Tuesday, October 9, 2012

TALAM SUJI PANDAN

Bahan-bahan lapisan bawah:
  • 1 1/2 cawan tepung suji
  • 450 ml air
  • 1 cawan gula halus
  • 2 biji telur
  • 200 ml santan
  • 250 ml air
  • Sedikit pewarna kuning
Cara-cara:
  • Rendam tepung suji bersama 450 ml air di dalam periuk selama 30 min
  • Campur kesemua bahan lain, blend dan tapis ke dalam periuk yang berisi tepung suji
  • Masak di atas api sehingga pekat
  • Masukkan ke dalam loyang 10 x 10 x 3 yang telah dilapik plastik dan digris minyak. Kukus selama 25 min
  • Setelah masak, cakar dengan garfu
Bahan-bahan lapisan atas:
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 4 biji telur
  • 1 cawan santan
  • 2 cawan air (kisar dengan 4 helai daun pandan)
  • 1 1/4 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sedikit perisa pandan
Cara-cara:
  • Campurkan kesemua bahan, blend dan tapis
  • Masak sehingga naik wap
  • Tuang ke atas lapisan bawah
  • Kukus selama 30 min
  • Sejukkan dahulu sebelum dipotong. Sedia untuk dinikmati

 

No comments:

Post a Comment