Thursday, April 22, 2010

ROTI JALA BERINTI SARDIN


Bahan-bahan (roti jala):
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 bij telor
  • 1 sudu kecil garam halus
  • beberapa titik pewarna kuning atau hijau
Bahan-bahan (inti sardin):
  • 1 tin besar sardin (Ayam Brand) - buang sosnya
  • 2 biji bawang besar - dadu
  • 5 ulas bawang putih - cincang
  • 2 sudu besar cabai kering yang telah dikisar
  • Sedikit air asam jawa atau jus limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara (roti jala):
  • Masukkan semua bahan dalam blender, blend hingga semua sebati
  • Perapkan selama 1/2 jam
  • Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali
  • Gunakan api perlahan
  • Masak lebih kurang 1 minit
  • Angkat dan gulung atau lipat ikut suka
Cara-cara (inti sardin):
  • Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau dan masukkan cili kisar
  • Masukkan air asam jawa dan sardin, masak sebentar sambil dihancur-hancurkan isi sardin
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa
  • Masak biar agak pekat, angkat dan sejukkan
  • Sediakan roti jala dan lipat sikit tepinya dan letakkan inti sardin tadi
  • Lipat pula tepi kiri dan kanan roti jala dan gulung
  • Buat hingga habis

No comments:

Post a Comment

Post a Comment