Thursday, April 22, 2010

BUBUR ASYURA

Bahan-bahan:
  • 1/2 kg beras, basuh (rendam kejap dan dikisar halus)
  • 750 g gula pasir (masak dan diapiskan)
  • 750 g gula merah (masak dan tapiskan)
  • 2 kg pati santan
  • 600 g sagu halus, direndam
  • 10 biji pisang emas atau pisang raja (dipotong kecil)
  • 1 kg kacang hijau (direbus empuk)
  • 1 mangkuk hirisan jagung
  • 1 kg ubi keledek (dipotong dadu)
  • 600 g kacang tanah (digoreng dan dibuang kulitnya)
  • 10 ulas nangka masak (dipotong dadu)
Cara-cara:
  • Masukkan santan ke dalam periuk. Kemudian campurkan tepung beras sedikit demi sedikit dan kacau biar sebati
  • Campurkan air gula yang siap ditapis
  • Kemudian masukkan bahan seperti hirisan jagung, ubi keledek terlebih dulu kerana bahan terbabit lambat empuk
  • Akhir sekali baru masukkan pisang, kacang hijau, kacang tanah dan nangka (Bahan ini akan lembek kalau dicampur terlalu awal)
  • Kacau adunan bubur sehingga pekat. Kalau adunan mula lekang dari periuk bermakna bubur itu sudah masak

No comments:

Post a Comment