Wednesday, April 28, 2010

AYAM PENGIKAT KASIH


Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil)
  • 3 sudu besar cabai kering yang telah dikisar (kalau suka pedas boleh tambah)
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 5 tangkai daun kari
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak bijan (untuk menumis)
  • Minyak untuk menggoreng dan menumis
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 2 biji bawang besar (dikisar)
  • 6 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 inci halia (dikisar)

Cara-cara:

  • Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian gorengkan ayam tadi separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak masak bersama sedikit minyak bijan, tumiskan bahan2 kisar dan cabai kisar sehingga wangi dan pecah minyak
  • Masukkan daun kari dan kacau rata
  • Biarkan seketika sambil dikacau selalu
  • Kemudian masukkan kicap pekat dan sos tiram, tumiskan sehingga kuah agak kering sedikit
  • Masukkan pula ayam dan sedikit air (kepekatan dan kecairan kuah bergantung pada selera masing2)
  • Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau dan biarkan sehingga ayam masak dan empuk
  • Angkat dan sedia untuk dihidangkan

Thursday, April 22, 2010

MAYO SCRAMBLED EGGS


Bahan-bahan:
  • 2 biji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada sulah
  • Mayonis
  • Butter
  • 6 keping roti Gardenia
  • Minyak masak untuk menggoreng
Cara-cara:
  • Pecahkan telur di dalam mangkuk
  • Campurkan telur dengan sedikit garam dan lada sulah, pukul hingga sedikit kembang
  • Panaskan minyak di dalam non-stick pan
  • Kacau dan goreng telur hingga masak
  • Tutup api, dan ketepikan telur
  • Gaulkan telur scrambled dengan sedikit mayonis
  • Sapukan setiap keping roti dengan butter dan mayonis
  • Letakkan telur scrambled di atas roti, buat sampai habis
  • Potong roti supaya berbentuk segitiga
  • Sediakan untuk dihidangkan dan dinikmati

BUBUR JAGUNG CERIA


Bahan-bahan:
  • 7 tongkol jagung manis (dihiris isinya)
  • Gula secukupnya
  • Sedikit garam
  • 2 mangkuk atau lebih santan pekat (bergantung pada kuantiti kuah yang dikehendaki)
  • 1 1/2 mangkuk kecil air
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • Segenggam sagu (dibilas dan ditoskan)
  • Segenggam cacar (direbus hingga lembut)
Cara-cara:
  • Isi jagung dibersihkan dan direbus dengan air lebih kurang 8-10 min. (jagung ni cepat masak)
  • Kemudian masukkan gula, santan, daun pandan, garam, sagu dan cacar. Biar mendidih dan masak
  • Pastikan kuah tidak terlalu cair atau pekat
  • Apabila mendidih, tutup api dan ketepikan
  • Sediakan untuk dihidangkan

BUBUR GANDUM


Bahan-bahan:

  • 1 cawan gandum
  • 2 cawan pati santan
  • Gula mengikut rasa
  • Sedikit garam
  • Sehelai daun pandan (disimpul)
Cara-cara:
  • Rebus gandum hingga kembang (kalau nak jimat masa, rendam dulu beberapa jam)
  • Apabila gandum sudah kembang, masukkan pati santan dan daun pandan
  • Masukkan gula dan sedikit garam
  • Tunggu hingga mendidih
  • Boleh tambah santan jika ingin kuah yang banyak
  • Sedia untuk dihidangkan

BUBUR KACANG HIJAU

resepiBahan-bahan:
  • 1 kg kacang hijau
  • 1 keping gula melaka
  • 4 helai daun pandan
  • Pati santan dari 1 biji kelapa
  • Sedikit gula dan garam

Cara-cara:

  • Kacang hijau direndam satu atau dua jam
  • Basuh hingga bersih
  • Kemudian, rebus hingga kembang bersama daun pandan
  • Masukkan gula melaka,gula pasir, garam dan santan. Dikacau hingga sebati
  • Sedia untuk dihidangkan bersama biskut cream cracker


BUBUR ASYURA

Bahan-bahan:
  • 1/2 kg beras, basuh (rendam kejap dan dikisar halus)
  • 750 g gula pasir (masak dan diapiskan)
  • 750 g gula merah (masak dan tapiskan)
  • 2 kg pati santan
  • 600 g sagu halus, direndam
  • 10 biji pisang emas atau pisang raja (dipotong kecil)
  • 1 kg kacang hijau (direbus empuk)
  • 1 mangkuk hirisan jagung
  • 1 kg ubi keledek (dipotong dadu)
  • 600 g kacang tanah (digoreng dan dibuang kulitnya)
  • 10 ulas nangka masak (dipotong dadu)
Cara-cara:
  • Masukkan santan ke dalam periuk. Kemudian campurkan tepung beras sedikit demi sedikit dan kacau biar sebati
  • Campurkan air gula yang siap ditapis
  • Kemudian masukkan bahan seperti hirisan jagung, ubi keledek terlebih dulu kerana bahan terbabit lambat empuk
  • Akhir sekali baru masukkan pisang, kacang hijau, kacang tanah dan nangka (Bahan ini akan lembek kalau dicampur terlalu awal)
  • Kacau adunan bubur sehingga pekat. Kalau adunan mula lekang dari periuk bermakna bubur itu sudah masak

ROTI JALA BERINTI SARDIN


Bahan-bahan (roti jala):
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 bij telor
  • 1 sudu kecil garam halus
  • beberapa titik pewarna kuning atau hijau
Bahan-bahan (inti sardin):
  • 1 tin besar sardin (Ayam Brand) - buang sosnya
  • 2 biji bawang besar - dadu
  • 5 ulas bawang putih - cincang
  • 2 sudu besar cabai kering yang telah dikisar
  • Sedikit air asam jawa atau jus limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara (roti jala):
  • Masukkan semua bahan dalam blender, blend hingga semua sebati
  • Perapkan selama 1/2 jam
  • Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali
  • Gunakan api perlahan
  • Masak lebih kurang 1 minit
  • Angkat dan gulung atau lipat ikut suka
Cara-cara (inti sardin):
  • Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili kisar
  • Masukkan air asam jawa dan sardin, masak sebentar sambil dihancur-hancurkan isi sardin
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa
  • Masak biar agak pekat, angkat dan sejukkan
  • Sediakan roti jala dan lipat sikit tepinya dan letakkan inti sardin tadi
  • Lipat pula tepi kiri dan kanan roti jala dan gulung
  • Buat hingga habis

CHILLED JACKFRUIT


Bahan-bahan:
  • Buah nangka
  • Ais ketul
Cara-cara:
  • Cuci buah nangka hingga bersih
  • Sejukkan ke dalam peti ais beberapa jam
  • Selepas itu, hidangkan bersama ais ketul dan sedia untuk dinikmati

Wednesday, April 21, 2010

CARAMEL CHEESE PUDDING


Bahan-bahan (karamel):
  • 70 g gula
  • 2 sudu kecil air
  • 2 sudu besar air suam
Bahan-bahan (puding):
  • 180 g cream cheese
  • 70 g gula pasir
  • 3 biji telur
  • 450 g susu segar
  • 1 sudu kecil jus lemon
Cara-cara (karamel):
  • Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang
  • Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam
  • Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai
  • Ketepikan dan sejukkan sebentar
Cara-cara (puding):
  • Pukul cream cheese dengan gula sehingga sebati. Kemudian masukkan telur satu persatu sambil dipukul sehingga sebati (tak perlu kembang)
  • Panaskan susu sehingga hampir mendidih. Kemudian tuang ke dalam adunan di atas tadi dan dikacau
  • Dimasukkan jus lemon
  • Blender sebentar adunan tadi supaya betul-betul sebati
  • Tapis dan tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel
  • Alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air. Bakar dengan suhu 160 celsius selama 40-45 minit
  • Sejukkan sebelum dihidang

Tuesday, April 20, 2010

CUCUR JAGUNG


Bahan-bahan:
  • 2 tongkol cucur jagung (1 tongkol dikopek isi jagung sebiji2, 1 lagi dihiris isi dgn pisau dan dikikis)
  • 3 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 genggam udang kering (dikisar)
  • Sedikit udang hidup
  • 5-6 tangkai cabai hidup (dikisar)
  • 1 batang carrot (diparut pjg2, dicelur sedikit)
  • 2 biji telur
  • Sedikit gula dan garam
  • Secekak daun bawang (dihiris sebesar 1.5 cm)
  • Tepung gandum (kuantiti agak2)
  • Sedikit air
  • Minyak masak untuk menggoreng
Cara-cara:
  • Kisar bahan2 seperti cabai hidup + udang kering hingga sebati
  • Di dalam bekas, masukkan jagung + bahan-bahan kisar + bahan-bahan hirisan (bawang + daun bawang) + udang hidup + carrot + telur + tepung gandum + garam dan gula
  • Bancuh campuran di atas dengan air (pastikan bancuhan tidak terlalu cair atau pekat) dan kacau hingga sebati
  • Panaskan minyak di dalam kuali, apabila minyak telah panas, masukkan bancuhan dengan menggunakan sudu besar
  • Goreng hingga garing dan keemasan
  • Sediakan untuk dihidangkan bersama sos cili

Monday, April 19, 2010

AYAM GORENG SERAI


Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam (dipotong sederhana)
  • 1 sudu makan serbuk cili (kuantiti mengikut citarasa)
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 3 ketul halia (sebesar ibu jari)
  • 5 batang serai
  • 1 ketul lengkuas (sebesar ibu jari, jgn letak lengkuas terlalu banyak kerana blh menyebabkan rasa pahit)
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang besar
  • Tepung beras dan tepung jagung (agak2 hingga tepung menyelaputi kesemua ayam)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 biji telur
  • Sedikit planta atau minyak sapi (agak2)
  • Sedikit air
Cara-cara:
  • Panaskan air di dalam periuk bersama sedikit garam, apabila mendidih, masukkan kesemua ayam. Setelah 10 min, tutup api dan toskan ayam (tidak perlu rebus terlalu lama, kerana takut ayam hancur, rebus sekadar untuk memudahkan proses menggoreng supaya tidak terlalu lama)
  • Kisar kesemua bahan kecuali ayam, tepung beras, tepung jagung, telur dan minyak sapi atau planta hingga sebati (air jgn terlalu byk kerana nanti cair)
  • Gaul bahan kisar bersama ayam hingga rata dan perap sebentar (lagi lama perap lagi sedap)
  • Selepas diperap, dikisar tepung beras, tepung jagung, telur dan minyak sapi atau planta hingga sebati
  • Masukkan bahan kisaran ke dalam bahan perapan dan digaul sebati
  • Panaskan minyak sapi atau planta yang dicampur dengan minyak masak di dalam kuali (pastikan minyak untuk goreng ayam banyak, menutupi permukaan ayam)
  • Goreng ayam dengan api yang sederhana hingga garing
  • Sedia untuk dihidangkan

Thursday, April 15, 2010

NASI GORENG DAGING KICAP


Bahan-bahan (daging kicap) :
  • Sedikit daging (dihiris sederhana)
  • Sedikit kunyit
  • Garam
  • Sedikit air
  • Cuka
  • Kicap masin
  • Minyak masak
Bahan-bahan (nasi goreng) :
  • Semangkuk nasi
  • 1 biji bawang besar (dihiris dadu)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris dadu)
  • Daging kicap
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit kicap masin
  • Sayur kobis (dihiris panjang)
  • Bawang goreng
  • Minyak sapi untuk menumis
Cara-cara (daging kicap) :
  • Gaulkan daging dengan garam dan kunyit
  • Panaskan minyak masak di dalam kuali
  • Setelah minyak panas, masukkan daging, digoreng sedikit
  • Masukkan air, masak hingga daging betul-betul empuk
  • Setelah daging empuk dan air kering, masukkan kicap masin dan cuka, dikacau sebati
  • Tutup api, dan alihkan ke tepi
Cara-cara (nasi goreng) :
  • Di dalam kuali yang lain, panaskan minyak sapi
  • Kemudian, tumis bawang besar dan bawang putih hingga garing dan naik bau
  • Masukkan daging kicap beserta dengan sedikit minyak daging kicap
  • Setelah itu, masukkan sayur kobis, kicap masin, sos tiram dan nasi
  • Dikacau hingga rata dan masak
  • Ditutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama bawang goreng

Tuesday, April 13, 2010

UDANG NENAS MASAK CABAI


Bahan-bahan:
  • Sedikit udang saiz sederhana
  • Sedikit nenas (dihiris sederhana)
  • 1 biju bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • Sedikit cabai kering yang telah dikisar
  • Sedikt pati santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak masak untuk menumis
Cara-cara:
  • Panaskan minyak masak di dalam periuk
  • Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar hingga garing dan naik bau
  • Masukkan cabai kering, tumis hingga garing
  • Kemudian, masukkan udang, nenas, pati santan, garam dan gula
  • Masak hingga mendidih
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan

AYAM MADU BIJAN


Bahan-bahan (ayam):
  • 3 ketul dada atau peha ayam
  • 1 sudu makan kicap cair (bahan perapan)
  • 1 sudu makan cuka (bahan perapan)
  • 1/2 sudu makan minyak bijan (bahan perapan)
  • 1 sudu kecil gula (bahan perapan)
  • Garam dan lada sulah (bahan perapan)
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1 sudu makan tepung beras atau tepung jagung
Bahan-bahan (sos):
  • 3 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 2-3 sudu makan madu
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap cair
  • 1/4 cawan air
  • Bijan yang telah digoreng tanpa minyak untuk ditabur
Cara-cara (ayam):
  • Gaul ayam dengan bahan bertanda perapan
  • Perap selama sejam atau lebih
  • Panaskan minyak, masukkan tepung gandum dan juga tepung jagung atau beras ke dalam perapan ayam dan gaul hingga sekata
  • Goreng hingga keemasan, angkat dan toskan
Cara-cara (sos):
  • Campurkan kesemua bahan di dalam kuali
  • Masak sehingga agak pekat
  • Masukkan ayam dan gaul rata
  • Taburkan bijan dan sedia untuk dihidangkan

Saturday, April 3, 2010

MEGI GORENG ALA TOMYAM


Bahan-bahan:
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 batang serai (dititik)
  • Cabai kering yang telah dimesin (kuantiti mengikut citarasa)
  • Sedikit udang hidup (saiz sederhana)
  • Sedikit isi ayam (dipotong kiub)
  • Sedikit sos tiram (jenama maggi)
  • Paste Thai Tomyam (peace brand)
  • 1 paket jagung (dipotong panjang)
  • 1 batang carrot (dipotong panjang)
  • Sedikit bunga kobis
  • 5-6 batang cili padi (dititik)
  • 5-6 papan megi (jenama vit, direbus hingga empuk dgn sedikit minyak masak)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air
  • 1 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • Sedikit daun bawang dan daun sup (dihiris 1.5 cm)
  • Sedikit bawang goreng
  • Minyak masak untuk menumis
Cara-cara:
  • Panaskan minyak di dalam kuali. Setelah panas, tumis bawang besar, bawang putih dan serai hingga garing dan naik bau
  • Kemudian, masukkan cabai kering yang telah dimesin dan paste Thai Tomyam. Tumis sehingga garing
  • Masukkan pula, sos tiram, garam, gula, sedikit air, udang dan isi ayam
  • Campurkan jagung, carrot dan bunga kobis. Masak sehingga mendidih dan sayur empuk
  • Akhir sekali, masukkan megi, jus limau nipis, cili padi, daun sup dan daun bawang. Kacau sehingga sebati
  • Tutup api, sedia untuk dihidangkan bersama bawang goreng

KUIH KETAYAP

Bahan-bahan (Inti) :
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1/4 cawan gula kabung
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 helai daun pandan
  • 1/4 cawan air
Bahan-bahan (Kulit) :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan jus pandan
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
Cara-cara (Inti) :
  • Campurkan air, gula kabung dan gula pasir di dalam periuk, masak dengan api yang sederhana sehingga semua bahan hancur dan sebati
  • Tutup api, tapis bahan yang telah dimasak dan masukkan semula ke dalam periuk
  • Di dalam periuk yang sama, masukkan kelapa parut dan daun pandan, masak di atas api yang sederhana sehingga sebati dan separa kering
  • Angkat dan ketepikan
Cara-cara (Kulit) :
  • Satukan kesemua bahan di dalam blender, kisar hingga sebati, dan tapiskan
  • Panaskan kuali leper (pan) dan sapu rata dengan minyak masak atau marjerin
  • Tuangkan sesenduk adunan dan ratakan adunan hingga nipis
  • Setelah masak, angkat dan ketepikan
  • Letak sedikit inti di tengah-tengahnya, lipat bahagian kiri dan kanan
  • Gulung kemas-­kemas dan buat hingga habis
  • Sedia untuk dinikmati