Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam (dipotong sederhana)
- 1 sudu makan serbuk cili (kuantiti mengikut citarasa)
- Sedikit serbuk kunyit
- 3 ketul halia (sebesar ibu jari)
- 5 batang serai
- 1 ketul lengkuas (sebesar ibu jari, jgn letak lengkuas terlalu banyak kerana blh menyebabkan rasa pahit)
- 5 ulas bawang putih
- 3 biji bawang besar
- Tepung beras dan tepung jagung (agak2 hingga tepung menyelaputi kesemua ayam)
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 biji telur
- Sedikit planta atau minyak sapi (agak2)
- Sedikit air
- Panaskan air di dalam periuk bersama sedikit garam, apabila mendidih, masukkan kesemua ayam. Setelah 10 min, tutup api dan toskan ayam (tidak perlu rebus terlalu lama, kerana takut ayam hancur, rebus sekadar untuk memudahkan proses menggoreng supaya tidak terlalu lama)
- Kisar kesemua bahan kecuali ayam, tepung beras, tepung jagung, telur dan minyak sapi atau planta hingga sebati (air jgn terlalu byk kerana nanti cair)
- Gaul bahan kisar bersama ayam hingga rata dan perap sebentar (lagi lama perap lagi sedap)
- Selepas diperap, dikisar tepung beras, tepung jagung, telur dan minyak sapi atau planta hingga sebati
- Masukkan bahan kisaran ke dalam bahan perapan dan digaul sebati
- Panaskan minyak sapi atau planta yang dicampur dengan minyak masak di dalam kuali (pastikan minyak untuk goreng ayam banyak, menutupi permukaan ayam)
- Goreng ayam dengan api yang sederhana hingga garing
- Sedia untuk dihidangkan
No comments:
Post a Comment