Saturday, December 31, 2011

HAPPY DELIGHTFUL NEW YEAR 2012


Assalamualaikum WBT. Detik demi detik, saat demi saat, minit demi minit, jam demi jam, hari bersilih ganti, tahun berganti tahun. Kini 2011 bakal melabuhkan tirai beberapa jam dari sekarang. Sesungguhnya 2011 banyak melakarkan kenangan manis kepada diri saya. Bagaimana dengan anda? Apapun yang berlaku, manis atau pahit ia adalah suratan yang telah tertulis dan kita sebagai insan biasa, haruslah menerimanya dengan redha. Untuk tahun baru yang bakal menjelma, saya doakan moga kalian dapat menempuh kehidupan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Bagi saya pula, Insyaallah saya akan menambah baik blog ini dan memperbaiki segala kekurangan yang ada. Sesungguhnya, blog ini adalah jiwa minat saya. Dengan itu, sokongan daripada kalian amatlah saya hargai. Tanpa kalian semua, siapalah saya. Saya berharap, blog ini bukan sahaja dapat memberi manfaat kepada diri sendiri, bahkan kepada kalian semua. Dengan ini, saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pengunjung JOM MAKAN. Sekian, wasalam.

CHEESY TUNA ROLL

 



Bahan-bahan doh:
  • 500 g high protein flour (diayak)
  • 12 g yis
  • 20 g susu tepung
  • 250 ml air suam
  • 100 g gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil bread improver
  • 1/2 sudu kecil bread softerner
  • 60 g telur
  • 40 g butter
Bahan-bahan inti:
  • 1 tin tuna kurang pedas
  • 2 1/2 sudu besar mayonis
  • Parutan keju
  • Sedikit daun bawang dan daun sup (dihiris halus)
  • Telur (egg wash)
  • 2 sudu besar butter (dicairkan)
Cara-cara:
  • Larutkan yis dan gula dengan air suam. Kacau hingga sebati
  • Satukan semua bahan doh ke dalam 1 bekas. Masukkan campuran yis. Uli sehingga sebati dan membentuk doh. Rehatkan doh selama 1 jam. Doh akan naik
  • Sementara menunggu doh naik, boleh buat inti tuna. Campurkan kesemua bahan inti kecuali parutan keju, telur dan butter. Jangan masukkan semua hirisan daun sup dan daun bawang. Tinggalkan sedikit untuk ditabur di atas roti. Gaul inti hingga sebati dan ketepikan
  • Keluarkan doh, canai sehingga menjadi bentuk empat segi. Sapu permukaan doh tadi dengan butter yang telah dicairkan
  • Letakkan inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung doh seperti swissroll dan ketatkan. Kemaskan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian yang sama besar
  • Susun dalam paper cup bersaiz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat sehingga siap. Rehatkan doh selama 1 jam. Sapu permukaan roti dengan egg wash dan tabur hirisan daun bawang dan daun sup dan parutan keju
  • Bakar di dalam oven pada suhu 190 (degree celcius) selama 25 minit atau sehingga masak keperangan
  • Sedia untuk dinikmati. Enak jika dimakan bersama sos cili dan mayonis



Thursday, December 29, 2011

LIGHT STRAWBERRY CHEESE CAKE

 

Bahan-bahan:
  • 300 ml susu segar
  • 6 keping keju Kraf Cheseedale
  • 110 g butter
  • 110 tepung gandum (diayak)
  • 3 biji telur gred A (diasing kuning dan putih telur)
  • 90 g gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Strawberry filling secukupnya
Cara-cara:
  • Panaskan susu segar, butter dan cheese sehingga larut dan sebati. Tutup api. Ketepikan
  • Pukul kuning telur hingga berkrim
  • Pukul putih telur dengan gula sehingga kental (meringue/ soft peak)
  • Campurkan tepung gandum, esen vanila dan kuning telur ke dalam adunan cheese. Kaup balik hingga sebati
  • Kemudian, masukkan pula adunan meringue dan kacau sebati
  • Sendukkan 1/4 adunan ke dalam loyang yang telah dilapisi dengan kertas minyak
  • Pipingkan strawberry filling secara bulatan kecil ke seluruh permukaan adunan ( macam titik bedak sejuk)
  • Kemudian, tambahkan adunan kek dan pipingkan lagi strawberry filling. Buat sehingga adunan habis. Pada lapisan teratas, pipingkan strawberry filling secara lingkaran dan lorekkan sehingga membentuk corak seperti di dalam gambar (corak bergantung kepada kreativiti masing-masing)
  • Letak loyang  ke dalam loyang yang lebih besar yang mengandungi air suam dan bakar adunan pada suhu 160 (degree celcius) selama 1 jam atau sehingga masak
  • Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan daripada loyang. Sedia untuk dinikmati



Friday, December 23, 2011

KEK PUDING KARAMEL




Bahan-bahan karamel:
  • 60 g gula halus
  • 2 sudu besar air
Bahan-bahan puding:
  • 2 biji telur
  • 400 ml susu cair
  • 35 g gula halus
  • Sedikit esen vanila
Bahan-bahan kek:
  • 70 g tepung gandum (diayak)
  • 60 g gula halus
  • 2 biji telur (asingkan putih dan kuning telur)
  • 20 g butter (dicairkan)
  • 20 ml air
  • 1/2 sudu kecil bikarbonat soda (diayak)
  • 1/2 sudu kecil cream of tartar (diayak)
  • Pewarna yang diingini
Cara-cara karamel:
  • Panaskan gula halus sehingga keperangan. Tutup api dan masukkan air. Kacau hingga sebati
  • Ketika masih panas, masukkan karamel ke dalam loyang yang telah digris dengan sedikit marjerin. Ratakan ke seluruh permukaan. Ketepikan
Cara-cara puding:
  • Campurkan kesemua bahan ke dalam bekas. Kacau hingga gula hancur dan sebati. Tapiskan adunan ke dalam loyang yang berisi karamel tadi. Ketepikan
Cara-cara kek:
  • Pukul putih telur, cream of tartar dan separuh gula halus (30 g) sehingga kembang dan kental (soft peak, bla diterbalikkan, adunan tak jatuh)
  • Pukul pula kuning telur dengan separuh lagi gula halus (30 g) sehingga berkrim
  • Campurkan adunan putih dan kuning telur. Kacau sebati
  • Masukkan pula tepung gandum, butter, air dan bikarbonat soda. Kaup balik sehingga sebati
  • Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian secara sama banyak. Letakkan sedikit pewarna yang digemari dan kacau hingga sebati
  • Masukkan adunan kek ke dalam loyang yang berisi karamel dan puding tadi secara berselang-seli. Lakukan sehingga habis
  • Letakkan loyang adunan ke dalam loyang yang lebih besar yang berisi air suam
  • Bakar adunan pada suhu 170 (degree celcius) selama 40 minit atau sehingga masak
  • Apabila masak, sejukkan terlebih dahulu sebelum dibalikkan
  • Sedia untuk dinikmati. Lebih enak dimakan setelah disejukkan terlebih dahulu