Thursday, February 24, 2011

UDANG MASALA

Bahan-bahan:
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • Sedikit halia (dikisar)
  • Sedikit cabai kering yang telah dikisar (kuantiti mengikut citarasa)
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 2 sudu besar jintan putih
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 2 tangkai daun kari
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit air
  • Minyak masak untuk menumis
  • 1 kg udang ( saiz sederhana)
Cara-cara:
  • Panaskan minyak di dalam kuali
  • Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar
  • Masukkan daun kari
  • Kemudian, masukkan jintan manis, jintan putih, ketumbar dan cabai kering di dalam satu bekas. Masukkan sedikit air, gaul hingga sebati. Masukkan bahan tadi ke dalam bahan tumis
  • Masak hingga garing
  • Masukkan air asam jawa, gula dan garam
  • Masukkan pula udang beserta dengan sedikit air
  • Biarkan mendidih. Tutup api
  • Di dalam kuali lain, panaskan minyak masak. Tumis darat daun kari dan bawang besar yang dipotong bulat (5 min). Setelah itu, masukkan ke dalam kuali udang masala. Gaul rata
  • Sedia untuk dinikmati

TALAM UBI KAYU

Bahan-bahan lapisan bawah:
  • 1 kilo ubi kayu dikisar (ambil isi sahaja, air dibuang)
  • 3 cawan air*
  • 1 1/2 cawan gula pasir*
  • 2 helai daun pandan*
  • Sedikit pewarna kuning*
  • * Campur dan masak hingga mendidih
Bahan-bahan lapisan atas:
  • 1 cawan tepung beras
  • 4 1/2 cawan santan pekatFont size
  • Garam secukup rasa
Cara-cara lapisan bawah:
  • Panaskan kukusan dan ratakan minyak pada loyang
  • Ambil isi ubi kayu yang telah dikisar dan gaul dengan air gula
  • Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak (lebih kurang 30 min)
Cara-cara lapisan atas:
  • Bancuh semua adunan. Tapiskan
  • Masukkan ke dalam periuk dan masak sebentar atas api yang sederhana besar. Kacau supaya tidak berketul. Tutup api
  • Cakarkan sedikit lapisan bawah dan tuang adunan lapisan atas tadi. Kukus sampai masak (lebih kurang 45 min)
  • Sejukkan dan sedia untuk dinikmati