Saturday, October 6, 2012

TALAM ROTI PAUN


Bahan-bahan lapisan bawah:
  • 13 keping roti (dipotong kiub)
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan gula
  • 150 ml santan
  • 300 ml air
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
  • Campurkan kesemua bahan dan rendam roti selama 30 min
  • Masukkan ke dalam loyang 10 x 10 x 2 (gris loyang dengan minyak, lapik loyang dengan plastik, gris plastik dengan minyak)
  • Tutup loyang dengan aluminium foil. Kukus selama 30 min
  • Apabila sudah masak, cakar dengan garfu
Bahan-bahan lapisan tengah:
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 100 ml santan
  • 300 ml air
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sedikit perasa pandan
Cara-cara:
  • Campurkan kesemua bahan, kisar dan tapis ke dalam periuk
  • Masak sehingga naik wap (sehingga kelihatan agak pekat)
  • Tuang ke dalam lapisan bawah dan kukus selama 25 min
  • Sesudah masak, cakar dengan garfu
Bahan-bahan lapisan atas:
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 3 biji telur
  • 100 ml santan
  • 300 ml air
  • Sedikit pewarna kuning atau oren
Cara-cara:
  • Campur semua bahan, kisar dan tapis ke dalam periuk
  • Masak sehingga naik wap (sehingga kelihatan agak pekat)
  • Tuang ke dalam lapisan tengah dan kukus selama 25 min
  • Setelah masak, angkat dan sejukkan. Apabila sejuk, potong dengan menggunakan pisau plastik
  • Sedia untuk dinikmati



 

No comments:

Post a Comment