasagna. Tuang sos putih sehingga menutupi permukaan inti daging. Tabur keju parmesan dan mozarella. Ulangi langkah melapis seperti di atas sehingga habis
  • Bakar pada suhu 180 (degree celcius) selama 40-45 min sehingga permukaan atas garing keperangan
  • Enak dimakan ketika masih panas. Sedia untuk dinikmati

 

Friday, November 9, 2012

MENJANGKAU 28 TAHUN



Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat dan seluruh umat Islam....Alhamdulillah, hari ini genap 28 tahun hamba bernafas di bumiMU Ya Allah...Segala suka, duka, sendu dan tawa telah dilalui....Sempena hari kelahiranku....hamba berdoa padaMU Ya Allah, jadikan hamba seorang yang sentiasa bersyukur dan taat pada penciptanya....seorang isteri yang solehah, sentiasa berada di samping suaminya....seorang anak yang berbakti kepada kedua orang tuanya....dekatkanlah diriku denganMU....sinarilah hidupku dengan hidayahMu, luruskan jalan kehidupanku dengan petunjukMU...peliharalah diriku dari perbuatan keji dan mungkar....sucilah hatiku dengan sentiasa mengingatiMU...lapangkanlah dadaku dengan ilmu yang bermanfaat dariMU...senangilah hidupku dengan rezeki yang tidak putus-putus dariMU...sihatkanlah tubuh badanku....serikanlah kehidupan rumahtanggaku dengan amanah dan anugerah terindah dariMU....Maha suciMU Ya Allah....Amin Ya Rab

 

Tuesday, November 6, 2012

SARDINE ROLL II


 Bahan-bahan pastry:
  • 250 g butter
  • 500 g tepung gandum
  • Secubit garam
  • Air sejuk dari peti ais
Bahan-bahan inti:
  • 1 tin sardin (toskan sos, lenyek ikan sardin)
  • 1 biji bawang besar (dicincang)
  • 2 tangkai cili hidup (dihiris bulat)
  • Sedikit potongan daun sup
  • Sedikit garam
  • Sedikit perahan jus limau
  • Sedikit minyak masak
Bahan sapuan:
  • 1 biji kuing telur
Cara-cara:
  • Satukan butter, tepung dan garam di dalam satu bekas. Sedikit demi sedikit masukkan air sejuk dan uli adunan sehingga membentuk doh yang tidak melekat di tangan
  • Simpan doh di dalam peti ais selama 1 jam sebelum dicanai
  • Cara penyediaan inti: Tumis bawang besar sehingga naik bau. Kemudian, masukkan semua bahan lain, kacau hingga sebati. Tutup api dan sejukkan terlebih dahulu sebelum digunakan
  • Canai doh senipis 0.3 cm, letakkan sedikit inti dan gulung. Buat sehingga habis
  • Buat sedikit torehan di atas sardine roll dengan menggunakan pisau. Sapukan kuning telur dan bakar pada suhu 180 (degree celcius) selama lebih kurang 30-40 min atau sehingga kuning keperangan
  • Sedia untuk dinikmati


 

TALAM SAGU


 Bahan-bahan lapisan sagu:
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan sagu (dicuci dan direndam)
  • 3/4 cawan gula
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna merah
Cara-cara:
  • Campurkan kesemua bahan dan masak hingga pekat
  • Sapukan acuan dengan sedikit minyak. Sudukan adunan ke dalam acuan
  • Kukus selama 15 min
Bahan-bahan lapisan santan:
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Garam secukupnya
Cara-cara:
  • Campurkan kesemua bahan, kisar dan masukkan ke dalam periuk
  • Masak hingga naik wap
  • Tuang ke atas lapisan sagu dan kukus lagi selama 15 min
  • Sejukkan dahulu dan sedia untuk dinikmati


 

Thursday, November 1, 2012

VANILLA MILLE CREPE/ A THOUSAND LAYER CAKE




 Bahan-bahan crepe:
  • 140 g tepung naik sendiri
  • 20 g tepung jagung
  • 80 g gula kastor
  • 500 ml susu segar
  • 30 g butter (dicairkan)
  • 4 biji kuning telur
  • Secubit garam
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
  • Campurkan kesemua bahan, kisar dan tapis
  • Perap adunan selama 30 min
  • Panaskan non stick pan, setelah betul-betul panas, masukkan satu senduk adunan dan ratakan. Gunakan api kecil
  • Setelah permukaan atas crepe kering dan lapisan bawah garing keperangan, angkat dan letakkan di atas pinggan yang telah dilapik plastik. Pastikan setiap lapisan 1 helai plastik
  • Buat hingga adunan habis
Bahan-bahan kek span vanila (optional):
  • 2 biji telur
  • 55 g gula kastor
  • 35 g tepung gandum
  • 10 g tepung jagung
  • 15 g butter
  • 10 ml susu segar
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
  • Panaskan susu segar sehingga mendidih. Tutup api dan masukkan butter, kacau hingga butter cair. Ketepikan
  • Masukkan telur dan gula ke dalam satu mangkuk yang besar
  • Panaskan air di dalam periuk kecil sehingga mendidih. Kemudian, letakkan mangkuk besar berisi telur dan gula ke atas periuk kecil. Pastikan api sederhana dan mangkuk besar tidak menyentuh air di dalam periuk kecik. Pukul gula dan telur hingga suhu adunan mencapai suhu badan (agak2 panas yang boleh disentuh oleh jari). Tutup api dan alihkan mangkuk besar dari periuk kecil. Teruskan memukul adunan sehingga gebu di mana warna telur yang asalnya bewarna kuning bertukar ke warna putih
  • Diayak tepung gandum dan tepung jagung ke dalam adunan di atas. Kaup balik hingga sebati. Tidak perlu menggunkan mixer, hanya kaup balik dengan spatula secara perlahan hingga sebati
  • Akhir sekali masukkan adunan susu dan esen vanila. Kaup balik hingga sebati
  • Sediakan  loyang 8'' yang dilapik dengan baking paper. Masukkan adunan ke dalam loyang yang disediakan
  • Bakar pada suhu 180 (degree celsius) selama 30 min. Setelah masak, telangkupkan ke atas redai. Sejukkan sebelum dikeluarkan dari loyang
Bahan-bahan vanilla cream custard:
  • 200-300 ml whipping cream
  • 450 ml susu segar
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 85 g gula kastor
  • 4 biji kuning telur
  • 2 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Secubit garam
Cara-cara:
  • Campurkan kesemua bahan kecuali whipping cream dan butter, kacau, kisar dan tapis
  • Masukkan ke dalam periuk, masak sehingga pekat dengan api sederhana. Setelah pekat, tutup api dan masukkan butter. Kacau hingga sebati. Biarkan adunan sejuk sebentar
  • Masukkan whipping cream ke dalam mangkuk dan putar hingga kental
  • Apabila adunan cream custard telah sejuk, satukan dengan whipping cream dan kaup balik hingga sebati
  • Masukkan adunan ke dalam piping bag
Cara-cara melapis:
  • Letakkan kek span ke atas board. Sapukan permukaan kek dengan jus lemon yang telah dicampur dengan sedikit air
  • Kemudian, pipekan cream custard ke seluruh permukaan kek dan ratakan
  • Ambil sekeping crepe, letakkan di atas. Tekan sedikit atasnya supaya cream di bawah rata
  • Pipingkan sekali lagi cream custard
  • Ulangi proses cream dan crepe sehingga crepe habis
  • Balut kek dengan plastik dan simpan di dalam peti ais supaya cream mengeras
  • Kemudian, bolehlah hias kek mengikut kreativiti tersendiri
  • Sedia untuk dipotong dan dinikmati