Sunday, October 14, 2012

PUDING SAGU GULA MELAKA



Bahan-bahan:
  • 2 cawan sagu
  • Air secukupnya (lebih pn xpe)
  • Daun pandan
  • Susu cair atau santan secukupnya
  • 2 cawan gula melaka
  • 3/4 cawan gula pasir
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna merah
Cara-cara:
  • Didihkan air bersama daun pandan dan pewarna merah. Setelah air mendidih, masukkan sagu
  • Kacau sehingga pekat dan putih sagu hilang
  • Tutup api, dan biarkan sagu sebentar selama 5 min
  • Tapiskan sagu dan lalukan air paip untuk membuang kanjinya. Toskan sagu
  • Kemudian, masukkan sagu ke dalam bekas-bekas kecil. Sejukkan di dalam peti ais
  • Masak sebentar susu cair atau santan dengan daun pandan dan sedikit garam. Gunakan api perlahan dan jangan sampai pecah minyak. Sejukkan
  • Masak gula melaka dengan sedikit gula pasir dan daun pandan. Apabila mendidih dan pekat, tutup api dan tapis. Sejukkan
  • Setelah sejuk, hidangkan puding sagu dengan susu cair atau santan dan gula melaka. Sedia untuk dinikmati

 

1 comment:

  1. salam.nampak sedap..kak copy resepi ya..pernah makan sagu mcm ni jual kat area sini..dlm bekas tupperware kecil mcm tupperware dadih..kemudian ats dia d letakkan susu cair..1 tupperware RM 2.00

    ReplyDelete