Wednesday, March 17, 2010

BUBUR PULUT HITAM


Bahan-bahan :

  • 500 g pulut hitam
  • 1 liter santan pekat
  • 1 liter air
  • Daun pandan
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:

  • Rebus pulut hitam dengan seliter air bersama daun pandan sehingga pulut hitam empuk
  • Masukkan santan pekat, gula dan garam secukup rasa
  • Sedia untuk dihidangkan dan lebih enak jika dituang sedikit santan pekat (yang telah diletak sedikit garam) ke atas bubur sebelum dimakan

Tuesday, March 16, 2010

SAGU KELAPA


Bahan-bahan:

  • 2 cawan sagu (direndam selama 15 min, dibasuh dan ditos)
  • 2 cawan gula
  • 4 cawan air
  • Pewarna merah dan hijau
  • Kelapa parut digaul dengan garam
Cara-cara:
  • Masakkan air bersama gula hingga larut
  • Bahagikan kepada dua bahagian
  • Titikkan pewarna merah pada 1 bahagian dan pewarna hijau pada 1 lagi bahagian secara berasingan
  • Bahagikan sagu kepada 2 bahagian, masukkan 1 bahagian ke dalam pewarna merah dan satu bahagian lagi ke dalam warna hijau
  • Kacau hingga mendidih dan sagu kelihatan jernih
  • Tuangkan dan lapiskan sagu berwarna hijau di bahagian bawah dan sagu putih di atas di dalam satu lengat
  • Panaskan kukusan dan apabila air kukusan mendidih, kukus sagu selama 15-30 min
  • Sejukkan sagu dan bila benar-benar sejuk, potong dan gaulkan dengan kelapa parut
  • Sedia untuk dihidangkan

Monday, March 15, 2010

CRISPY POTATO WEDGES


Bahan-bahan:
  • 4 biji ubi kentang saiz sederhana atau besar (~500 g)
  • Sedikit air untuk merebus
  • Sedikit garam
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kari daging
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 biji putih telur (dipukul sedikit)
  • Tepung gandum dicampur bersama dengan sedikit tepung beras (untuk merangupkan potato)
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • Mayonis dan sos Thousand Island (untuk dressing)
Cara-cara:
  • Dikupas kulit ubi kentang, dicuci bersih dan ditoskan
  • Kemudian, kesemua ubi kentang dipotong baji seperti wedges
  • Rebus ubi kentang bersama sedikit garam sehingga ubi empuk
  • Setelah ubi empuk, tutup api dan toskan
  • Campurkan ubi kentang dengan serbuk lada hitam + serbuk cili + serbuk kari daging dan digaul rata
  • Panaskan minyak untuk menggoreng
  • Celupkan ubi kentang ke dalam putih telur
  • Selepas itu, gaulkan pula ubi ke dalam tepung gandum yang telah dicampur dengan sedikit tepung beras
  • Ulangi langkah ini sehingga ubi habis
  • Goreng ubi dengan api yang sederhana hingga kuning keemasan
  • Sedia untuk dinikmati bersama mayonis dan sos Thousand Island

Friday, March 12, 2010

MAYONNAISE SWEET CORN


Bahan-bahan:
  • 2 tongkol jagung mentah (dikopek sebiji-sebiji)
  • Sedikit garam
  • Air untuk mengukus
  • 1 sudu kecil butter (saya guna jenama Dorina)
  • Sedikit mayonnaise (utk dressing)
  • 1/2 sudu kecil susu pekat
Cara-cara:
  • Panaskan kukusan apabila mendidih masukkan jagung yang telah dikopek sebiji-sebiji
  • Taburkan sedikit garam pada jagung
  • Kukus sehingga jagung masak (~10 minit)
  • Setelah masak, keluarkan jagung, gaulkan jagung dengan butter dan susu pekat
  • Kacau hingga sebati
  • Masukkan jagung ke dalam mangkuk
  • Pipingkan mayonnaise ke atas jagung
  • Sedia untuk dihidangkan dan enak dimakan ketika masih suam

PAI TEE


Bahan-bahan (kulit pai):

  • 3/4 cawan tepung beras
  • 125 ml air
  • 2 sudu besar telur (lebih kurang 1/2 biji)
  • 1/2 sudu teh kapur makan
  • Acuan pai tee
  • 1/2 sudu teh garam
Bahan-bahan (inti pai):
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Udang hidup (kuantiti mengikut citarasa)
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 batang carrot (diparut)
  • 1 biji sengkuang (diparut)
  • Sedikit taugeh (kuantiti mengikut citarasa)
  • Sedikit bawang goreng
  • Sedikit minyak untuk menumis
Bahan-bahan (sos):
  • 3 tangkai cabai hidup
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit air
  • Sedikit sos cili
  • Sedikit cuka
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara (kulit pai):
  • Satukan kesemua bahan di dalam blender, kisar hingga sebati
  • Pastikan bancuhan kulit pai tidak terlalu cair atau terlalu pekat
  • Panaskan minyak. Kemudian, rendamkan acuan pai di dalam minyak yang telah panas
  • Celupkan acuan pai di dalam adunan kulit pai
  • Masukkan ke dalam minyak panas, goreng dengan api yang sederhana
  • Biarkan seketika. Apabila kulit pai agak masak, keluarkan ia dari acuan pai
  • Goreng kulit pai sehingga kuning keemasan
  • Angkat, toskan minyak dan simpan di dalam bekas kedap udara
Cara-cara (inti pai):
  • Tumis bawang besar dan bawang putih hingga garing dan naik bau
  • Masukkan udang, biarkan sebentar hingga udang masak
  • Masukkan garam dan gula secukupnya diikuti dengan sengkuang dan carrot
  • Masak sehingga sengkuang dan carrot lembut (sederhana masak, jangan sampai lecur)
  • Akhir sekali masukkan taugeh, kacau rata
  • Tutup api, kemudian taburkan bawang goreng dan kacau hingga sebati
  • Inti pai sedia untuk digunakan
Cara-cara (sos):
  • Kisar cabai hidup + bawang putih + garam + gula + sedikit air hingga halus dan sebati
  • Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam periuk bersama-sama sos cili dan cuka
  • Masak kesemua bahan di atas api hingga pekat
  • Sos sedia untuk dimakan bersama pai tee


Tuesday, March 9, 2010

TEH C PENG II


Bahan-bahan:
  • Teh pekat
  • Susu cair
  • Gula merah pekat(kuantiti mengikut citarasa)
  • ketulan ais
Cara-cara:
  • Masukkan gula merah pekat ke dalam gelas
  • Kemudian masukkan ketulan ais. Penuhkan satu gelas
  • Kemudian masukkan susu cair
  • Akhir sekali baru masukkan teh pekat secara perlahan-lahan
  • Sedia untuk dinikmati

ROTI PRATHA GULUNG BERTELUR


Bahan-bahan:
  • 5 keping frozen plain paratha (jenama Kawan)
  • 3 biji telur - dipukul sedikit
  • sedikit daun bawang (dihiris)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak sapi atau butter untuk menggoreng

Cara-cara:

  • Panaskan non-stick pan dan letakkan beberapa titis minyak dan goreng paratha hingga sedikit garing kedua-dua belah. Buat hingga siap dan ketepikan
  • Dalam mangkuk lain, campurkan telur bersama bawang, daun bawang, lada sulah dan garam. Kacau rata
  • Gunakan pan yang sama tadi, letak sedikit minyak dan tuangkan 3 sudu besar adunan telor, biar adunan membulat dan tekapkan segera paratha yang telah digoreng tadi
  • Masak lebih kurang 2 minit dan bila adunan telur telah melekat pada paratha, angkat ke dalam pinggan leper. Buat hingga habis
  • Gulungkan terus ketika masih panas. Potong sebesar 2 cm dan atur dalam pinggan
  • Hidangkan bersama kuah kari ayam dan sedap dimakan ketika panas
  • Sedia untuk dihidangkan

Sunday, March 7, 2010

HOMEMADE SOY BEAN


Bahan-bahan:
  • 250 g kacang soya
  • 1 cawan susu tepung
  • 4 sudu besar gula
  • 3 sudu besar susu pekat
Cara-cara:
  • Rendam kacang soya lebih kurang 4-5 jam
  • Toskan kacang soya, kemudian rebus sehingga 20-30 minit dan toskan lagi
  • Masukan kacang soya dan 2 cawan air ke dalam blender yang ada pengisar dan penapis. Blend hingga kacang soya habis
  • Air hendaklah diletak sedikit demi sedikit di dalam blender agar dapat pati yang asli
  • Selepas itu masukkan pati soya ke dalam periuk, bersama dgn gula + susu tepung yang dicairkan terlebih dahulu dengan sedikit air serta susu pekat
  • Masak lebih kurang 10-15 minit, tutup api dan angkat
  • Boleh diminum secara panas dan sejuk menggunakan gula putih atau gula melaka
  • Sedia untuk dinikmati
j

Saturday, March 6, 2010

PINEAPPLE LIME JUICE


Bahan-bahan:
  • 160 g nenas
  • 1 biji limau kasturi (ambil jus)
  • 2 cawan ketulan ais
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit hirisan nenas untuk hiasan

Cara-cara:

  • Masukkan semua bahan dalam blender kecuali limau kasturi
  • Kisar hingga ketulan ais menjadi halus
  • Tuangkan ke dalam gelas, perahkan limau kasturi
  • Letak sedikit hirisan nenas
  • Sedia untuk dinikmati

Thursday, March 4, 2010

MANGO LASSI


Bahan-bahan:
  • 1 biji isi mangga masak
  • 2 sudu besar yogurt perisa asli / mangga
  • 1/2 cawan low fat milk
  • 1 sudu besar gula
  • 1/2 cawan air
  • Ais ketul secukupnya
  • 2 biji buah cherry
Cara-cara:
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam blender
  • Kisar sehingga halus
  • Tuangkan ke dalam gelas, dihias dengan yogurt dan buah cherry
  • Sedia untuk dinikmati

LYCHEE NATA SMOOTHIE


Bahan-bahan (2-3 gelas):
  • 15 buah laici dalam tin (laici fresh pun boleh)
  • 250 ml susu segar
  • 100 ml susu cair
  • 1 1/2 sudu besar susu pekat manis
  • 200 ml jus laici dlm tin
  • Ketulan ais
  • 2 sudu nata (sebagai hiasan)

Cara-cara:

  • Masukkan kesemua bahan kecuali nata ke dalam blender
  • Kisar hingga halus
  • Tuang ke dalam gelas dan tambah nata
  • Sedia untuk dinikmati

TEH C PENG


Bahan-bahan:
  • Teh pekat
  • Susu cair
  • Gula merah pekat(kuantiti mengikut citarasa)
  • ketulan ais
Cara-cara:
  • Masukkan gula merah pekat ke dalam gelas
  • Kemudian masukkan ketulan ais. Penuhkan satu gelas
  • Kemudian masukkan susu cair
  • Akhir sekali baru masukkan teh pekat secara perlahan-lahan
  • Sedia untuk dinikmati

STAR FRUIT HONEY JUICE


Bahan-bahan:
  • Sebiji belimbing besi (dipotong nipis)
  • Madu (kuantiti mengikut citarasa)
  • Sedikit garam
  • Air
  • Beberapa ketul ais batu
Cara-cara:
  • Masukkan kesemua bahan kecuali ais batu ke dalam blender
  • Kisar hingga hancur dan tapis
  • Tuang ke dalam gelas yang masukkan ais batu
  • Sedia untuk dinikmati

BANANA CHOCO SPIN


Bahan-bahan:
  • 1-2 biji pisang
  • 3-4 sudu besar milo
  • 1 cawan susu segar
  • Gula secukup rasa
  • 7-8 ketul ais batu
Cara-cara:
  • Masukkan kesemua bahan ke dalam blender
  • Kisar hingga sebati
  • Kemudian, tuang ke dalam gelas dan sedia untuk dinikmati

MASAK LEMAK RADISH


Bahan-bahan:
  • 1 batang lobak putih (dipotong bulat)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 tangkai cabai hidup (dihiris serong)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair (kemancar)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air
Cara-cara:
  • Rebus lobak putih dengan sedikit air hingga separuh masak dan toskan
  • Di dalam periuk, masukkan santan cair + garam + gula + lobak putih + bawang + cabai, kacau sebati dan masak hingga mendidih
  • Setelah mendidih, masukkan pula santan pekat, biarkan mendidih sekali lagi (harus dikacau selalu untuk mengelakkan santan pecah minyak)
  • Tutup api, sedia untuk dihidangkan


Wednesday, March 3, 2010

DAGING MASAK KICAP


Bahan-bahan:
  • Daging yang telah dihiris nipis (kuantiti mengikut citarasa)
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam
  • 4 biji ubi kentang (dipotong panjang)
  • 1 tangkai cabai hidup (dipotong serong)
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • Sedikit cuka
  • Sedikit kicap
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit minyak masak untuk menggoreng
  • Air untuk merebus
Cara-cara:
  • Bersihkan daging dan toskan
  • Gaulkan daging bersama serbuk kunyit dan garam hingga sebati
  • Panaskan minyak di dalam kuali
  • Masukkan kesemua daging yang telah digaul garam dan kunyit ke dalam kuali, goreng selama 10 min
  • Kemudian, masukkan air hingga menutupi kesemua daging, rebus sehingga daging empuk
  • Sementara menunggu daging empuk, di dalam kuali yang lain, goreng ubi kentang yang telah digaul dengan sedikit garam sehingga garing dan kuning keemasan
  • Goreng kesemua ubi kentang hingga habis, angkat dan toskan
  • Setelah daging empuk, masukkan pula kicap + cuka + lada hitam + bawang besar + cabai hidup + ubi kentang yang telah digoreng, gaul hingga sebati
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan


SAMBAL TUMIS UDANG


Bahan-bahan:
  • Udang saiz sederhana (kuantiti mengikut citarasa)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 1 biji bawang putih (dikisar)
  • Sedikit belacan (dikisar)
  • Sedikit air (kuantiti mengikut citarasa)
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 senduk cabai kering yang telah dimesin
  • Sedikit daun bawang (dihiris sebesar 1.5 cm)
  • Sediki minyak masak untuk menumis
Cara-cara:
  • Cuci udang hingga bersih dan toskan
  • Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar hingga garing dan naik bau
  • Kemudian, masukkan cabai kering yang telah dimesin, tumis sampai garing
  • Masukkan air asam jawa + garam + gula + udang + air
  • Masak hingga mendidih
  • Akhir sekali, masukkan daun bawang, dikacau rata
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan

Tuesday, March 2, 2010

NASI MINYAK BESTARI


Bahan-bahan:
  • 4 pot beras basmathi
  • 5 pot air (kuantiti air bergantung pada jenis beras)
  • Minyak sapi untuk menumis
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 4 biji bawang putih (dihiris)
  • Sedikit halia (dihiris)
  • 2 batang kayu manis
  • 4 biji bunga lawang
  • 4 biji bunga cengkih
  • 4 biji buah pelaga
  • 1/2 pot susu cair
  • Sedikit garam dan gula
  • 1 kiub ayam brand maggi
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit bawang goreng untuk hiasan
Cara-cara:
  • Basuh beras dan toskan
  • Panaskan minyak sapi di dalam rice cooker
  • Apabila minyak panas, tumis bawang besar + bawang putih + halia + kayu manis + bunga cengkih + bunga lawang + buah pelaga hingga garing dan naik bau
  • Kemudian, masukkan susu + air + garam dan gula + daun pandan + beras, dikacau rata dan ditutup api
  • Angkat rice cooker dan masak menggunakan dapur elektrik
  • Apabila masak, gemburkan nasi supaya nasi tidak berketul
  • Sedia untuk dihidangkan dan boleh dihias dengan bawang goreng

KEROPOK BINJAU


Bahan-bahan:
  • 1 paket keropok binjau
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • Gula ising
Cara-cara:
  • Panaskan minyak di dalam kuali
  • Apabila minyak sudah betul2 panas, masukkan keropok binjau sedikit demi sedikit dan goreng dengan api sederhana
  • Goreng hingga keropok kembang dan bertukar warna kuning keemasan (jangan terlalu garing, nanti pahit)
  • Angkat dan toskan, goreng keropok sampai habis
  • Kemudian, tapiskan gula asing ke atas keropok yang telah digoreng dan ratakan
  • Sedia untuk dihidangkan

Monday, March 1, 2010

SAUSAGE MIXED VEGE OMELETTE


Bahan-bahan:
  • 4 biji telur
  • 1 biji bawang (dihiris bulat)
  • 4 batang sosej (potong bulat)
  • 1/2 cawan mixed veges
  • Sedikit lada sulah
  • Sedikit lada hitam
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 cawan susu cair/ segar
  • 1 tangkai cabai hidup (dipotong serong sebagai hiasan)
  • Minyak sapi untuk menggoreng

Cara-cara:

  • Pecahkan telur satu persatu dan asingkan telur putih dan telur kuning dalam bekas yang berbeza
  • Masukkan telur putih + lada sulah + lada hitam + garam + susu cair ke dalam blender. Kisar hingga sebati dan kembang
  • Kemudian, masukkan pula telur kuning, kisar lagi hingga sebati
  • Tuangkan bahan yang telah dikisar ke dalam mangkuk
  • Campurkan sosej + mixed veges + bawang, kacau hingga sebati
  • Panaskan pan dengan sedikit minyak sapi
  • Tuang campuran ke dalam pan, masak dengan api yang perlahan
  • Biarkan masak betul2 (tidak berair), barulah dibalik
  • Apabila kedua2 belah sudah garing keemasan, angkat dan bolehlah dihias dengan cabai hidup yang dipotong serong
  • Sedia untuk dihidangkan