Monday, October 8, 2012

MARBLE CHEESE BROWNIES


Bahan-bahan brownies:
  • 250 g butter 
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 1/2 cawan gula
  • 3 biji telur (Gred B)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil esen vanila
Bahan-bahan cheese:
  • 250 g cream cheese
  • 3/4 cawan gula
  • 1 biji telur (Gred B)
Cara-cara:
  • Cairkan butter secara double boiler
  • Setelah butter cair, masukkan serbuk koko, esen vanila dan susu cair. Kacau hingga sebati
  • Di dalam satu bekas, diayak bersama tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Ketepikan
  • Di dalam bekas yang lain, dipukul putih telur dan gula hingga kembang (soft peak)
  • Di dalam bekas yang lain, pukul sedikit kuning telur dan dicampaur ke dalam adunan butter
  • Satukan adunan butter ke dalam adunan putih telur. Kacau rata
  • Kemudian, masukkan pula adunan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan kacau hingga sebati
  • Dilapik loyang 10 x 10 x 2 dengan baking paper. Tinggalkan sedikit adunan untuk lorekkan. Tuang adunan selebihnya  ke dalam loyang dan bakar selama 30 minit pada suhu 175 (degree celcius)
  • Sementara menunggu brownies masak, bolehlah disediakan lapisan cheese
  • Pukul cream cheese sehingga kembang. Kemudian, masukkan gula dan telur. Pukul lagi hingga sebati
  • Tuang adunan cheese ke atas lapisan brownies. Buat lorekkan mengikut kreativiti anda
  • Bakar lagi selama 20-30 min sehingga permukaan cheese keperangan
  • Setelah masak, biarkan sejuk dahulu sebelum dipotong. Sedia untuk dinikmati



 

No comments:

Post a Comment