Bahan-bahan kek putih:
- 4 biji telur
- 110 g gula kastor
- 70 g tepung gandum
- 20 g tepung jagung
- 30 g butter
- 20 ml susu segar
- 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara kek putih:
- Panaskan susu segar sehingga mendidih. Tutup api dan masukkan butter, kacau hingga butter cair. Ketepikan
- Masukkan telur dan gula ke dalam satu mangkuk yang besar
- Panaskan air di dalam periuk kecil sehingga mendidih. Kemudian, letakkan mangkuk besar berisi telur dan gula ke atas periuk kecil. Pastikan api sederhana dan mangkuk besar tidak menyentuh air di dalam periuk kecik. Pukul gula dan telur hingga suhu adunan mencapai suhu badan (agak2 panas yang boleh disentuh oleh jari). Tutup api dan alihkan mangkuk besar dari periuk kecil. Teruskan memukul adunan sehingga gebu di mana warna telur yang asalnya bewarna kuning bertukar ke warna putih
- Diayak tepung gandum dan tepung jagung ke dalam adunan di atas. Kaup balik hingga sebati. Tidak perlu menggunkan mixer, hanya kaup balik dengan spatula secara perlahan hingga sebati
- Akhir sekali masukkan adunan susu dan esen vanila. Kaup balik hingga sebati
- Sediakan 2 loyang 9'' yang dilapik dengan baking paper. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Masukkan setiap bahagian adunan ke dalam loyang yang disediakan
- Bakar pada suhu 180 (degree celsius) selama 30 min. Setelah masak, telangkupkan ke atas redai. Sejukkan sebelum dikeluarkan dari loyang
Bahan-bahan kek coklat:
- 4 biji telur
- 110 gula kastor
- 60 g tepung gandum
- 10 g tepung jagung
- 20 g serbuk koko
- 20 g butter
- 20 ml susu segar
Cara-cara kek coklat:
- Panaskan susu segar sehingga mendidih. Tutup api dan masukkan butter, kacau hingga butter cair. Ketepikan
- Masukkan telur dan gula ke dalam satu mangkuk yang besar
- Panaskan air di dalam periuk kecil sehingga mendidih. Kemudian, letakkan mangkuk besar berisi telur dan gula ke atas periuk kecil. Pastikan api sederhana dan mangkuk besar tidak menyentuh air di dalam periuk kecik. Pukul gula dan telur hingga suhu adunan mencapai suhu badan (agak2 panas yang boleh disentuh oleh jari). Tutup api dan alihkan mangkuk besar dari periuk kecil. Teruskan memukul adunan sehingga gebu di mana warna telur yang asalnya bewarna kuning bertukar ke warna putih
- Diayak tepung gandum, tepung jagung dan serbuk koko ke dalam adunan di atas. Kaup balik hingga sebati. Tidak perlu menggunkan mixer, hanya kaup balik dengan spatula secara perlahan hingga sebati
- Akhir sekali masukkan adunan susu. Kaup balik hingga sebati
- Sediakan 2 loyang 9'' yang dilapik dengan baking paper. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak. Masukkan setiap bahagian adunan ke dalam loyang yang disediakan
- Bakar pada suhu 180 (degree celsius) selama 30 min. Setelah masak, telangkupkan ke atas redai. Sejukkan sebelum dikeluarkan dari loyang
Bahan-bahan buttercream:
- 400 g butter
- 6 biji putih telur
- 200 g gula kastor
- 50 ml air
- Sedikit esen vanila
Cara-cara butter cream:
- Panaskan air dan gula kastor di atas api. Kacau sehingga gula melarut dan agak pekat. Tutup api
- Pukul putih telur hingga kembang dan kemudian masukkan larutan gula. Pukul lagi hingga kental
- Di dalam bekas yang lain pukul butter sehingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lagi
- Akhir sekali, satukan adunan putih telur dengan butter sedikit demi sedikit. Kaup balik hingga sebati
Bahan-bahan coklat glaze:
- 300 g coklat masakan
- 370 ml whipping cream
Cara-cara coklat glaze:
- Panaskan whipping cream hingga mendidih. Tutup api dan masukkan coklat masakan. Kacau hingga coklat larut. Sejukkan terlebih dahulu sebelum digunakan
Cara-cara melapis kek:
- Untuk kek putih dan coklat: Dengan menggunakan 3 ring cutter yang berlainan saiz, potong setiap bahagian kek. Buat hingga habis
- Amik sekeping potongan kek yang paling besar berwarna putih, disapukan buttercream di sekeliling bulatan, dan letakkan kepingan bulatan yang lebih kecil yang berwarna coklat. Buat seperti ini hingga habis secara berselang seli antara kepingan putih dan coklat. Untuk gambaran yang lebih jelas, sila rujuk di sini
- Setelah siap kesemua lapisan, sapukan buttercream ke seluruh permukaan kek. Kemaskan sapuan
- Simpan di dalam peti ais selama 2 jam
- Setelah, buttercream mengeras, tuang coklat glaze ke atas kek
- Sejukkan di dalam peti ais selama 4 jam
- Kemudian, bolehlah dipotong kek dan sedia untuk dinikmati
No comments:
Post a Comment