Tuesday, October 30, 2012

HAWAIIAN CHICKEN KABOBS


 Bahan-bahan:
  • 1 mangkuk isi ayam (dipotong kiub)
  • 1 cawan bebola ayam
  • Capsicum kuning, merah dan hijau (dipotong petak)
  • 3 biji bawang besar (dipotong baji)
  • 1 tin cendawan butang (dibelah dua)
  • 2 biji terung (dipotong bulat)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 inci halia (dikisar)
  • 2 sudu besar mustard
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1 sudu besar gula putih atau perang
  • Sedikit garam
  • Sedikit serbuk pati ayam
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit minyak sayur/ olive
Cara-cara:
  • Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan kicap manis, serbuk pati ayam, serbuk lada hitam, mustard, garam dan gula. Kacau hingga sebati. Tutup api
  • Masukkan isi ayam dan bebola ayam. Gaul sebati
  • Akhir sekali, masukkan semua bahan lain. Gaul sebati
  • Perap selama 2 jam di dalam peti ais
  • Kemudian bakar sehingga garing keperangan. Boleh bakar dengan menggunakan oven atau pan grill
  • Cucuk ayam dan bahan lain secara berselang seli pada lidi sate
  • Sedia untuk dinikmati



 

Monday, October 29, 2012

TALAM CHA CHA


 Bahan-bahan lapisan pink:
  • 150 g tepung gandum
  • 300 g gula halus
  • 3 biji telur
  • 250 ml santan pekat
  • 500 ml air
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit sirap ros
Cara-cara lapisan pink:
  • Campurkan kesemua bahan, kisar dan tapis
  • Masak sedikit hingga naik wap
  • Kemudian, bahagikan kepada dua bahagian yang sama banyak
  • Dengan menggunakan loyang 10 x 10 x 3 yang telah dilapik plastik, kukus 1 bahagian lapisan pink selama 15 min
Bahan-bahan lapisan putih:
  • 50 g cha cha (rebus hingga lembut dan toskan)
  • 150 g tepung beras
  • 250 ml santan pekat
  • 450 ml air
  • 1 sudu besar Tepung Hoen Kwee (putih)
  • 150 g gula kastor
  • 1 sudu kecil garam
Cara-cara lapisan putih:
  • Campurkan kesemua bahan kecuali cha cha, kisar dan tapis
  • Masak sedikit hingga naik wap
  • Setelah adunan agak pekat, masukkan cha cha dan kacau rata
  • Tuang kesemua adunan lapisan putih ke atas lapisan pink yang telah dikukus tadi. Kukus selama 25 min
  • Setelah masak, dituang pula lapisan pink yang terakhir dan kukus lagi selama 25 min
  • Sejukkan dahulu sebelum dipotong. Sedia untuk dinikmati

 
 

Saturday, October 27, 2012

CHECKERED CAKE


 Bahan-bahan kek putih:
  • 4 biji telur
  • 110 g gula kastor
  • 70 g tepung gandum
  • 20 g tepung jagung
  • 30 g butter
  • 20 ml susu segar
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara kek putih:
  • Panaskan susu segar sehingga mendidih. Tutup api dan masukkan butter, kacau hingga butter cair. Ketepikan
  • Masukkan telur dan gula ke dalam satu mangkuk yang besar
  • Panaskan air di dalam periuk kecil sehingga mendidih. Kemudian, letakkan mangkuk besar berisi telur dan gula ke atas periuk kecil. Pastikan api sederhana dan mangkuk besar tidak menyentuh air di dalam periuk kecik. Pukul gula dan telur hingga suhu adunan mencapai suhu badan (agak2 panas yang boleh disentuh oleh jari). Tutup api dan alihkan mangkuk besar dari periuk kecil. Teruskan memukul adunan sehingga gebu di mana warna telur yang asalnya bewarna kuning bertukar ke warna putih
  • Diayak tepung gandum dan tepung jagung ke dalam adunan di atas. Kaup balik hingga sebati. Tidak perlu menggunkan mixer, hanya kaup balik dengan spatula secara perlahan hingga sebati
  • Akhir sekali masukkan adunan susu dan esen vanila. Kaup balik hingga sebati
  • Sediakan 2 loyang 9'' yang dilapik dengan baking paper. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Masukkan setiap bahagian adunan ke dalam loyang yang disediakan
  • Bakar pada suhu 180 (degree celsius) selama 30 min. Setelah masak, telangkupkan ke atas redai. Sejukkan sebelum dikeluarkan dari loyang
Bahan-bahan kek coklat:
  • 4 biji telur
  • 110 gula kastor
  • 60 g tepung gandum
  • 10 g tepung jagung
  • 20 g serbuk koko
  • 20 g butter
  • 20 ml susu segar 
 Cara-cara kek coklat:
  • Panaskan susu segar sehingga mendidih. Tutup api dan masukkan butter, kacau hingga butter cair. Ketepikan
  • Masukkan telur dan gula ke dalam satu mangkuk yang besar
  • Panaskan air di dalam periuk kecil sehingga mendidih. Kemudian, letakkan mangkuk besar berisi telur dan gula ke atas periuk kecil. Pastikan api sederhana dan mangkuk besar tidak menyentuh air di dalam periuk kecik. Pukul gula dan telur hingga suhu adunan mencapai suhu badan (agak2 panas yang boleh disentuh oleh jari). Tutup api dan alihkan mangkuk besar dari periuk kecil. Teruskan memukul adunan sehingga gebu di mana warna telur yang asalnya bewarna kuning bertukar ke warna putih
  • Diayak tepung gandum, tepung jagung dan serbuk koko ke dalam adunan di atas. Kaup balik hingga sebati. Tidak perlu menggunkan mixer, hanya kaup balik dengan spatula secara perlahan hingga sebati
  • Akhir sekali masukkan adunan susu. Kaup balik hingga sebati
  • Sediakan 2 loyang 9'' yang dilapik dengan baking paper. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Masukkan setiap bahagian adunan ke dalam loyang yang disediakan
  • Bakar pada suhu 180 (degree celsius) selama 30 min. Setelah masak, telangkupkan ke atas redai. Sejukkan sebelum dikeluarkan dari loyang
Bahan-bahan buttercream:
  • 400 g butter
  • 6 biji putih telur
  • 200 g gula kastor
  • 50 ml air
  • Sedikit esen vanila
Cara-cara butter cream:
  • Panaskan air dan gula kastor di atas api. Kacau sehingga gula melarut dan agak pekat. Tutup api
  • Pukul putih telur hingga kembang dan kemudian masukkan larutan gula. Pukul lagi hingga kental
  • Di dalam bekas yang lain pukul butter sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lagi
  • Akhir sekali, satukan adunan putih telur dengan butter sedikit demi sedikit. Kaup balik hingga sebati
Bahan-bahan coklat glaze:
  • 300 g coklat masakan
  • 370 ml whipping cream
 Cara-cara coklat glaze:
  • Panaskan whipping cream hingga mendidih. Tutup api dan masukkan coklat masakan. Kacau hingga coklat larut. Sejukkan terlebih dahulu sebelum digunakan
Cara-cara melapis kek:
  • Untuk kek putih dan coklat: Dengan menggunakan 3 ring cutter yang berlainan saiz, potong setiap bahagian kek. Buat hingga habis
  • Amik sekeping potongan kek yang paling besar berwarna putih, disapukan buttercream di sekeliling bulatan, dan letakkan kepingan bulatan yang lebih kecil yang berwarna coklat. Buat seperti ini hingga habis secara berselang seli antara kepingan putih dan coklat. Untuk gambaran yang lebih jelas, sila rujuk di sini
  • Setelah siap kesemua lapisan, sapukan buttercream ke seluruh permukaan kek. Kemaskan sapuan
  • Simpan di dalam peti ais selama 2 jam
  • Setelah, buttercream mengeras, tuang coklat glaze ke atas kek
  • Sejukkan di dalam peti ais selama 4 jam
  • Kemudian, bolehlah dipotong kek dan sedia untuk dinikmati
 

 

Wednesday, October 24, 2012

SALAM AIDILADHA 1433H

Assalamualaikum WBT. Untuk semua pengikut setia JOM MAKAN, saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, maaf zahir dan batin. Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan anda semua. Saya amat menghargai kalian semua. Sempena Aidiladha ini, diharap kita akan lebih menghayati erti sebuah pengorbanan. Akhir sekali dari saya, marilah kita sama-sama perkasakan pengorbanan dan suburkan keikhlasan dalam diri masing-masing. Wasalam.

PUTERI AYU


 Bahan-bahan:
  • 2 biji telur (gred A)
  • 160 g gula halus
  • 1 sudu kecil ovallate
  • 160 ml santan
  • 1 sudu kecil perisa pandan
  • Sedikit pewarna
  • 180 g tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1 1/2 cawan kelapa parut
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit garam 
  • Sedikit minyak
Cara-cara:
  • Diayak bersama tepung gandum dan tepung ubi. Ketepikan
  • Dipukul telur, gula dan ovallete hingga kembang. Masukkan perisa pandan dan pewarna. Gaul sebati
  • Kemudian, masukkan adunan tepung dan santan ke dalam adunan telur secara berselang seli. Kaup balik hingga sebati
  • Sediakan kukusan dan acuan puteri ayu. Sapukan sedikit minyak dalam setiap acuan 
  • Gaulkan bersama kelapa parut dengan tepung jagung dan garam. Masukkan satu sudu kecil kelapa parut dalam satu acuan. Tekan sedikit, supaya mampat
  • Setelah itu, sudukan lebih kurang dua sudu besar adunan puteri ayu ke dalam setiap acuan. Buat sehingga habis
  • Panaskan kukusan dan kukus puteri ayu selama 15 min
  • Setelah masak, sejukkan sebentar dan keluarkan dari acuan. Sedia untuk dinikmati



 

Monday, October 22, 2012

RED VELVET MARBLE CHEESE BROWNIES


Bahan-bahan brownies:
  • 250 g + 2 sudu besar tepung gandum (diayak 3x)
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 120 g butter
  • 220 g gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 240 ml susu segar
  • 1 sudu besar jus lemon
  • Pewarna merah secukupnya
  • 3/4 sudu kecil coklat emulco
  • 1 sudu kecil cuka
  • 1 sudu kecil baking powder
Bahan-bahan cheese:
  • 250 g cream cheese
  • 60 g gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar jus lemon
Cara-cara:
  • Panaskan oven pada suhu 160 (degree celcius) dan sediakan loyang 10 x 10 x 2 yang dilapik dengan baking paper
  • Dipukul butter dan separuh dari kuantiti gula sehingga kembang. Setelah itu, masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi hingga kembang
  • Di dalam 1 bekas, dicampurkan susu segar jus lemon. Dibiarkan sebentar
  • Di dalam bekas lain juga, dipukul putih telur dan baki gula hingga kembang dan kental (soft peak)
  • Campurkan cuka dan baking powder dalam 1 bekas, biarkan hingga berbuih
  • Kemudian, satukan adunan susu segar dengan coklat emulco + pewarna merah. Kacau sebati. Masukkan adunan ini dalam campuran cuka baking powder, kacau rata
  • Satukan adunan putih telur, susu dan tepung ke dalam adunan butter. Kaup balik hingga sebati
  • Tinggalkan 2 sudu besar adunan untuk lorekan
  • Selebihnya, tuang adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 (degree celcius) selama 30 min
  • Penyediaan cheese: Pukul cream cheese hingga kembang. Kemudian, masukkan gula, telur dan esen lemon, pukul lagi hingga kembang. Sedia untuk digunakan
  • Setelah kek masak, tuang lapisan cheese dan buat lorekan mengikut kreativiti tersendiri
  • Bakar lagi selama 30 min pada suhu yang sama secara bain marie
  • Sejukkan dahulu sebelum dipotong. Sedia untuk dinikmati


 

Sunday, October 21, 2012

KEK KUKUS VELVET PELANGI


 Bahan-bahan:
  • 250 g tepung gandum 
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 5 biji telur
  • 180 g gula halus
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar ovalet
  • 150 ml susu segar
  • 125 ml minyak jagung
  • 2 sudu besar susu pekat manis
Perisa dan pewarna:
  • Strawberry / pink
  • Yam / purple
  • Lemon / orange
  • Pandan / hijau
  • Esen vanila
Cara-cara:
  • Diayak bersama tepung gandum dan baking powder sebanyak 3 kali. Ketepikan
  • Dipukul putih telur, gula halus dan garam hingga kembang (soft peak). Ketepikan
  • Di dalam bekas yang lain, dipukul kuning telur bersama ovalet hingga kembang. Masukkan susu segar, susu pekat dan minyak jagung, gaul hingga sebati
  • Masukkan adunan tepung dan kuning telur ke dalam adunan putih telur. Kaup balik hingga sebati
  • Bahagikan adunan kepada 6 bahagian yang sama banyak
  • 2 bahagian dimasukkan esen vanila manakala empat bahagian lagi dimasukkan perisa dan pewarna yang selebihnya. Gaul hingga rata
  • Panaskan  kukusan dan sediakan loyang 7 x 7 x 2 yang telah dilapik dengan baking paper
  • Kukus lapisan vanila yang pertama selama 10 min
  • Setalah masak, masukkan 4 adunan yang berwarna ke atas lapisan vanila secara berselang-seli. Kukus lagi selama 40 min
  • Akhir sekali, tuang adunan vanila yang terakhir dan kukus lagi selama 10 min
  • Sejukkan dahulu sebelum dipotong. Sedia untuk dinikmati


 

Thursday, October 18, 2012

ORANGE MARBLE CHEESE BROWNIES



Bahan-bahan kek oren:
  • 80 ml sunquick orange
  • 100 g butter dicairkan secara double boil
  • 4 biji telur
  • 120 g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Sedikit pewarna oren
  • 80 g gula halus
  • 1/4 sudu kecil garam
Bahan-bahan cheese:
  • 250 g cream cheese
  • 50 g gula halus
  • 1 biji telur
  • Sedikit perisa lemon
Cara-cara:
  • Diayak bersama tepung gandum dan baking powder. Ketepikan
  • Dipukul putih telur, gula halus dan garam sehingga kembang (peak soft)
  • Di dalam bekas lain, dipukul kuning telur sehingga kembang. Masukkan sunquick, butter yang telah dicairkan dan sedikit pewarna oren. Kaup balik hingga sebati
  • Satukan adunan tepung dan adunan kuning telur ke dalam adunan putih telur. Kaup balik hingga sebati
  • Tinggalkan 2 sudu besar adunan untuk lorekkan di atas brownies
  • Adunan selebihnya dituang ke dalam loyang 10 x 10 yang telah dilapik dengan baking paper. Bakar pada suhu 160 (degree celcius) selama 30-35 minit secara bain marie
  • Penyediaan cheese: Dipukul cream cheese hingga kembang. Kemudian masukkan gula, telur dan perisa lemon dan pukul lagi hingga sebati
  • Setelah lapisan kek oren masak, tuangkan adunan cheese ke atas kek oren dan ratakan. Buat lorekkan mengikut kreativi tersendiri. Bakar lagi pada suhu yang sama dengan menggunakan kaedah yang sama selama 30-45 min sehingga lapisan cheese masak keperangan
  • Sejukkan dahulu sebelum dipotong. Sedia untuk dinikmati


 

Wednesday, October 17, 2012

TALAM LABU



Bahan-bahan lapisan labu:
  • 500 g labu (dikukus dan dilecek)
  • 70 g tepung jagung
  • 60 g tepung sagu
  • 200 ml santan pekat
  • 200 ml air
  • 220 g gula halus
  • 2 helai daun pandan
Cara-cara lapisan labu:
  • Campurkan semua bahan dan kisar hingga sebati
  • Masak sekejap bersama daun pandan hingga naik wap 
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
Bahan-bahan lapisan putih:
  • 90 g tepung beras
  • 100 g tepung ubi
  • 400 ml santan pekat
  • 170 g gula halus
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 400 ml air
  • 2 helai daun pandan
Cara-cara lapisan putih:
  • Campurkan semua bahan dan kisar hingga sebati
  • Masak sekejap bersama daun pandan hingga naik wap
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
  • Mulakan dengan mengukus 1 bahagian adunan lapisan labu selama 10 min 
  • Kemudian, tuang 1 bahagian  adunan lapisan putih ke atas lapisan labu. Kukus selama 5 min
  • Lapiskan pula 1 lagi adunan labu dan kukus selama 10 min
  • Akhir sekali, tuang adunan lapisan putih ke atas lapisan labu dan kukus selama 30 min
  • Setelah masak, sejukkan dahulu sebelum dipotong. Sedia untuk dinikmati


 

Monday, October 15, 2012

KEK COKLAT PUDING KARAMEL



Bahan-bahan gula hangus:
  • 2 sudu besar gula pasir
Cara-cara gula hangus:
  • Taburkan gula pasir di dalam loyang
  • Bakar pada suhu 170 (degree celcius) selama 10 min sehingga gula menjadi perang
  • Keluarkan dari oven dan sejukkan sebentar
Bahan-bahan puding karamel:
  • 6 biji kuning telur
  • 1 cawan susu cair
  • 100 g gula pasir
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara puding karamel:
  • Campurkan semua bahan dan kacau perlahan-lahan hingga sebati
  • Tapiskan adunan puding ke atas gula hangus
  • Bakar di dalam oven pada suhu yang sama selama 20 min secara bain-marie (letak loyang kek di atas loyang yang berisi air panas)
  • Setelah 20 min, keluarkan loyang dan sejukkan sebentar. Biar permukaan puding sedikit mengeras
Bahan-bahan kek coklat:
  • 3/4 cawan koko
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil bikarbonat soda
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak masak
  • 3/4 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 4 biji kuning telur
  • 4 biji putih telur
  • 1/2 cawan gula halus
Cara-cara kek coklat:
  • Di dalam satu bekas, diayak bersama koko, tepung gandum, baking powder dan bikarbonat soda. Ketepikan
  • Pukul putih telur dengan gula halus hingga kembang. Ketepikan
  • Di dalam bekas yang lain, pukul kuning telur hingga kembang. Masukkan susu cair, minyak masak, susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi hingga sebati
  • Satukan adunan kuning telur dan tepung ke dalam adunan putih telur. Kaup balik hingga sebati
  • Tuang perlahan-lahan adunan kek ke atas puding karamel
  • Bakar pada suhu yang sama selama 1 jam secara bain-marie
  • Setelah masak, sejukkan terlebih dahulu dan barulah diterbalikkan
  • Enak dimakan ketika sejuk. Sedia untuk dinikmati

 

Sunday, October 14, 2012

PUDING SAGU GULA MELAKA



Bahan-bahan:
  • 2 cawan sagu
  • Air secukupnya (lebih pn xpe)
  • Daun pandan
  • Susu cair atau santan secukupnya
  • 2 cawan gula melaka
  • 3/4 cawan gula pasir
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna merah
Cara-cara:
  • Didihkan air bersama daun pandan dan pewarna merah. Setelah air mendidih, masukkan sagu
  • Kacau sehingga pekat dan putih sagu hilang
  • Tutup api, dan biarkan sagu sebentar selama 5 min
  • Tapiskan sagu dan lalukan air paip untuk membuang kanjinya. Toskan sagu
  • Kemudian, masukkan sagu ke dalam bekas-bekas kecil. Sejukkan di dalam peti ais
  • Masak sebentar susu cair atau santan dengan daun pandan dan sedikit garam. Gunakan api perlahan dan jangan sampai pecah minyak. Sejukkan
  • Masak gula melaka dengan sedikit gula pasir dan daun pandan. Apabila mendidih dan pekat, tutup api dan tapis. Sejukkan
  • Setelah sejuk, hidangkan puding sagu dengan susu cair atau santan dan gula melaka. Sedia untuk dinikmati