Tuesday, May 29, 2012

FLUFFY PANCAKES

 

 Bahan-bahan:
  • 3/4 cawan tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar mayonis
  • 30 g butter (dicairkan)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 cawan susu segar/ susu cair
Cara-cara:
  • Satukan tepung dan baking powder. Ketepikan
  • Kemudian, pukul putih telur bersama gula hingga kembang (guna whisker je)
  • Campurkan kuning telur, susu, garam, esen vanila, mayonis dan butter yang dicairkan. Kacau hingga sebati. Masukkan campuran ini ke dalam adunan tepung. Kacau sebati
  • Akhir sekali, masukkan telur putih yang telah dipukul tadi ke dalam adunan di atas. Sebatikan
  • Sendukkan 3-4 adunan ke dalam non stick pan. Masak dengan api perlahan. Apabila permukaan atas berbuih-buih dan agak kering, terbalikkan perlahan-lahan dan masak sehingga keperangan
  • Sedia untuk dinikmati dengan sirap madu, coklat, strawberry, peanut butter, kaya, aiskrim atau lain-lain



 

Tuesday, May 22, 2012

BAKED MACARONI

 

 Bahan-bahan:
  • 1 paket makaroni (direbus dengan air dan sedikit minyak, toskan)
  • 1 biji bawang besar (dicincang)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2-3 sudu besar butter
  • 2-3 sudu besar cabai kering yang sudah dimesin
  • 1 paket daging cincang (Ramly)
  • 5 batang sosej (dihiris bulat)
  • 1 tin cendawan butang (dihiris)
  • 1/2 biji capsicum (hijau, merah dan kuning; dihiris memanjang)
  • 1 botol sos pasta (Prego; Fresh mushroom)
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • Sedikit oregano
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air
  • Parutan keju mozarella
Cara-cara:
  • Panaskan butter, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau
  • Masukkan cabai kering yang telah dimesin, tumis hingga garing
  • Kemudian, masukkan daging cincang dan sosej. Biarkan masak sebentar
  • Masukkan sedikit air, sos tomato, sos cili, sos pasta, cendawan butang, capsicum, garam dan oregano. Kacau sebati
  • Akhir sekali masukkan makaroni dan gaul hingga rata. Tutup api
  • Masukkan makaroni ke dalam loyang atau bekas pyrex yang tahan panas. Ratakan dan tabur parutan keju mozarella, sosej dan oregano
  • Bakar pada suhu 190 degree celcius sehingga permukaan atas garing keperangan
  • Sedia untuk dinikmati dan lebih enak dimakan semasa masih panas


 

Monday, May 21, 2012

PULUT KUNING RENDANG TOK

Bahan-bahan (pulut kuning):
  • 1/2 kg beras pulut (direndam dengan air dan sedikit serbuk kunyit)
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 1 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa
Cara-cara (pulut kuning):
  • Toskan beras pulut
  • Panaskan air kukusan
  • Kukus pulut dengan daun pandan sehingga naik wap
  • Keluarkan pulut dan masukkan ke dalam mangkuk besar
  • Tuangkan santan yang telah dimasukkan garam. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula ke dalam periuk kukusan
  • Kukus lagi sehingga naik wap (lebih kurang 30 min)
  • Setelah naik wap, tutup api dan keluarkan pulut
  • Letakkan pulut di dalam bekas dan tekan rata
  • Sedia untuk dinikmati dan enak dimakan bersama kari ayam/ daging atau rendang ayam/ daging
Bahan-bahan (rendang tok):
  • 1 kg daging lembu (dihiris)
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1/4 inci halia (dihiris)
  • 1 helai daun kunyit (dihiris)
  • 3 keping asam keping
  • Garam dan gula merah secukup rasa
Bahan-bahan dikisar:
  • 1/4 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/4 inci kunyit hidup
  • 2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 sudu besar cabai kering
  • 4 biji bawang besar
  • 5 batang serai
  • 3 cm lengkuas
Cara-cara:
  • Gaul sebati daging, bawang besar yang dihiris, bahan-bahan kisar, halia yang dihiris, daun kunyit, gula, kerisik dan serbuk kari. Perap selama 1 jam
  • Kemudian, masukkan bahan perap ke dalam kuali. Tuang santan hingga menutupi permukaan daging dan kacau sebati
  • Masak di atas api yang perlahan sehingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa dan asam keping. Masak sehingga daging lembut dan rendang kering
  • Semasa masak, pastikan rasa kerisik, serbuk kari dan gula merah adalah seimbang
  • Tutup api dan sedia untuk dinikmati

 

TALAM KELADI BERLAUK

Bahan-bahan (talam):
  • 200 g keladi (dipotong kiub, direndam dengan air garam dan dikukus hingga empuk)
  • 175 g tepung beras
  • 40 g tepung jagung
  • 20 g tepung gandum
  • 1 liter santan
  • Garam secukup rasa
Bahan-bahan (lauk):
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 200 g udang saiz kecil atau sederhana
  • 10 g udang kering
  • Sedikit bawang goreng
  • 3 tangkai daun sup (dihiris halus)
  • 3 tangkai daun bawang (dihiris halus)
  • 3 tangkai cabai hidup (dihiris)
  • Garam secukup rasa
Cara-cara:
  • Untuk lauk: panaskan minyak dan goreng udang hingga berubah warnanya. Masukkan udang kering, kacau hingga harum dan angkat. Gaulkan dengan bawang goreng, daun sup, daun bawang, cabai dan garam
  • Satukan semua bahan talam kecuali keladi hingga sebati dan dikisar di dalam blender
  • Tapis ke dalam periuk dan masak sehingga naik wap. Masukkan keladi yang telah dikukus bersama dengan separuh bahan lauk. Kacau hingga sebati
  • Tuang ke dalan loyang dan kukus sehingga 3/4 masak. Taburkan baki bahan lauk ke atas talam keladi dan kukus lagi sehingga masak
  • Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. Dihidangkan bersama sos dan sedia untuk dinikmati
Bahan-bahan (sos): 
  • 4-5 sudu cabai kering yang telah dikisar
  • Sedikit sos tomato
  • Sedikit sos cili
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos hoisin
  • Sedikit cuka
  • Sedikit air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit bawang goreng
  • Minyak masak untuk menumis
Cara-cara (sos):
  • Panaskan minyak dan tumis cabai kering hingga garing
  • Kemudian masukkan kesemua bahan lain. Kacau sehingga kuah agak pekat. Tutup api
  • Sedia untuk dihidangkan bersama talam keladi berlauk

 

TALAM KELADI


Bahan-bahan (lapisan bawah):
  • 2 cawan tepung beras
  • 3 sudu besar tepung ubi
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 6 sudu besar gula halus
  • 300 ml santan pekat
  • 700 ml air
  • 300 g keladi (dipotong kiub, direndam dengan air garam dan dikukus hingga empuk)
Cara-cara (lapisan bawah):
  • Bancuh semua bahan kecuali keladi hingga sebati dan kisar di dalam blender
  • Tapis ke dalam periuk dan masak sehingga naik wap
  • Kemudian, masukkan keladi dan kacau lagi sehingga sebati. Tutup api
  • Tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
  • Kukus selama 25 minit
Bahan-bahan (lapisan atas):
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 250 g gula halus
  • 3 biji telur
  • 250 ml santan
  • 500 ml air
  • Sedikit pewarna purple dan perisa yam
Cara-cara (lapisan atas):
  • Bancuh semua bahan hingga sebati dan dikisar di dalam blender
  • Tapis di dalam periuk dan masak sehingga naik wap
  • Tuang ke atas lapisan bawah tadi
  • Kukus lagi selama 30 minit
  • Sejukkan dahulu sebelum dipotong
  • Sedia untuk dinikmati